Trending

Tuesday 4 December 2018

Kurangkan Risiko Diabetes Dan Kolesterol Dengan Acar Bawang Putih Banyak Manfaatnya


Bawang putih ini merupakan tanaman yang telah digunakan sejak zaman mesir lagi, kandungan allicin yang terdapat dalam bawang putih itu telah digunakan untuk menjadi ubat untuk pelbagai jenis penyakit.
Bawang putih juga sangat mudah untuk didapati. Ia juga merupakan bahan yang wajib ada disetiap rumah tak kiralah di negara mana sekalipun. Bawang putih akan menambahkan lagi rasa dalam sesuatu masakan dengan cita rasanya yang khas dan enak.
Selain digunakan untuk menumis masakanbawang putih juga boleh dibuat acar. Untuk membuat acar bawang putih, ia memerlukan bahan seperti berikut;
Bahan-bahannya:
500 gram bawang putih
2 Sudu teh garam
2 sudu makan gula pasir
3 sudu makan cuka masak
250ml air putih
Caranya:
1.Buang kulit bawang putih tadi, kemudian campurkan dengan garam dan gaul sebati.
2. Isikan dalam bekas kedap udara yang berpenutup dan tutup rapat.
3. Rebus air bersama gula tadi sehingga larut, masukkan cuka masak dan kacau rata. Tutup api kemudian sejukkan seketika.
4. Tuangkan air rebusan gula yang telah sejuk, cuka dan air kedalam bekas yang berisi bawang putih tadi. Tutup rapat kemudian dibiarkan selama 2 – 3 hari untuk menjadikan acar lebih sempurna.
Sebenarnya acar bawang putih ini banyak kahsiatnya tau, kepada sesiapa yang tak suka akan rasa bawang putih didalam masakan itu boleh cuba untuk makan acar ini. Rasanya juga enak.
Jom lihat apa manfaat yang boleh didapati dengan memakan acar bawang putih ini;
Boleh dibuat kudapan atau ulaman semasa makan nasi
Rasanya yang manis, masam dan masin daripada garam, gula dan cuka itu membuatkan tekstur rasanya sangat menyegarkan.
Boleh Diguna Sebagai Antibakteria & Antiseptik
Secara semulajadinya, bawang putih sememangnya memiliki kandungan antibekteria dan antiseptik yang membuatkan ia mampu mencegah pelbagai jenis penyakit yang disebabkan jangkitan kuman.
Menurunkan Kadar Kolestrol Dalam Badan
Acar bawang putih ini sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi. Kandungan zat yang terkandung didalamnya akan mengawal dan menurunkan kadar kolestrol dalam badan.
Mencegah Hipertensi
bawang putih juga mempunyai khasiat yang sangat baik untuk mencegah tekanan darah atau pun lebih dikenali dengan istilah hipertensi.
Baik Untuk Kesihatan Tulang
Kandungan kalsium yang terdapat dalam bawang putih merupakan salah satu mineral yang sangat baik untuk tulang manusia.
Melancarkan Peredaran Darah
Kandungan besi dan beberapa vitamin pada bawang putih mampu memberi manfaat baik dalam melancarkan peredaran darah.
Mencegah Anemia / Kekurangan Darah
Zat besi pada bawang putih mampu merawat penyakit anemia seperti Lemah, letih, lesu dan pelbagai lagi.
Anti Kanser
Antioksidan yang terkandung didalam bawang putih merupakan salah satu kandungan yang baik untuk mencegah pertumbuhan dan munculnya sel-sel kanser didalam tubuh.
Disini kami cuma berkongsi serba sedikit mengenai kebaikan yang boleh didapati dari bawang putih. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts