Trending

Friday, 7 December 2018

Cara Yang Betul Untuk Tanam Japanese Rose Barulah Lebat


Japanese rose atau juga kita panggil sebagai bunga pukul 10 ini cukup comel dan menarik perhatian. Apatah lagi jika bunganya berkembang penuh, boleh membuatkan sesiapa pun terpukau dengan keindahannya.
Bunga ini banyak jenis dan warna malah tidak menjadi masalah untuk mempelbagaikan jenis dan warnanya di dalam satu bekas. Hasilnya memang cukup luar biasa!
Jadi apa kata, kita layan cara tanam bunga kembang sepuluh ini untuk memperindahkan lagi kawasan taman rumah kita. Bukan sahaja cantik ditanam di tas tanah, malah cantik juga dijadikan pokok hiasan gantung.

Langkah demi langkah :
  1. Dapatkan beberapa batang pokok bunga japanese ros.

2. Potong sebatang menjadi beberapa keratan batang seperti di bawah.


3. Sediakan pasir hitam berbaja letak penuh dalam pasu. Kalau tak ada baja, boleh gaul dengan satu sudu besar baja kopi dalam tanah.


4. Kemudian cucuk keratan batang pokok bunga memenuhi ruang pasu.


5. Kemudian siram


Ekstra Info :
  1. Tujuan siraman ini bagi menguji tanaman yang ditanam kukuh. Jika selepas disiram tercabut, maka tanam ke dalam sedikit.
2. Jika keratan mempunyai bunga, buang agar baja dapat tumpukan untuk pembesaran batang terlebih dahulu.
3. Ingat ye, tanaman bunga ini memerlukan tanah yang lembab tapi jangan bertakung dan japanese Rose ini sangat suka matahari.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts