KELAHIRAN DAJJAL FITNAH AKHIR ZAMAN. Pt1.
Assalamualaikum wr wbt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua. Tidak kira dimana jua berada, baik dari dunia nyata mahupun sahabat dari duia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa di hatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah swt, dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu dan dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan serta secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Inshaa' Allah..
Dalam surah Thaa Haa ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah swt di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-Quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil. Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa.
Di dalam surah Thaa Haa juga, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa a.s, terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.
95.) Berkata Musa :
" Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri..?"
" Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri..?"
96.) Samiri menjawab :
" Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak Rasulullah( bekas tapak kaki Jibrail a.s) aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku."
" Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak Rasulullah( bekas tapak kaki Jibrail a.s) aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku."
97.) Berkata Musa :
" Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan : " Janganlah menyentuh (aku)." Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan). Surah Thaa Haa ayat : 95-97.
" Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan : " Janganlah menyentuh (aku)." Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan). Surah Thaa Haa ayat : 95-97.
Boleh dikatakan semua umat Islam di seluruh dunia yang mempercayai bahawa Dajjal (Antichrist) merupakan perancang utama terhadap konspirasi Yahudi. Setiap apa yang dilakukan oleh Yahudi dalam gerak kerja mereka sejak dari zaman Nabi Musa a.s hinggalah sekarang dipercayai dipengaruhi oleh seseorang yang amat berkuasa.
Muhammad Isa Dawud mula memperkenalkan teorinya tentang Dajjal mengatur segala konspirasi dunia pada tahun 1996. Teorinya itu diperkenalkan di dalam buku kontroversinya yang bertajuk :
" DAJJAL AKAN MUNCUL DARI KERAJAAN JIN DI SEGITIGA BERMUDA."
Namun demikian, 95 tahun sebelum Isa Dawud menulis buku tentang Dajjal, terdapat seorang cendekiawan dari Russia yang telah pun mengesyaki bahawa Dajjal adalah perancang utama konspirasi Yahudi. Cendekiawan yang sedar ini bernama Prof. Sergius A.Nilus yang hidup sezaman dengan Henry Ford ketika itu.
HASIL KERJA PROF. NILUS.
Prof. Nilus menerbitkan buku yang bertajuk :
" The Great Within the Small.".
Pada 1901 dalam bahasa Russia. Buku itu telah dibawa keluar dari Russia oleh seorang rakannya yang bernama G. Butmi untuk disebarkan kepada masyarakat dunia. Senaskah daripadanya berjaya disimpan di Muzium British pada Ogos 1906.
Buku karangan Prof. Nilus mengandungi himpunan-himpunan Protokol Pertubuhan Zionist yang mana pada zaman itu, organisasi Zionist masih dipimpin oleh pengasasnya iaitu Dr. Theoder Herzl. Apa yang mengejutkan ialah Prof. Nilus berjaya membawa keluar menit-menit mesyuarat kongres Zionist di Bassel yang diadakan pada tahun 1897.
Amat dipercayai bahawa, maklumat-maklumat yang dimiliki oleh Prof. Nilus adalah hasil kerjasamanya dengan seorang perisik Rusia yang bernama Miss Glinka. Beliau (Glinka) telah mengupah dengan seorang pencuri yang bernama Joseph Schort untuk mencuri dokumen-dokumen mesyuarat Zionist selepas kongress Zionist itu berlangsung. Sebenarnya Schort juga seorang Yahudi tetapi dia tidak terikat dengan ideologi ekstrim Yahudi Zionist. Apa yang diketahui ialah Schort adalah salah seorang ahli Mizrain Lodge di Paris.
Dipercayai juga bahawa, rakan Prof. Nilus iaitu Prof. Philip P. Stephanov juga memiliki dokumen protokol Yahudi itu. Stephanov telah mencetak dokumen tersebut lebih awal secara persendirian pada tahun 1897. Kemudian pada 1901, barulah Prof. Nilus menerbitkan dokumen tersebut dalam buku kontraversinya yang bertajuk : " The Great Within the Small."
Bezanya ialah, dokumen protokol Yahudi yang diterbitkan oleh Prof. Nilus mengandungi ulasan-ulasan yang misterius dan hanya dapat difahami oleh masyarakat Islam sedangkan beliau berada di Rusia ketika itu bukannya di negara Arab.
Pada Jan 1917, Nilus menerbitkan edisi kedua, tetapi tidak sempat kerana tercetusnya Revolusi Rusia pada Mac 1917. Perampas kuasa ketika itu, Kerenski (berbangsa Yahudi) telah mengarahkan Prof. Nilus ditangkap. Beliau dipenjarakan dan diseksa, malahan semua hasil karangannya dihapuskan. Ramai pengkaji mempercayai Kerenski adalah salah seorang ahli pertubuhan Yahudi sama ada Zionis atau Freemason.
Dengan kuasa Tuhan, beberapa naskah Prof. Nilus berjaya di selamatkan dan diterbit di Jerman pada 1919, di Perancis dan Amerika pada 1920 dan di beberapa negara lain iaitu Arab, Itali dan Jepun.
ULASAN ANEH PROF. NILUS MENGENAI RAJA YAHUDI.
Berikut di bawah ini adalah ulasan-ulasan aneh Prof. Nilus yang mana aku percaya Muhammad Isa Dawud bukanlah orang pertama yang mengesyaki Dajjal sebagai perancang utama. Atau pun, Muhammad Isa Dawud sendiri telah mendapat ilham dari hasil ulasan Prof. Nilus. WALLAHU 'ALAM...
ULASAN DALAM BUKU :
THE GREAT WITHIN THE SMALL.
".....sudah hampir empat tahun Protokol-Protokol Para Ilmuwan Zionis ini berada di dalam simpanan saya. Hanya Tuhan sajalah yang mengetahui, betapa saya telah berusaha untuk membawanya ke pengetahuan ramai tapi sia-sia-malah untuk memberikan amaran kepada mereka yang berkuasa, dengan mendedahkan punca-punca keributan yang melanda Rusia yang seolah-olah bersikap tidak acuh....."
"....hanya sekarang, apabila saya khuatir ianya mungkin sudah terlambat, saya telah berjaya menerbitkan hasil kerja saya ini dengan harapan ia dapat memberi amaran kepada mereka yang masih mempunyai telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat...."
"....seseorang itu tidak meragui lagi bahawa kemenangan kerajaan Raja Israel dicapai setelah dunia mengalami kemerosotan samalah seperti kuasa Syaitain, dengan kuasa dan sifatnya yang menggerunkan. Raja yang dilahirkan dari keturunan Zionis (Yahudi) iaitu AntiChrist (Dajjal) mangkin hampir untuk menduduki takhta empayar sejagat (masyarakat dunia)....New World Oder."
"....peristiwa-peristiwa dicetuskan dalam jangka masa yang pantas di dunia perkelahian, peperangan, kebuluran, khabar angin, wabak penyakit, gempa bumi semuanya yang kelihatan mustahil sebelumnya, pada hari ini menjadi kenyataan.... Seseorang itu mungkin tidak terfikir hari-hari berlalu pantas untuk menyegerakan matlamat insan pilihan (Dajjal)."
"...di sanubari saya, saya dapat merasakan bahawa masanya telah tiba untuk mengadakan Majlis Oecumenical ke-8 yang akan menyatukan Pastor dan wakil-wakil semua umat Kristian. Semua perbalahan sekular dan perpecahan akan dilupakan bagi menyiapkan diri untuk menentang ancaman AntiChrist (Dajjal) yang mendatang."
Prof. Nilus seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Kristian dan beliau tidak meragui bahawa Dajjal (AntiChrist) itu wujud dan ada bersembunyi di suatu tempat rahsia. Aku juga percaya bahawa Prof. Nilus mengetahui semua perancangan rahsia Yahudi Zionis adalah diatur oleh Dajjal sendiri yang memberikan maklumat dari suatu tempat lain yang rahsia dan misteri.
Dan kemudian sehinggalah pada 1996, Muhammad Isa Dawud memecahkan kebuntuan Prof. Nilus tentang tempat perancangan Dajjal tersebut. Muhammad Isa Dawud dengan hujah-hujahnya yang tersendiri dengan yakin menyatakan Dajjal sedang bersembunyi di Segitiga Bermuda. Beliau yakin ada manusia-manusia Yahudi yang mengetahui Raja mereka sedang bersembunyi di suatu tempat yang misteri dan hanya menunggu masa untuk keluar.
KELAHIRAN DAJJAL.
Sudah tiba masanya kita memerangi Dajjal dan Ejen-ejennya. Bukankah kita mahu fitnah besar itu berakhir...? Dia selalu merancang untuk menghina dan membinasakan umat Islam serta menggerakkan bonekanya di sebalik tabir.
Bayangkan kita sekarang berada di sebuah negeri bernama Samirah. Ia adalah sebuah negeri kecil yang terletak di Palestina. Kemudiannya ia menjadi sebuah negara besar bermula ketika zaman Nabi Daud a.s dan ibu kota kerajaan Bani Israel warisan Nabi Sulaiman a.s. Ini berdasarkan kelahiran Nabi Musa lebih kurang satu abad sebelumnya.
Di negeri itu, tinggal sepasang suami isteri berketurunan Yahudi yang sudah berkawin selama 31 tahun. Mereka dikurniakan seorang bayi paling membahayakan kedua orang tuanya. Ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w.
" Kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap terjaga."
KELUARGA DAJJAL.
Seluruh keluarga Dajjal adalah penyembah berhala. Dahulu, mereka menyembah sebuah berhala mirip Sapi Betina(al- Baqarah). Tetapi ia adalah syaitan durjana yang menjelmakan dirinya dalam bentuk patung itu.
Mereka selalu menyembelih haiwan sebagai korban untuk berhala mereka. Sebenarnya korban dan arak yang mereka sembahkan setiap hari itu adalah untuk syatain. Setiap pagi, mereka menemui sisa-sisa korban di tempat itu, lalu menyangka " tuhan " mereka meredhoi apa yang mereka lakukan.
Kedua-dua orang tua Dajjal selalu memohon supaya dikurniakan anak lelaki. Atas takdir Allah s.w.t, wanita itu hamil. Sebelum itu syaitan selalu memasuki saluran kencing lelaki penyembah berhala itu setiap kali dia menggauli isterinya. Ini menyebabkan benih manusia dan unsur syahwat yang bersifat dengki daripada syaitan, bercampur sesuai dengan takdir Allah yang Maha Kuasa.
Pada suatu malam yang sangat menakutkan, ketika angin bertiup kuat dan hujan turun dengan lebat, pasangan itu terdengar suara daripada patung Sapi Betina itu. Patung itu memberitahu mereka berdua telah diredhoi dan bakal dikurniakan seorang anak lelaki. Tetapi, jika pasangan itu tidak mengukuhkan ketaatan mereka dan tidak banyak melakukan korban kepada patung itu, anak lelaki itu akan ditukar dengan anak perempuan.
Mereka terus bersujud dan bersimpuh di hadapan patung itu dan menegaskan mereka mahukan anak lelaki. Lalu patung sapi itu mengarahkan mereka menyembelih seekor sapi betina gemuk dan besar, kemudian meletakkan korban itu di hadapannya.
Dia tahu perempuan itu sedang mengandung. Namun syaitan tidak tahu anak lelaki atau perempuan. Jika Allah menentukan anak perempuan, syaitan akan pasti memberitahu pasangan itu tidak ikhlas menyembahnya. Begitulah kelicikkan syaitan. Bukankah mereka sangat gemar berbohong. Ini bukan pendapat dan pandangan aku. Sebaliknya, ia ada dalam pelbagai tulisan dan manuskrip seperti di atas batu-bata di Kota Irbid, Jordan. Oleh kerana peredaan zaman, lukisan dan manuskrip pada batu- bata itu dicuri atau hilang.Tiada seorang yang tahu di mana batu- bata itu disembunyikan. Tetapi kisah yang dicatatkan masih tersimpan dalam ingatan sebahagian besar ulama yang menerimanya secara turun- temurun.
Ketika itu, di Syam, tersebar berita mengenai kelahiran seorang bayi lelaki selepas 30 tahun usia perkawinan ibu bapanya. Dikatakan juga, kedua mata anak itu cacat sejak lahir. Dia suka tidur setiap waktu dan jarang bangun menyusui ibunya yang bertubuh besar. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. mengenai keluarga Dajjal, yang disampaikan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya.
" Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Ibunya pula berisi (fardhakhiyyah) iaitu banyak dagingnya dan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua payudaranya besar."
Oleh kerana anaknya tidak mahu menyusu, wanita itu mendapat penyakit yang disebabkan oleh air susu berlebihan yang bertukar menjadi racun di dalam sistem badannya ( Cancer Payudara ). Akhirnya wanita itu meninggal dunia. Ternyata, anak lelaki ini sudah membahayakan ibunya, dengan izin Allah swt.
Lebih menghairankan, selama beberapa tahun selepas kelahirannya, anak ini hanya bergerak beberapa kali sehingga orang tuanya menyangka dia lumpuh atau tuhan-tuhan mereka murka. Mereka memberinya susu kambing sebagai usaha membuatnya bangun dan duduk. Anak ini hanya minum seteguk dua sebelum menyambung semula tidurnya. Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w.
" Kedua matanya tidur, tetapi hatinya tetap terjaga."
Pada suatu malam, tiba-tiba anak itu bergerak sedangkan anak itu belum pernah berjalan apatah lagi merangkak walaupun sudah berusia empat tahun. Dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui kedua orang tuanya. Seolah-olah ada roh lain yang memasuki tubuhnya. Tentu saja ia bukan roh lain, melainkan jin syaitan.
Memang dia dirasuk syaitan yang bersemayam dalam patung sapi. Dia ditinggalkan tidur di sisi patung itu. Ketika ayahnya bangun, dia mendapati anaknya tertidur di pangkuan tuhan-tuhan mereka. Lelaki itu memberitahu jirannya tetapi jirannya itu tidak mempercayainya. Malah dia dituduh meletakkan anaknya di hadapan tuhan-tuhan itu.
Kejadian itu semangkin tersebar. Ramai orang datang bagi menyaksikan kejadian aneh itu dan mahu mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Malah, ramai juga yang mengambil berkat darinya. Namun pihak istana tidak mahu menerimanya. Mereka memerintahkan lelaki itu menghadap Raja dan menceritakan apa yang berlaku. Kemudian, lelaki itu di paksa mengaku bahawa dia yang membawa sendiri anaknya kepada patung Sapi Betina itu. Lalu dia dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa. Ketika itu, semua orang hanya boleh mentaati perintah Raja. Tidak lama kemudian, pihak Istana mengambil tindakkan keras dengan membunuh semua penyembah berhala Sapi Betina.
Oleh kerana tidak tahan diseksa, dia terpaksa mentaati perintah Raja, lalu mengumumkan tiada tuhan melainkan Raja dan tiada yang dapat memberi manfaat atau menyebabkan bencana selain Raja. Akhirnya dia dilepaskan dari penjara. Manakala anaknya pula dijaga di istana dan tidak dibenarkan keluar daripada situ. Tidak syak lagi, anak itu sangat membahayakan orang tuanya. Ayahnya di penjara dan diseksa dengan teruk. Kemudian dinafikan hak penjagaan oleh istana.
KEAJAIBAN SAMIRI.
Berita keajaiban bayi itu semangkin tersebar sehingga dia digelar (a'jubah as Samirah) keajaiban Samirah. Menurut Raja, bayi itu di rasuk syaitan. Dia pergi ke seluruh dunia meminta bantuan tukang sihir dan dukun-dukun bagi mengeluarkan syaitan yang merasuki anak itu. Menurutnya, syaitan akan menggoncangkan singahsana atau 'Arasy tuhan. Ini menimbulkan kekecohan di kalangan penduduk.
Salah seorang penduduk yang mengakui dirinya sebagai ahli falsafah, berkata :
" Anak ini sememangnya keturunan Samiri. Dua huruf " RA " dan " HA " ( dua huruf terakhir dalam perkataan Samirah ), menunjukkan sebuah negeri iaitu negeri Sam ( bukan Syam ). Negeri itu dinisbahkan kepada Sam bin Nuh a.s. Dia adalah pengasas gerakkan Samirah selepas banjir besar berlaku. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga didatangi malaikat yang kemudian mengajarnya cara menggerakkan kedua kakinya. Anak itu adalah cucu Sam.
Namun tiada seorang pun yang mempercayai ahli falsafah itu. Malah dia di tuduh gila. Raja negeri itu mengarahkan rakyatnya berhenti membincangkan berita itu. Jika tidak, orang itu akan dihukum. Raja juga mengarahkan dengan tegas supaya semua orang mengelarkan anak itu As-Samiri, berdasarkan negeri kelahirannya.
Sahabat tahu tak apa makna nama di sebalik : " United States of America " atau U.S.
Sahabat ada perasan tak, gambar seorang lelaki memakai topi dan baju yang terbuat dari bendera Amerika. Dan dia menunjukkan jari telunjuk dan di bawahnya tertulis :
" I need You ", dan namanya Uncle Sam. Pakcik Sam ( U.S ) Pakcik Samirah, si Dajjal.
Semua orang tahu itu Uncle Sam, tetapi tidak ada yang tahu siapa dia sebenar. Foto Uncle Sam ada aku letak di ruang foto bawah ini.
Ayah anak itu mati kerana menderita dan mengalami tekanan jiwa berpanjangan. Tetapi kini, dengan izin Allah, anak itu telah mendatangkan nasib malang kepada kedua orang tuanya. Ini semua adalah ketentuan Allah dan kehendak-NYA saja.
BULAN KELUAR DARIPADA PAKSINYA.
Setelah setahun ayahnya meninggal dunia, anak ajaib itu di jaga oleh pihak Istana. Ketika usianya mencapai lima tahun, dia mula bangun daripada tidurnya lalu bergerak. Dia cuba berbual dengan orang-orang di sekitar Istana itu walaupun tergagap-gagap. Mereka cuba merawat kecacatan matanya. Namun para dukun Istana menyatakan, kecacatan itu tidak dapat disembuhkan.
Sebulan selepas itu, ketika penduduk negeri itu sedang tidur, tiba-tiba datang peringatan Tuhan kepada mereka. Ini kerana mereka melakukan zina dan liwat seperti yang dilakukan oleh orang-orang Sadum dan 'Amurah. Tuhan merencanakan sesuatu ke atas mereka.
Tiba-tiba seksaan dan hukuman itu datang tanpa disangka-sangka. Allah s.w.t. memerintahkan Jibril menterbalikkan mereka ke dalam bumi seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang tinggal hanya seorang anak kecil di Istana Raja. Jibril ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di sebuah lautan luas. Laut itu dikenali sebagai Laut Yaman yang mempunyai peranan penting pada masa akan datang. Anak itu ditinggalkan bersendirian di pulau itu. Jibril ditugaskan menjenguknya setiap saat sesuai dengan perintah Allah s.w.t. untuk menjaga dan memeliharanya, serta menyayanginya dengan memberinya makan dan minum. Anak itu kembali kepada kebiasaannya semula, banyak tidur dan bergerak sedikit saja.
Kemudian Jibril kembali ke negeri itu bagi menyambung seksaan yang diperintahkan oleh Allah dan pulang ke pulau itu semula, membawa makanan untuk anak itu. Allah menyayangi anak itu lalu berfirman :
" Hai Jibril, anak itu adalah hamba-KU. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyeksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada waktu yang tidak akan diingkari oleh hamba-hamba-KU. Orang itu adalah seorang Nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu, ketika menjelang akhir zaman." Nabi Isa al Masih....
Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali sebagai jazirah :
" ATS TSU BAN AR RAHIB WA AD DABBAH AL HALBA."
( Pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal ).
" ATS TSU BAN AR RAHIB WA AD DABBAH AL HALBA."
( Pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal ).
Ini kerana, menurut cerita dongeng mengenai pulau itu, sesiapa yang menghampiri ataupun singgah di sana pasti bakal mati dipatuk ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Haiwan berbulu tebal itu dikatakan boleh bertutur dengan pelbagai bahasa di muka bumi dan menguasai pulau itu. Ular itu adalah penjaganya dan matanya buta. Haiwan hodoh itu yang mengarahkannya. Penjaga itu sangat taat dan selalu tunduk kepada tuannya.
Pulau kecil itu terletak di Lautan Hindi berhampiran Yaman. Bahagian laut yang penuh dengan pulau-pulau berhampiran Yaman itu disebut Laut Yaman, bukan Teluk Arab seperti pendapat sebahagian orang. Pulau yang didiami oleh anak ajaib itu kelihatan jauh dan terpisah daripada pulau-pulau yang banyak itu. Malah, daripada jauh, pulau itu nampak seperti sebutir bintang yang terlepas daripada gugusan bintang ataupun seperti bulan yang terlepas daripada pusat peredarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia begitu asing dan ganjil.
Jibril as mengunjungi anak itu setiap waktu. Sebagai manusia biasa, kita tidak mampu melihat Jibril kecuali dengan kehendak Allah s.w.t. Anak itu sendiri selalu tidur lama seperti penghuni gua. Suatu hari, ketika anak itu mencapai usia lapan tahun, kedua-dua mata dan hatinya terbuka. Dia hanya tidur sekejap saja. Sekarang dia mampu berdiri, bergerak, sedar dan berfikir.
Dia berjalan-jalan di sekitar pulau yang didiaminya itu dengan perasaan kagum, terasing, bimbang dan selalu berwaspada. Pulau itu kelihatan hanya dipenuhi dengan pelbagai jenis burung dan binatang. Dia merasakan dirinya seperti penguasa di situ.
Suatu hari, dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai mata membonjol seperti mata sapi. Tiba-tiba, binatang itu bercakap dengan bahasa yang dapat difahaminya dengan baik. Binatang itu berkata :
" Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah daripada gempa dahsyat ketika bumi diterbalikkan di negeri Samirah. Malaikat agung iaitu Jibril as membawamu ke sini dan dia menguruskan makan dan minummu. Oleh kerana itu, jaganlah engkau mengkianati janjimu dengan Allah sebab hati setiap anak Adam telah di pasak ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dan keimanan kepada-NYA selama dia masih berada dalam fitrah kesuciannya. Oleh kerana itu engkau mesti menjadi muslim dan mukmin yang taat kepada Tuhan Pencipta Alam ini. Dialah Tuhan Yang Maha Esa.
Kemudian binatang besar itu memberi isyarat supaya mengikutnya menuju ke bongkah batu. Di situ, tertera beberapa tulisan Arab, lalu diajarnya huruf demi huruf. Kemudia, ia memberi isyarat untuk menuju ke bongkah batu yang lain pula. Pada batu-batu itu terdapat tulisan seperti berikut :
1) LA ILAHA ILLALLAH.
2) ALLAHU WAHID LA SYARIKALAHU.
3) ENGKAU DIURUS OLEH JIBRIL.JADI, JGN KAMU MENGKIANATI JANJIMU DGN ALLAH.
4) HANYA ENGKAU SAJA DI PULAU INI.
2) ALLAHU WAHID LA SYARIKALAHU.
3) ENGKAU DIURUS OLEH JIBRIL.JADI, JGN KAMU MENGKIANATI JANJIMU DGN ALLAH.
4) HANYA ENGKAU SAJA DI PULAU INI.
Nikmatilah makanan daripada rezeki Allah ini sesuai dengan kehendakmu. Tidurlah sesuka hatimu. Sembahlah Allah dalam apa jua keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada-NYA iaitu sholat yang diwajibkan kepadamu. Allah adalah Raja. Allah yang Maha Esa. Dia tidak mempunyai ayah dan tidak mempunyai anak. Allah Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Kuasa. Jadilah anak masa kini, wahai anak kecil. Jangan menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun.
Tiada kitab untukmu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. yang akan datang menjelang akhir zaman. Jika engkau mengimaninya, engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan menyakini Allah. Tetapi, jika engkau mengingkarinya, engkau adalah manusia masa depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah s.w.t. Sesungguhnya, engkau berada di antara dua Nabi yang berserah diri kepada Allah dan sesungguhnya semua Nabi berserah diri kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, Allah akan memudahkanmu mengimani penutup para Nabi yang terdahulu dan pengganti Nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengah-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pohon kurma, mata air dan sumur yang tawar serta tanah yang subur.
Jika engkau mendustai nabi yang mendahului Muhammad, Allah akan menutup hatimu dengan tabir ' RAIN ' yang hitam. Hatimu menjadi hitam kerana sedikit warna putih dan cenderung kepada keburukkan, ibarat kendi yang dipenuhi lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti Iblis. Semoga laknat Allah ditimpakan ke atasnya yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau menjadi teman akrabnya. Betapa jeleknya seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t., yang dibiarkan sehingga suatu masa di suatu negeri iaitu suatu lautan yang penuh hembusan angin (Segitiga Bermuda), ketika Allah s.w.t. tidak lagi menyayangi orang-orang yang terusir daripada rahmat-NYA.
Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang diurus dan dibimbing malaikat agung, seorang mukmin yang mempercayai kewujudan Allah, Malaikat-NYA dan Rasul-NYA. Jika tidak, engkau berada dalam bahaya dan dimasukkan ke dalam penjara selama 1,000 tahun.Yang akan mengingatkan dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang arab Mekah yang mendustakan nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanah-tanah subur yang banyak ditumbuhi pohon kurma dan tumbuhan lain. Engkau akan berjasa ketika tiba musim memetik kurma di negeri tempat nabi berbangsa Arab itu di Isra' dan Mi'raj kan. Banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabariyyah. Kamu diharamkan memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam. Engkau tidak boleh memasuki sebarang tanah yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh memasuki negeri Quds tempat Isra' dan Mi'raj nabi paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril as, pembawa wahyu (amin al wahi) dan ia meninggalkan bekas untukmu, di samping batu besar, berupa cincin daripada Jibril, utusan Allah, Tuhan semesta alam...!
Kemudian anak ini melihat sisi batu besar yang ke-tujuh. Batu itu paling besar berbanding batu-batu lain sebelum itu. Di situ dia menemui sepotong batu yang warnanya indah. Ada juga tanah yang sama warna dengan dakwat yang digunakan oleh Jibril as untuk menulis. Pada potongan batu itu terdapat peringatan Allah .s.w.t. yang berbunyi :
" Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutuskan seorang rasul." ( al-Isra' )
Ini adalah satu tanda dan isyarat bahawa tanah itu bukan berasal daripada pulau itu. Malah ia juga bukan daripada mana-mana tanah di bumi. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Haiwan besar yang bersamanya mula menerangkan maksud tulisan itu, iaitu dia diberi kebebasan memilih sama ada mahu menjadi orang baik atau orang jahat pada masa akan datang. Jika dia menjadi orang baik, dia akan menjadi lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, dia akan menjadi seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai tuhan yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan ke atas alam Jin dan Syaitan, dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan memerintah tetapi hanya dalam waktu yang singkat dan hanya Allah yang tahu kesudahannya. Seterusnya, anak itu bertanya kepada binatang besar itu.
" Kalau begitu, siapa engkau sebenarnya...? Apa yang mendorongmu datang ke sini...? Dan siapa yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sesuatu seperti manusia..?"
Haiwan itu menjawab :
" Aku sememangnya seekor binatang yang dicipta dan diperintahkan berbuat demikian dan mahu berada di sini bersamamu. Malaikat Jibril akan membawamu daripada hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja orang yang hidup daripada suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku ditugaskan menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tiada. Aku diperintahkan tinggal di pulau ini bersamamu hingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini ketika engkau sudah keluar mengikut jalan yang kau pilih."
Binatang itu memberitahu :
" Aku diperintahkan bercakap denganmu. Selepas itu aku akan diam dan hanya mengeluarkan suara binatang seperti biasa. Aku tidak akan bercakap untuk kali kedua kecuali apabila sampai masa engkau meninggalkan pulau ini nanti. Hanya Allah yang Maha Tahu keadaannya ketika itu. Ketahuilah, apa yang aku katakan sekarang adalah wasiat-wasiat daripada Malaikat Jibril yang dipercayai itu."
Kemudian binatang itu mula kembali seperti binatang biasa. Binatang itu sebenarnya bernama Jassasah ( yang terus memerhati ). Dia mencari berita dan menyampaikannya kepada anak itu. Ini dilakukan demi kepentingan atau kemaslahatan anak itu. Dia bukan saja sebagai Jassasah (pencari berita dan menyampaikannya ) tetapi juga Jassasah (yang selalu mencari berita dan menyampaikannya). Semua berita yang dibawanya sangat mengkagumkan dan penting selain wujud dalam keadaan yang ganjil. Maha Suci Tuhan yang jika berkehendak, Dia melaksanakan kehendak-NYA. Jika Dia mempunyai kemahuan, tiada apa pun mampu menentang-NYA. Maha Agung Dia dan Maha Suci daripada apa yang mereka sekutukan.
KETIKA MANUSKRIP BERBICARA DAN MENDEDAHKAN BEBERAPA RAHASIA.
Semua yang aku kemukakan di bawah ini adalah ringkasan daripada apa yang tertulis di dalam pelbagai manuskrip lama yang di temui di dalam bangunan bawah tanah milik para petani Palestina. Manuskrip-manuskrip itu tertulis dengan huruf Aram lama yang berusia sekitar empat abad sebelum Nabi Musa a.s. diutuskan. Nampaknya, ini adalah apa yang pernah ditekankan wahyu Allah kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Hanya Allah yang lebih Mengetahui.
Namun, manuskrip itu turut menyatakan fitnah yang sangat besar. Orang yang bertanggungjawab menulis manuskrip-manuskrip pada daun seperti daun kurma atau papirus itu adalah seorang yang dikenali sebagai Azad bin Harim bin Shafur. Dia pernah bertemu Nabi Ibrahim dan bertanya mengenai seorang lelaki yang disebut Dajjal yang sangat merbahaya. Semua nabi diperintahkan oleh Allah untuk mengingatkan kaumnya mengenai bahaya Dajjal. Menurut pengakuannya, dia adalah orang yang paling banyak bertanya mengenai hal Dajjal kepada Nabi Ibrahim dan paling banyak bergaul dengan beliau ketika berada di negerinya.
Manuskrip-manuskrip itu diwariskan secara turun temurun oleh anak cucunya. Mereka pun memperbaharui tulisannya dengan bahasa Aram sehingga zaman kenabian Nabi Isa Al Masih. Kemudian manuskrip-manuskrip itu di sembunyikan oleh cicit-cicit Azad. Ketika mereka bertanya Nabi Isa Al Masih mengenai apa yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim itu, beliau pun turut menegaskannya. Allah s.w.t. juga berwahyu kepada Nabi Isa supaya mengingatkan kaumnya mengenai Dajjal yang mengaku sebagai tuhan dan minta disembah.
Atas kehendak Allah s.w.t. ada petani Palestina yang menemui manuskrip-manuskrip dan surat-surat itu. Barang-barang berharga itu diserahkan kepada seorang alim dan soleh di Quds. Dia memberitahu kandungan manuskrip-manuskrip itu selepas ia berjaya diterjemahkan. Ini kerana dia sememangnya ahli dalam bidang ukiran atau tulisan Aram lama dan pakar dalam pelbagai bahasa yang sudah tidak digunakan lagi. Dia menjaga manuskrip-manuskrip itu di dalam bangunan bawah tanah rumahnya yang sudah usang di Quds. Nama samarannya ialah Abu Basil 'Izzuddin Nur. Nama dan gelaran yang hanya diketahui oleh Allah s.w.t.
Nabi Nuh yang sangat jauh daripada zaman kenabian Nabi Ibrahim juga pernah mengingatkan kaumnya mengenai Dajjal. Jadi, tiada alasan untuk meragui atau memandang aneh terhadap kata-kata Nabi Ibrahim yang diterimanya daripada Nabi Nuh as.
Di dalam Shahih Bukhari ada disebutkan.
Abdan menceritakan kepada kami daripada Abdullah, daripada Yunus, daripada Az Zuhri, daripada Salim, bahawa Ibnu Umar r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. berdiri di hadapan orang ramai, lalu memuji dan menyanjung Allah seperti biasa. Kemudian beliau menyebut-nyebut Dajjal.
" Sungguh aku mengingatkan kamu sekalian supaya berhati-hati terhadap Dajjal. Setiap nabi pasti mengingatkan kaumnya. Tetapi aku akan memberitahu kalian apa yang belum pernah diberitahu oleh seorang nabi pun kepada kaumnya. Kalian harus tahu, mata Dajjal buta sebelah dan Allah tidak buta sebelah mata-NYA."
BERSAMBUNG....
Semoga bermanfaat dunia akhirat. Aamiin..
SELESAI....
SEKIAN DULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment