MEMELIHARA HANTU LANGSUIR DAN POLONG.
ILMU TERAWANG ASMAUL HUSNA.
ILMU TERAWANG ASMAUL HUSNA.
Assalamualaikum wt wbt para sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Tiada setitik niat dihati ini untuk menggurui sesiapa, hanya mencari ridho Allah swt dan berzakat ilmu semata. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini, berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insha Allah..
Sahabat-sahabat yang aku hormati semua, hari ni aku nak cerita tentang Hantu Langsuir dan Polong. Ya....benar, ilmu memanggil hantu. Macam mana sahabat berani tak...! Siapa takut boleh ikut aku....
Tapi sebelum tu mari kita kenal-kenal dulu dengan hantu 2 ekor ni. Hantu Polong, adalah makhluk Halus@Jin belaan yang di pelihara oleh seseorang, biasanya lelaki. Bertujuan untuk menjaga harta, tanah kebun dan untuk memudaratkan musuh. Hantu Polong juga disebut ' Saka ', yang perlu diwariskan kepada anak cucu. Sama juga dengan saka-saka yang lain. Hantu Polong harus diberi makan berupa darah dari jari tuannya. Cara untuk mendapatkannya, dengan mengambil darah orang yang mati di bunuh, lalu diletakkan ke dalam botol bermulut panjang. Botol tersebut akan dipuja dan dijampi serapah untuk tempoh tertentu. Selepas 7 hingga dua minggu akan kedengaran suara menjerit dari dalam botol tersebut. Pemuja Polong kemudian perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi Polong makan. Dengan memberi makan, Polong ini akan terikat perjanjian kepada tuannya dan akan melakukan apa saja perintah tuannya.
HANTU POLONG.
Polong biasanya disimpan didalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuhnya. Mangsa Polong, boleh diketahui dengan kesan lebam pada mayat serta darah keluar melalui mulutnya. Selain itu Polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Tuannya akan menyuruh Polong menyerang seseorang mangsa lalu keluarga mangsa akan menjemput orang itu dan menyamar sebagai Bomoh. Apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu dia mendapat bayaran kerana mengubati mangsa, tanpa mengetahui yang Polong itu miliknya(si bomoh).
Polong boleh di bunuh atau di paksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan untuk dipicit di ibu jari kaki mangsa atau di badannya dengan membacakan doa-doa atau ayat-ayat tertentu yang akan menyebabkan Polong kesakitan.
HANTU LANGSUIR.
Hantu Langsuir adalah makhluk Halus penghisap darah(bukan Drakula ya sahabat). Langsuir akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Langsuir mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan menggoda kaum lelaki agar mengikuti mereka ketempat yang sunyi, lalu berubah kembali kepada rupa asalnya dan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah mereka. Langsuir lebih kurang sama dengan hantu Kuntilanak, cuma bezanya Kuntilanak sifatnya pemalu dan tidak mengganggu. Dia akan hilang/lari hingga terkencing-kencing jika terserempak dengan manusia. Kuntilanak tidak terbang, tetapi menghilang. Yang terbang dan mengilai biasanya hantu Langsuir.
Kononnya hantu Langsuir jika dipaku di belakang tengkuknya, Langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik. Ayatul Qursi dan ayat al Hashr, ayat terakhir (24) dan juga laungan Azan mampu membunuh atau dia lari bertempiaran bila mendengar bacaan-bacaan ni.
MEMBUNUH HANTU POLONG.
Kisah ini terjadi pada tahun 2001 yang silam, di Kuala Terengganu, Kampung Pasir Panjang di sekitar kawasan rumah Amir, keluarga angkat aku di sana. Niat aku ingin melawat abah yang sakit tua, dan beliau juga buta kedua belah matanya angkara makhluk ghaib 15 tahun yang lalu hanya kerana iri hati. Selalunya kalau aku pergi ke sana, aku tinggal seminggu, aku suka tengok pemandangan sawah padi. Di Singapore mana ada pemandangan macam ni. Lagipun aku suka makan keropok lekur, tak kiralah yang rebus atau yang goreng bersama air kopi O.
Ketika aku sampai sana, aku terdengar berita angin mengatakan penduduk kampung di ganggu oleh Hantu Polong. Tok Dukun Sulong(bomoh kampung) sibuk di panggil dan di jemput untuk mengubati ahli keluarga yang di rasuk. Orang-orang kampung semua kata Tok Dukun Sulong hebat(power) dengan mudah dapat mengeluarkan Polong yang merasuk di tubuh mangsa. Tak sampai 5 minit di ubat, mangsa sudah dapat dipulihkannya. Tok Dukun Sulong memang hebat.. Tersenyum puas Tok Dukun Sulong dapat mengeluarkan Polong, apa lagi di hulur duit penat mengubat kepadanya, bertambah lebar senyumnya.
Dukun Sulong berumur sekitar lewat 40-an atau awal 50-an, macam tu. Tapi ilmu mengubatnya sudah hebat, kata orang kampung. Sebenarnya Dukun Sulong bukan asal Kampung Pasir Panjang, tapi asal dari Paka datang ke kampung ini sendirian setelah isterinya meninggal dunia.
Tetapi tidak semua orang percaya dia bomoh, mereka percaya gangguan ini datang dari Polong peliharaannya. Bila mereka menjemput Tok Bomoh Karim dari kampung sebelah yang selama ini orang-orang kampung mengharapkan jasa bantuan darinya. Sesiapa yang menggunakan jasa Bomoh Karim, maka seluruh ahli keluarga mereka akan di ganggu.
Ketika Tok Bomoh Karim tahu yang aku berada di rumah Amir, dia terus ke rumah mencari aku. ( sahabat masih ingatkan tentang Bomoh Karim ). Dia yang membantu aku ketika di rumah Paksu Sudin. Bukan main suka dia bertemu dengan aku.
" Tok, seminggu dua ni nampak sibuk aje." kata aku padanya bergurau.
" Apa tak sibuk, aku tahu siapa punya kerja. Aku gunakan ilmu yang kau ajar hari tu." katanya sambil menjuehkan lidah.
" Siapa Tok...? Kenal ke orangnya." aku pura-pura tidak tahu.
" Aaah..kau ni, buat-buat tak tahu pulak." katanya.
" Habis tu apa rancangan Tok." kata aku.
" Aku nak minta kau tolonglah Badai." katanya.
" Hiiss...Tok ni, jangan lah panggil aku Badai, nanti orang tahu."
Terkekeh-kekeh dia ketawa. Dah...yang lain pun ikut ketawa. Katanya dia nak serbu saje rumah tuan yang memelihara Hantu Polong itu. Aku katakan boleh, tapi kena minta izin dengan ketua kampung dulu.
" Kita kena bincang dengan Tok Penghulu dulu, kalau dia setuju takpe. Nanti orang kampung tuduh kita membunuh pula." kata aku padanya.
" Itu pun iya jugak." katanya.
" Ok...bila kita nak jumpa Tok Penghulu...? katanya.
" Seberapa cepat yang boleh." kata aku.
" Sekarang juga, kita pergi rumahnya." katanya.
Sampai di rumah Tok Penghulu, kami pun berbincang tentang masalah ni. Aku hanya mendengar saja mereka berbincang, aku kan tetamu, lagipun aku masih muda tak elok masuk campur orang tua-tua berbual, nanti di kata orang S'pore takde sopan pula.
Setengah jam kemudian, semua mereka(5 orang) sepakat untuk menyerbu rumah yang empunya Hantu Polong. Kebetulan esok hari Khamis malam Jumaat. Di cadangkan operasi di mulai jam 12 malam, esoknya. Hanya 5 orang saja yang tahu operasi ini, termasuk aku. Kami pun balik ke rumah Amir dan berbincang dengan Tok Karim.
" Tok, mari kita buat meraga sukma, kita cari tempat yang sesuai esok."
Tok Karim tak perlu aku bimbing lagi, dia dah mahir buat meraga sukma. Dari jauh kami sudah dapat lihat, Hantu Polong mengelilingi rumah Tok Dukun Sulung menjaga rumah tuannya.
" Tok, dekat sini aje. Jangan sampai dia tahu kita melihatnya." kata aku pada Tok Karim.
" Ya...ya..ya..Aku tahu." katanya.
" Ok..Tok, kita balik saje ke rumah."
Kami sengaja tak mahu serbu rumah Dukun Sulong, kami akan bunuh Hantu Polong nya dulu dan dia pasti dapat impack nya jika Polong nya di bunuh. Cara meraga sukma tak boleh dilakukan, kerana Hantu Polong atau makhluk ghaib boleh nampak kami, dengan cara meraga sukma. Maka aku gunakan ' terawang 'dari jauh, dengan cara ni dia tak dapat nak detect keberadaan aku. Hari esok pun sudah tiba...
Aku dah suruh Tok Karim bawa telur ayam kampung 3 biji dan darah ayam satu mangkuk dan tentu sekali bawa parang yang tajam. Masa yang ditetapkan pun tiba. Kami datang berlima termasuk Tok Penghulu. Aku, Bidin(anak tuk Penghulu) sama Tok Karim masuk ke bawah kolong rumah Dukun Sulong. Perlahan-lahan jangan sampai dia mengetahui kami di bawah, betul-betul di bawah tempat Dukun Sulong tidur. Tok Penghulu dan Amir tunggu di luar kolong dekat pintu depan.
Jeng....jeng....jeng...Aku pun keluarkan piring, aku letakkan betul-betul di tepi tiang seri. Dan aku letakkan juga telur 3 biji yang sudah aku tebuk atasnya dan aku keluarkan darah ayam, lalu aku letakkan di sebelah telur ayam tadi.
Aku pun merapal ayat memancingnya dengan telur dan darah ayam, lebih kurang 4 minit kemudian keluar lidah yang sangat panjang lebih kurang satu meter. Perlahan-lahan lidah Polong yang keluar dari celah-celah papan mencari bau darah ayam dan telur yang sudah aku tebuk tadi. Sudin di sebelah aku dah menggigil ketakutan, dia tak jangka macam ni punya suasana. Tok Karim angguk kepala, bersedia mahu melibas parang pada lidah Polong yang menjelir panjang. Aku katakan padanya nanti aku tangkap lidahnya baru Tok Karim boleh libas lidah itu dengan parang yang telah di asah tajam. Aku tak nak terburu-buru, biar dia shiok dulu ratah telur dengan darah ayam. Kasi dia last chance makan cukup-cukup.
Aku pun signal pada Tok Karim, agar bersedia. Aku tangkap lidahnya dengan tangan yang telah aku lumur dengan garam jantan, agar tak terlepas. Jika tak menggunakan garam, cekaman tangan kita boleh terlepas. Jadi itu pantangnya, garam jantan. Aku tarik lidahnya ke tiang seri, lalu aku arahkan pada tok Karim.
" Tok sekarang, tetak...!" kata aku padanya.
Dengan secepat kilat, Tok Karim menetak dengan parang tajam berkilat yang berada di tangannya.
" Allahu Akbar...! !" terus di tetak lidah Polong dengan parangnya.
Bergegar rumah dukun Sulong, lalu terpekik kerana kesakitan. Beberapa jiran yang dekat dengan rumahnya pun terbangun mendengar suara jeritan dari dukun Sulong. Mereka bergegas keluar rumah ingin tahu kenapa. Ketika mereka sampai saja ke rumah dukun Sulong, Tok Penghulu sudah ada di situ.
Aku, Sudin dan Tok Karim pun keluar dari bawah kolong. Bertambah hairan mereka melihat kami berada di situ, lebih-lebih lagi tangan aku dan tangan Tok Karim berlumuran darah. Sedangkan Sudin masih trauma, badannya masih menggigil. Tok Penghulu pun menanya pada anak satu-satunya lelaki yang dia ada.
" Kenapa badan kau menggigil Sudin, kau takut ker...?" Sudin hanya berdiam saja, masih belum boleh berkata-kata.
" Jadi orang lelaki jangan takut, lebih-lebih lagi dengan Jin Setan." katanya pada Sudin anaknya.
" Habis tadi Tok kata pada aku, Tok takut macam nak pingsan. Tok suruh aku angkat kalau Tok pingsan." kata Amir yang tadi sama-sama dengan Tok Penghulu tunggu di luar rumah.
" Uuuuhhu....Kau ni tak boleh simpan rahsia betul lah." katanya pada Amir.
Tahu bapaknya pun takut, baru dia berani bersuara.
" Haa....Bapak pun sama juga, takut macam aku." kata Sudin mengejek bapaknya.
" Aku gurau saja dengan Amir tadi." katanya tersengih-sengih.
Lidah Hantu Polong sudah aku masukkan dalam kain hitam. Aku suruh Tok Karim ikut aku membuang bisa air liur yang ada pada lidah Polong, jika tak dibuang tangan boleh terkena kudis dan lama-lama bernanah jika tidak dibuang cepat. Bisa aku lepaskan ke pohon pisang dan aku gerenti pokok pisang itu akan mati satu dua hari ini.
Esoknya semua orang-orang kampung heboh, berita kematian Dukun Sulong yang lidahnya putus mengerikan.
Beginilah sahabat, penghujung nyawa orang yang bersekutu dengan Syaitan. Hukum Allah pasti terjadi kepada mereka-mereka yang bersekutu dengan Jin dan Syaitan, mati dengan terhina.
Di bawah ini aku kongsikan ilmu terawangan yang aku gunakan ketika melacak keberadaan Polong di rumah Dukun Sulung. Semoga bermanfaat buat sahabat semua. Insha Allah..
ILMU TERAWANG.
KHASIATNYA :
Berguna untuk melihat yang ghaib, baik manusia ditempat jauh maupun jin atau barang terpendam.
PERINGATAN..!
Ilmu ini akan membuat sahabat tidak hanya melihat tetapi juga mendengar suaranya, sehingga seringkali mengganggu ketenangan kita sendiri.
Sebenarnya kita bukan akan melihat dengan mata fizik tetapi melihat dengan mata batin, sekalipun mata fizik kita tutup tetapi mata batin dapat tetap terbuka. Aku sendiri bingung bagaimana nak menjelaskannya. Kadang kita akan melihat yang ghaib dengan mata terbuka, kadang juga melihat dengan mata tertutup. Ok… coba sendiri saja ya….
Asma' yang digunakan adalah Asmaul Husna Al Batin ( Yang Maha Ghaib) dan Al Fatah ( Yang Maha Pembuka ).
AL BATIN. ( Yang Maha Ghaib )
Yang Maha Ghaib, sesungguhnya zat Allah ghaib, tetapi kekuasaan dan keagungan-Nya dapat dilihat dan dirasakan senyata-nyatanya. Dialah yang berkuasa menjadi keagungan dan kekuasaan-Nya tadi menjadi ghaib bagi makhluk-Nya seperti kita sebagai manusia. Jika Dia berkehendak maka yang ghaib tadi dapat menjadi nyata sehingga dapat dilihat, dirasakan dan diketahui oleh kita. Oleh sebab itu wajar lah jika kita memohon kepada-Nya supaya yang ghaib tadi menjadi nyata bagi kita sehingga kita dapat mengetahui, merasakan dan melihatnya.
" Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. Dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula). Dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah / yang kering, melainkan tertulis dalam kitab-Nya yang nyata (Lauh Mahfudz)."
AL FATAH. ( Yang Maha Pembuka )
Yang Maha Pembuka. Dia lah Allah yang berkuasa membuka segala sesuatu yang terkunci, tiada satu pun yang dapat menahan keinginan-Nya.
TATA CARANYA :
Untuk penyelarasan ilmu, di zikirkan selama 40 malam sebanyak 1000x agar sebati dengan kita, supaya dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Sebaiknya selepas sholat Tahajud atau Hajat 2 rakaat.
BACA :
YA BATINU YA FATAHU. 1000x per-malam atau sebanyak-banyaknya.
Lalu Berdoa :
" Dengan cahaya-Mu Ya Allah, terangi penglihatan saya untuk membuka segala sesuatu yang tidak kelihatan oleh mata saya. Dengan keterbukaan wahai Dzat yang Maha Membuka. Bukalah hati kami untuk mengetahui barang yang samar di dalam hati ketika tidak tahu."
" Ya Allah Yang Maha Hidup dan terus mengurusi makhluk-Nya. Singkapkanlah segala perkara yang tersembunyi. Ya Allah yang Maha Mengadakan, yang Maha Pembuka. Bukakanlah sebagian rahasia ghaib. Sesungguhnya tiada tuhan kecuali Engkau yang Maha Pemberi."
Lakukanlah selama 40 malam zikir ini. Selepas selesai 40 malam penyelarasan, istiqomah mengamalkannya setiap habis sholat fardhu 100x. Semoga bermanfaat bagi yang mahu mengamalkannya. Aamiin Ya Mujibassa'ilin....
SELESAI.....
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerIta dan keilmuan ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat. Aku, TOK PENJEJAK BADAI dengan merendahkan diri memohon maaf kepada sahabat yang aku hormati semuanya....
TERIMA KASIH.....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment