Trending

Friday, 21 December 2018

Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi patuh kepada Guru secara zahir dan batin


Dalam dunia Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi , patuh kepada Guru secara zahir dan batin merupakan syarat mutlak yang tidak boleh di ambil ringan. Perkara ini wajib di penuhi oleh seorang murid agar dia berjaya dan tercapai tujuan dari berguru iaitu Ma'rifat kepada Allah S.W.T dan mendapat rahmat dan kurnia-Nya.
Di kalangan pengamal Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi, ilmu bukanlah hal yang pokok, amalan juga bukan hal utama, yang terpenting dari semua itu adalah PATUH kepada apa yang di perintahkan atau apa yang di larang oleh Guru.
Dalam sebuah riwayat, Syeikh Abdul Qadir Jailani Q.S ketika masih menjadi seorang murid, dia tinggal bersama dengan Gurunya dan pada suatu malam dia terlambat pulang. Ketika cuba membuka pintu, ternyata pintu itu terkunci. Kerana Adab yang tinggi kepada Gurunya, dia tidak berani mengetuk pintu yang tentu saja akan mengganggu tidur Gurunya, kemudian dia tidur di depan pintu rumah sampai subuh. Ketika gurunya keluar saat subuh, Syeikh Abdul Qadir Jailani Q.S masih tidur kemudian bangun.
Gurunya kemudian bertanya : " Kenapa kamu tidur di sini ? "
Syeikh Abdul Qadir Jailani Q.S menjawab : " Saya tidak berani membangunkan Guru ".
Kemudian gurunya berkata : " Kamu sekarang menjadi seorang Wali ! ".
Kisah Raden Sa'id yang menjaga tongkat Sunan Bonang sangat terkenal di masyarakat jawa di mana Raden Sa'id dengan patuh tanpa bertanya menjaga tongkat gurunya dalam waktu yang lama. Berkat kepatuhan tersebut, Raden Sa'id kemudian diterima menjadi murid Sunan Bonang dan kemudian mengikuti jejak Gurunya menyebarkan agama Islam dan menjadi seorang Wali Allah yang dikenal sebagai Sunan Kalijaga.
Kepatuhan kepada Guru bukanlah ajaran yang tiba-tiba muncul atau dibuat-buat, akan tetapi ini merupakan tradisi yang sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W. Para sahabat sangat tinggi kepatuhannya kepada Rasulullah S.A.W dan mereka hanya mengenal dua kata iaitu " Sami'na wa Atha'na " yang bermaksud, Kami dengar dan kami patuhi.
Apa pun yang diperintahkan Rasulullah S.A.W dilaksanakan dengan sebaik-baiknya oleh mereka dan apa-apa yang di larang Rasulullah S.A.W di tinggalkan oleh mereka. Tradisi ini kemudian secara turun temurun terpelihara di kalangan pengamal Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi, di kalangan para Wali Allah sampai saat ini dan sampai akhir zaman.
Guru Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi mengatakan : " Setinggi apa pun ilmu yang dimiliki seseorang dan sebanyak apa pun amal yang di kerjakannya tanpa adab maka hasilnya adalah KOSONG ".
Adab yang di maksudkan di sini salah satunya adalah kepatuhan kepada Guru. Beliau juga mengatakan bahawa ilmu hakikat itu turun dari Guru kepada murid dengan kasih sayang. Dengan demikian, kapatuhan merupakan syarat mutlak yang harus dipenuhi oleh murid sehingga kasih sayang Guru akan tercurahkan kepadanya.
Dengan di awali kepatuhan, maka akan timbul rasa sayang dan cinta kepada Guru. Dengan rasa itu pula akan dicurahkan kasih dan sayang dari Guru kepada kita. Mencintai orang yang dicintai oleh Allah S.W.T maka Allah S.W.T akan mencintai kita. Menyayangi orang yang di sayangi oleh Allah S.W.T maka Allah S.W.T akan sayang kepada kita. Inilah perkara Utama yang harus dipenuhi oleh murid.
Seorang Guru Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi pasti memberikan perintah kepada muridnya bukan atas kehendak hatinya apatah lagi atas dasar hawa nafsu. Guru Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi memberikan arahan atau menyuruh muridnya melakukan sesuatu pasti sebelumnya telah meminta persetujuan dari Allah S.W.T melalui Muraqabah yang dimilikinya.
Setiap tindakan apa pun yang dilakukan oleh Guru Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi kesemuanya berdasarkan firman Allah S.W.T baik yang tertulis mahu pun yang langsung di ilhamkan Allah S.W.T ke dalam hatinya. Atas dasarnya itu maka seorang murid harus mempunyai keyakinan yang penuh kepada Guru, tidak ada keraguan sedikit pun. Dengan demikian, maka dalam mematuhi apa yang diperintahkan Guru bukan dalam keadaan terpaksa tapi dengan keikhlasan hati.
Harus di akui kepatuhan kepada Guru ini mendapat kritikan di kalangan orang-orang yang anti kepada Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi kerana mereka tidak memahami hakikat dari kepatuhan itu sendiri. Kepatuhan mutlak ini hanya berlaku kepada Guru yang mempunyai darjat seorang Wali Allah. Sedangkan untuk yang tidak mempunyai ijazah seperti itu tentu saja hal ini tidak berlaku.
Seorang Guru Tarekat Tasawuf Ahlus Shufi tidak mungkin menyuruh muridnya hal-hal yang bertentangan dengan ajaran Agama, Undang-undang Negara dan yang melanggar peraturan-peraturan yang berlaku di masyarakat.
Guru hanya menyuruh muridnya untuk mengamalkan apa yang telah di ajarkan kepadanya, memperbanyak ibadah dan dzikir serta selalu menambah pengetahuan baik tentang syariat agama mahu pun ilmu-ilmu lain.
Hanya kepatuhan kepada Guru yang menyebabkan hijab akan terbuka sehingga boleh memandang hal yang tidak pernah terlintas dalam fikiran, boleh menyaksikan keagungan-Nya dan dengan kepatuhan itu pula akan melatih kita patuh kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts