KELAHIRAN DAJJAL FITNAH AKHIR ZAMAN. Pt.2.
Assalamualaikum wr wbt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua. Tidak kira dimana jua berada, baik dari dunia nyata mahupun sahabat dari duia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa di hatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah swt, dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu dan dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan serta secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Inshaa' Allah..
Salam sejahtera sahabat-sahabatku yang di rahmati Allah, semuanya. Kali ni aku akan sambung kembali kisah tentang Dajjal, dari kelahirannya dan sehingga munculnya Imam Mahdi.
Tetapi, untuk menyiapkan cerita ini mengambil masa yang agak lama, mungkin mengambil masa dua bulan atau lebih. Ini kerana, aku ceritakan riwayatnya dari dia lahir sehingga datangnya tentera bendera hitam dan munculnya Imam Mahdi. Ok...., sahabat-sahabat mari ikut aku ke zaman Nabi Musa a.s.
" Apa yang kalian perbincangkan...?" Kami menjawab :
" Kami sedang berbincang-bincang tentang hari Kiamat."
Beliau berkata :
" Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian lihat sebelumnya sepuluh tanda." Beliau menyebutkan :
" Dukhan (asap), Dajjal, Daabbah, terbitnya matahari dari barat, turunnya Isa Alaihis salam, Ya’juj dan Ma’juj, dan tiga khusuf (dibenamkan ke dalam bumi) di timur, di barat dan di jazirah Arab, yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman mengusir (mengiring) mereka ke tempat berkumpulnya mereka." ( HR. Muslim )
RAHSIA PENGARUH RASUL PADA TUJUH BATU BESAR.
Anak ini tinggal di pulau terpencil dan tidak mahu meninggalkannya. Suatu hari, dia mendapat ilham untuk menuju ke sebuah gua besar berwarna kelabu. Gua itu kelihatan seperti tapak tinggalan gempa bumi yang dahsyat. Dia cuba memperbaiki gua itu dan mahu mengubahnya menjadi sebuah rumah yang elok dan menarik serta lengkap dengan barangan dan perkakasnya. Dia juga mahu mengenali kawasan sekeliling dengan menjelajahi seluruh pelusuk pulau itu, mengenali linkungannya, menyingkap misteri yang tersembunyi di dalamnya dan menikmati keindahan pulau itu sendirian. Dia seperti seorang raja tanpa rakyat.
" Banyak raja yang berkuasa dan diangkat menjadi raja
( sengaja atau tidak), tetapi tidak dapat menentukan hukum, malah dia sendiri yang dikenakan hukuman."
( sengaja atau tidak), tetapi tidak dapat menentukan hukum, malah dia sendiri yang dikenakan hukuman."
Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan tahun demi tahun. Masa silih berganti. Usianya sudah 20 tahun. Tidak pernah sekalipun bersholat seperti yang difardhukan ke atas setiap manusia di bumi ini. Sementara itu, Jassasah mengunjunginya seperti biasa dan sentiasa berada di sekitarnya. Dia memberi isyarat melalui gerakkan yang tidak jelas seolah-olah mengingatkan tentang satu perkara penting yang dilupakan. Tetapi dia terus bersikap sombong dan meremehkan isyarat itu lalu berpaling daripadanya.
Suatu hari, dia mendongakkan wajahnya ke langit lalu berkata.
" Siapa yang tahu bahawa kata-katamu (wahai binatang) adalah benar...? Sungguh, aku hanya bersendirian. Aku tidak pernah melihat Jibril yang diutus (Allah). Aku juga tidak pernah menyaksikan gempa bumi atau kehancurannya. Malah, aku tidak melihat Allah. Aku tidak tahu sama ada tulisan pada bongkah itu berasal daripadamu, wahai Jibril, sehingga aku tidak menguasai sebagaimana aku menguasai dan mengawal pulau ini. Mungkin itu hanya tulisan dan lukisan ikan-ikan yang melawati batu-batu di lautan. Lalu batu-batu itu dibawa ombak ke tepi pantai. Mungkin juga ia berasal daripada karya lain...!"
Tiba-tiba binatang berbadan besar itu menjerit kuat sehingga menggegarkan seluruh pulau itu, lalu terus berlari laju menuju deretan pohon yang saling bertaut. Melihat sikap binatang itu, dia menjerit kepadanya.
" Aku tidak tahu...! Aku tidak tahu ada yang lain selainku..! Sesungguhnya segala sesuatu di sekelilingku mengaku aku adalah tuhan, penguasa pulau ini...! Semua benda di pulau ini berada di bawah kekuasaanku...!"
Kemudian, binatang itu hilang sekelip mata daripada pandangannya dan tidak kelihatan lagi.
Keesokkan harinya, binatang itu muncul semula dan mengajaknya berbual dalam bahasa Arab. Ia berkata :
" Jibril menyuruhku menemuimu dan memberitahu engkau sedang berhadapan dengan masalah yang sangat besar. Namun, engkau mempunyai hak menentukan pilihanmu. Yakinlah, ini datang daripada Jibril yang menggoreskan tangannya pada kertas ini. Letakkan tanganmu pada apa saja, engkau akan menemui suatu tanda penting untuk dirimu sendiri. Sembah dan sujudlah kepada Allah, Tuhanmu yang Maha Penyayang. Jika engkau tidak melakukannya, itu adalah peringatan tegas kepadamu bahawa engkau akan menjadi makhluk yang dilemparkan daripada rahmat Allah s.w.t.."
Lalu dia cuba mengambil sedikit dakwat yang kelihatan seperti tanah berwarna dan bercampur air. Dia cuba memahami bentuk tulisan itu dan melemparkannya kepada seekor burung yang sudah mati selama beberapa hari. Burung itu seperti burung Hering (Helang botak pemakan bangkai ) yang mempunyai fizikal yang besar. Atas kuasa Allah, tiba-tiba burung itu hidup semula dan bergerak dan berkicau seperti burung Hering. Ia terbang tinggi ke angkasa. Itulah satu tanda kekuasaan Allah, Tuhan Pengurus dan Pengatur semesta alam yang Maha Bijaksana dan tidak menghitung dan menuntut atau menyeksa seseorang kecuali selepas memberitahu segala urusan-NYA melalui perantaraan. Namun, tidak lama kemudian, burung itu kembali lagi ke tempatnya dan mati semula seperti sebelumnya.
Dia berkata kepada binatang itu :
" Apa sebenarnya yang telah terjadi...?" binatang itu menjawab.
" Dakwat itu mengandungi kemampuan, roh dan kekuatan Jibril. Jibril adalah roh agung( Roh Al Qudus). Ia mempunyai kekuatan untuk hidup selain mampu menghidupkan mayat-mayat untuk (kepentingan ) seorang nabi yang akan datang daripada kaummu."
Dakwat inilah Dajjal gunakan untuk menghidupkan orang-orang yang telah mati, jika mereka mempercayai Dajjal itu tuhan mereka, dia jugalah yang menghidupkan sapi betina yang terbuat dari emas yang boleh berkata-kata, seperti di dalam surah al Baqarah( Sapi Betina).
" Lalu Jibril merangkul dan merawat mayat itu. Berkat doa nabi, mayat itu hidup kembali dan menjawab pertanyaan orang ramai. Kemudian, ia mati semula. Ketahuilah, Allah telah memuliakanmu dengan kemuliaan daripada-NYA dan engkau tidak mempunyai tanda kelebihan selain itu. Jagalah keselamatanmu kerana jika engkau melakukannya, tidak akan ada lagi yang mencelamu."
Seterusnya binatang itu berkata :
" Ini adalah kesempatan yang baik untukmu menjadi orang yang baik. Sebaik-baiknya engkau tidak mensia-siakannya kerana hari esok penuh dengan pelbagai perkara yang mengerikan."
Selepas itu, binatang tadi kembali membisu dan tidak bercakap seperti manusia. Ia pun pergi seakan-akan tidak mendengar apa-apa. Jelaslah anak itu membolak-balikkan masalah mengikut kemahuannya sendiri kerana dia mahu menjadi seorang yang diagung-agungkan. Apakah maksud orang yang baik walaupun menjadi seorang raja....?Baginya, tuhan ialah penentu hukuman dan penguasa yang dapat melakukan apa saja yang dikehendakinya. Tuhan boleh menguasai setiap perkara. Jadi, mengapa harus meninggalkan kesempatan untuk menjadi tuhan...?
Sesungguhnya tuhan yang dimaksudkan oleh binatang itu ialah yang sentiasa ditaati oleh segala sesuatu. Maksudnya, segala sesuatu akan tunduk pada kehendak-NYA. Manakala sesiapa yang mengaku tuhan, segala sesuatu akan tunduk dan taat kepadanya...? Atau adakah ada di antaranya mereka yang pernah mendengarnya tetapi belum pernah melihatnya...? Sesungguhnya, ia adalah cubaan istimewa. Tiada yang tahu kesudahannya, seperti yang dikatakan binatang besar itu. Meskipun pada mulanya dia di kutuk dan dilemparkan oleh Allah daripada rahmat-NYA. Mungkin akhirnya dia kembali pada Allah.
Tetapi tuhan apakah yang dia mahukan...? Bukankah dia baru mendengar perkataan " tuhan ", apatah lagi perkataan
" Allah " ketika diberitahu oleh binatang yang selalu mengunjunginya itu, bahawa Allah yang mencipta dirinya, binatang itu dan segala sesuatu...? Menurut binatang itu, Allah yang menyelamatkannya dan mengutus malaikat agung bagi mendidik dan membimbingnya.
" Allah " ketika diberitahu oleh binatang yang selalu mengunjunginya itu, bahawa Allah yang mencipta dirinya, binatang itu dan segala sesuatu...? Menurut binatang itu, Allah yang menyelamatkannya dan mengutus malaikat agung bagi mendidik dan membimbingnya.
Semua kata-kata tidak sedikit pun memberi kesan terhadap dirinya kecuali selepas dia cuba menjadi ' tuhan '. Lalu dia bertanya pada dirinya sendiri.
" Sesungguhnya, pengaruh rasul yang dikatakan oleh binatang aneh itu hanya permainan saja. Ia memang tahu banyak perkara tetapi ia tetap tunduk kepadaku. Oleh itu, sebenarnya aku adalah tuhannya juga. Namun, ia tidak takut kepadaku seperti binatang-binatang lain di hutan itu. Kalau begitu, aku akan berusaha menyembunyikannya."
Bagi menguji ketaatan binatang itu, dia cuba menyalakan api dan mencari binatang aneh itu. Ketika dia menemuinya, dia mengambil dahan kayu yang sudah terbakar lalu diletakkan pada punggung binatang itu. Melihat tindakannya, binatang itu lari dan menghilangkan diri seperti garam yang larut di dalam air. Ketika anak muda itu melihatnya lagi pada hari kedua, dia cuba menyakinkan bahawa dia tidak akan menyakitinya dengan syarat binatang itu mahu tunduk kepada segala perintahnya. Tetapi sekali lagi, atas kuasa Allah, ia berkata :
" Aku hanya akan mengikut perintah Allah dan tidak akan mentaati perintah makhluk-NYA."
Mungkin dia tidak dapat tidur selama satu malam. Selepas itu, dia akan mendapat laknat Allah, lalu keluar daripada pulau itu dan menuju ke satu kawasan lain di bumi itu. Pada kesempatan terakhir, dia akan bertemu tiga orang nabi yang mempunyai banyak keistimewaan ( Ulul 'Azmi ). Selepas itu, binatang itu segera melarikan diri seperti orang yang menjauhi wabak penyakit yang berjangkit.
Anak muda itu menuju ke arah tujuh batu besar. Dia menganggap, " utusan Tuhan " yang dikatakan oleh binatang itu hanya rahasia permainan. Menurut hematnya, tuhan itu tidak ada. Semua perkara hanya berjalan begitu saja. Setiap benda tercipta daripada alam sekitarnya, baik langit, angin, bumi, tanah, air, lumpuh, pohon-pohon dan bunga-bungaan. Begitu juga burung Hering yang mereput di dalam tanah selepas kematiannya. Inilah bahan yang melahirkan makhluk. Mungkin rahsia yang terdapat pada tanah berwarna dan selamanya basah itu terletak pada satu kaedah yang tidak diketahuinya. Lalu dia mengumpulkan bahan-bahan itu di suatu tempat yang pernah digunakan oleh Jibril untuk menyimpan makanan untuknya.
Malam itu, dia pergi ke dalam gua dan menyimpan sesuatu di situ. Tetapi ketika dia mahu tidur seperti biasa, matanya tidak mahu tidur. Dia seperti seekor burung yang terlepas daripada sangkarnya dan tidak mahu kembali. Dia teringat kata-kata binatang dan benar-benar terpengaruh dengannya.
Dia merancang untuk keluar daripada pulau itu dengan cara yang digambarkan oleh binatang itu iaitu dengan menyalakan api pada waktu malam. Mudah-mudahan, akan ada manusia lain yang menemuinya dan membawanya ke mana saja. Dia sedar malam sudah datang. Tanpa berfikir panjang, dia bangun dan mengumpulkan kayu bagi menyalakan api. Dia pergi ke tepi pantai pulau itu lalu menyalakan api sepanjang malam. Dia melakukannya selama tiga malam.
Pada malam ke-tiga, dia melihat seakan-akan ada benda besar mendekati pulau itu. Ia kelihatan sedang berhenti dan ada cahaya yang bersinar pada benda itu. Beberapa saat kemudian, dia melihat seperti kayu kecil berlabuh di pinggir pantai. Lalu keluar lima orang lelaki berbadan besar dan kuat, dia berdiri penuh kebingungan di hadapan mereka. Inilah kali pertama dia melihat makhluk seperti itu. Dia merasa lega ketika mereka bercakap dalam bahasa Arab. Mereka adalah penduduk Yaman yang makmur. Jarak negeri Yaman dengan pulau itu ialah lebih kurang 4,000 kilometer.
DAJJAL KELUAR DARIPADA PULAU.
Tanpa berfikir panjang, dia menceritakan apa yang terjadi kepada diri dan temannya iaitu binatang berbadan besar itu. Namun, oleh kerana dia tidak dapat membuktikannya, mereka tidak mempercayai apa yang diceritakannya. Malah mereka saling berbisik dan menyangka dia gila atau diganggu jin. Sangkaan mereka semangkin kuat ketika melihat kedua-dua matanya yang cacat itu. Oleh itu, mereka sepakat untuk menurunkannya jauh daripada Yaman. Mereka mahu dia menjauhkan diri daripada mereka kerana takut dijangkiti sifat-sifat peliknya.
Sebaik sahaja dia menaiki perahu itu, ombak mula mengamuk sehingga mereka terumbang ambing dengan goncangan luar biasa yang tidak pernah mereka alami. Laut seakan-akan marah terhadap mereka kerana membawa anak muda itu. Salah seorang diantara mereka berpendapat, anak muda itu menunjukkan dia orang yang beruntung. Ini terbukti kerana dia selamat daripada bencana di negerinya dan dapat hidup di pulau itu selama bertahun-tahun walaupun kedua-dua matanya rosak dan fikirannya kacau. Namun, kata-katanya itu ditertawakan. Kemudian mereka mencadangkan supaya dia menemui seorang doktor berbangsa Arab yang terkenal di Yaman, di daerah Ma'rab. Walaupun meragui kejujurannya, mereka tetap memberi sepotong logam kepadanya. Namun, anak muda itu tidak memahaminya. Dia hanya berjalan-jalan dan bertanya kepada para penduduk di Yaman itu.
Sejak itu, dia mula menyaksikan kehidupan yang aneh dan ramai manusia seperti dirinya di sana sini. Dia mula belajar perkara baru setiap hari. Dia mula dapat memahami makna kehidupan dan makhluk-makhluk lain dengan cepat seolah-olah dia memiliki 100 kali ganda kecerdasan dan kemampuan berbanding lelaki lain sepertinya. Malah, dia tahu dirinya memiliki kekuatan, kegagahan dan keajaiban dalam kepantasan berfikir serta kemampuannya yang besar sehingga tidak pelik jika setiap orang merasa kagum menyaksikannya.
Dia pernah menjadi pelayan seorang ahli falsafah Yaman. Ketika filosofi itu ditanya siapa anak muda itu, dia menjawab, anak muda itu ialah As Samiri. Ini berdasarkan negeri asalnya iaitu Samirah. Filosof itu telah menguji kecerdasan, kekuatan, keanehan sikapnya dan kepantasannya berfikir. Menurutnya, jika anak muda itu hidup lama, dia akan menjadi raja yang adil ataupun zalim. Selepas mendengar kata-kata itu, dia teringat temannya, binatang unik yang pernah membayangkan perkara yang serupa kepadanya. Namun, fikirannya berjalan mengikuti niat hatinya.
Kemudian, dia mula berfikir untuk kembali ke negeri ayahnya iaitu Palestina. Sebelum itu, dia mula rindu untuk pulang ke pulau tempat tinggalnya sejak kecil. Lalu dia pun menaiki sebuah perahu besar yang dibelinya dengan harta yang dikumpulkannya sejak beberapa tahun ketika mengunjungi beberapa negeri. Perahu itu disediakan oleh sekelompok nelayan. Kemudian dia meminta mereka berhenti lalu dia mengemudikan sebuah perahu kecil pula sehingga sampai ke pulau itu. Sebaik saja tiba di situ, dia terus mendapatkan binatang besar yang sentiasa setia menunggunya. Binatang itu memandangnya dengan mata yang memancarkan sinar tajam penuh makna. Tiba-tiba, ia berlari laju menuju hutan tanpa mengucapkan sepatah kata pun.
Perkara pertama yang dia ingat ialah sebuah bekas air yang pernah disentuh oleh Jibril.
( dari barang milik Jibril inilah, Dajjal dapat hidupkan sesuatu barang apa saja, kerana Jibril adalah roh agung/qudus )
( dari barang milik Jibril inilah, Dajjal dapat hidupkan sesuatu barang apa saja, kerana Jibril adalah roh agung/qudus )
Lalu dia mengambil bekas itu dan sebuah batu berwarna warni. Batu kecil itu dipotongnya daripada sebuah batu besar yang ditulis oleh Jibril dan mengandungi pelbagai wasiat-wasiat dan petunjuk.
Selepas itu, dia kembali ke perahunya dan meneruskan perjalanan ke Palestina. Setibanya di sana, dia meninggalkan perahunya di sebuah lembah. Kemudian meneruskan perjalanannya sehingga tiba di Samirah. Meskipun usianya hampir 100 tahun, dia tidak merasa sudah tua, lemah dan uzur. Seolah-olah masa terhenti pada masa mudanya.
Dia mula berusaha bertanya mengenai kisah-kisah yang pernah diberitahu oleh binatang aneh itu. Namun, semua orang menjawab, negeri itu sudah menjadi padang jarak padang terkukur selama lebih 100 tahun. Namun, kisah anak kecil yang diculik oleh malaikat itu nampaknya sangat aneh di telinga mereka. Selain itu, seseorang yang berumur panjang di negeri itu mengkhabarkan dia adalah penduduk Al Jalil. Dia mendengar daripada orang-orang lama yang lain di negeri Arbad Palestina bahawa seorang anak di negeri itu diambil oleh dewa-dewa ke pangkuannya. Dewa-dewa itu adalah patung-patung Sapi Betina. Namun, hakim mengambil anak itu daripada ayahnya kerana dia adalah anak yang diberkati para dewa, padahal dia sendiri mahu menjadi tuhan. Tetapi anak itu mati di istana hakim ketika gerhana.
Dia bertanya kepada mereka :
" Apa yang kalian sembah di Samirah...?" Mereka menjawab.
" Sapi. Sapi adalah tuhan para dewa. Tidakkah engkau melihat sapi telah memenuhi rumah kami dengan susu dan daging...? Malah, tikus-tikus yang merosakkan tanaman kami tidak mahu ke rumah yang di dalamnya ada sapi."
Dia mula memahami apa yang dikatakan oleh binatang itu memang benar. Tetapi dia tetap tidak mahu menyembah apa yang tidak dapat melihat dan mendengar. Jadi, dia terus menyembah dirinya sendiri kerana merasakan dia lebih cerdas daripada mereka dalam setiap tindakkan meskipun dia tidak hidup di atas bumi ini seperti mereka.
Tanpa ragu lagi, dia merasakan dirinya sebagai " tuhan " ataupun " anak tuhan ". Baginya, jelas dia memiliki roh istimewa iaitu roh para dewa, bukan manusia biasa. Buktinya, hanya dia sahaja yang diajak berkata-kata oleh binatang itu dan dia pun berkata-kata dengannya. Dia juga sedar semua makhluk takut kepadanya. Mereka melihat ada kekuatan luar biasa pada dirinya. Binatang itu memberitahu, malaikat paling agung menjadi pembimbingnya. Malah, filosof Yaman itu pun menyatakan jika dia hidup, dia akan menjadi raja.
DAJJAL DI NEGERI FIRAUN DAN PERTEMUAN MENAKUTKAN DGN NABI MUSA A.S.
Selepas beberapa tahun tinggal di Samirah, dia menjelajah pelbagai negeri besar yang penuh keajaiban dan alam-alam aneh yang pernah didengarinya. Dia juga pergi ke Mesir di mana Firaun berkuasa. Di sana, dia mendekati seorang dukun terkenal. Dengan kefasihannya berkata-kata, dia menyatakan keinginan untuk menjadi pembantu dan anak yang taat asalkan dia diajar dengan hikmah dan ilmu. Di samping itu, dia meminta mendekati Firaun yang berkuasa. Kebetulan, umur dukun itu sangat panjang iaitu 300 tahun.
Dukun itu mula menguji watak dan keistimewaan anak muda itu. Dukun itu memberitahunya supaya melupakan keinginannya untuk bertemu Firaun, kerana dia adalah seorang raja yang rasis dan tidak sukakan orang asing. Dukun itu turut memberitahu perbuatan Firaun terhadap orang Yahudi dan anak-anak mereka. Antaranya ialah membunuh kaum lelaki dan bayi lelaki serta membiarkan wanita saja yang hidup. Dia bersikap sombong di muka bumi malah mengakui dirinya sebagai tuhan. Dia juga tidak mempunyai isteri untuk menguruskannya. Dukun itu turut menceritakan apa yang dilakukan oleh Firaun kepada anak asuhannya yang bernama Musyiyah (Musa a.s.) yang ditemui di Sungai Nil.
Dukun itu juga menceritakan tentang Nabi Musa yang sangat jujur. Anak muda itu kagum mendengar kisah Nabi Musa dan pengembaraannya selepas membunuh salah seorang penduduk Mesir. Lalu dia pun menceritakan keadaan dirinya pula dengan jujur. Dukun itu berkata.
" Kalau begitu, engkau adalah Musyiyah yang lain, tetapi daripada Samirah, bukan daripada Mesir."
Dia semangkin bangga apabila digelar " Musa Samirah ". Semangkin jelas padanya, persamaan antara anak Samirah yang diambil daripada Istana hakim dan dibawa ke sebuah pulau, dengan anak Mesir yang diambil daripada Sungai Nil dan dibawa ke istana penguasa. Dia mula tertarik untuk meneliti Musa. Dia sering mendengar mengenai Nabi Musa dan saudaranya, Nabi Harun yang berada di kota itu. Mereka berdua sedang mencari kesempatan untuk bertemu Firaun.
Akhirnya dia bertemu Nabi Musa dan menceritakan persamaan keturunan mereka iaitu daripada Ishaq bin Ya'qub. Bapanya adalah seorang raja yang menguasai Samirah seperti yang diberitahu oleh saudara-saudaranya. Tetapi, Nabi Musa tidak memperdulikannya. Sebaliknya, beliau hanya menuntut supaya beriman terhadap apa yang dibawa oleh Musa iaitu akidah, syariat dan mukjizat. Tetapi anak muda itu ragu-ragu untuk beriman kepada Nabi Musa. Dia cuba menahan diri sehingga benar-benar yakin terhadap kenabian Musa.
Anak muda itu mula hidup di kalangan Bani Israel. Dia menikahi salah seorang wanita Bani Israel tetapi tidak mendapat anak. Ini kerana dia seperti baghal (perkawinan kuda dan keledai) yang tidak memiliki keturunan kerana dia sendiri terhasil daripada campuran air mani yang haram dan halal serta dicampur pula dengan air mani syaitan. Dia sering melihat mukjizat Nabi Musa yang ditunjukkan kepada Firaun dan Bani Israel. Dia turut menyaksikan peristiwa Bani Israel dihalau daripada Mesir secara beramai-ramai, malah dia turut menyertai mereka.
Di sini, aku ingin mengajak para sahabat menghayati firman Allah yang begitu mengkagumkan di dalam Al Quran pada surah Thaha.
1.) Fikirkan dan renungkanlah teks Al Quran.
2.) Selepas sahabat membacanya dengan teliti sebanyak tiga kali, mari kita pecahkan masalah ini ,lalu mengambil kesimpulan dan memohon supaya Allah memberi ilham untuk menyingkapnya.
2.) Selepas sahabat membacanya dengan teliti sebanyak tiga kali, mari kita pecahkan masalah ini ,lalu mengambil kesimpulan dan memohon supaya Allah memberi ilham untuk menyingkapnya.
" Mengapa kamu datang lebih cepat daripada kaummu, wahai Musa...?"
" Mereka di belakangku dan aku bersegera kepada-MU, ya Tuhanku, supaya Engkau ridha kepadaku."
Allah berfirman :
" Sesungguhnya Kami telah menguji kaummu sesudah kamu meninggalkan mereka dan mereka telah disesatkan oleh Samiri."
Kemudian, Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan sedih. Musa berkata :
" Wahai kaumku, bukankah Tuhanmu sudah menjanjikanmu suatu janji yang baik...? Apakah kamu merasa masa berlalu begitu lama atau kamu mahu kemurkaan Tuhan menimpamu lalu kamu melanggar perjanjianmu dengan aku...?"
Mereka berkata :
" Kami sekali-kali tidak melanggar perjanjianmu dengan kemahuan kami sendiri, tetapi kami disuruh membawa beban-beban daripada perhiasan kaum itu, jadi kami sudah melemparkannya. Samiri juga telah melemparkannya. Kemudian Samiri mengeluarkan seekor anak sapi yang mempunyai tubuh dan bersuara (daripada sebuah lubang)."
Lalu dia berkata :
" Inilah tuhanmu dan tuhan Musa, tetapi Musa sudah lupa."
Apakah mereka tidak melihat patung anak lembu itu tidak dapat memberi jawapan kepada mereka, tidak dapat memudaratkan mereka dan tidak (pula) memberi manfaat kepada mereka...?
Dan sesungguhnya Harun telah berkata kepada mereka sebelum itu.
" Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cobaan dengan anak lembu itu. Dan sesungguhnya tuhanmu ialah (Tuhan) yang Maha Pemurah, jadi ikutilah aku dan taatilah perintahku."
Mereka menjawab :
" Kami akan tetap menyembah patung anak lembu ini, sehingga Musa kembali kepada kami."
Musa berkata :
" Wahai Harun, apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat (sehingga) kamu tidak mengikuti aku...?"
Harun menjawab :
Musa berkata ; ibuku, janganlah kamu pegang janggut dan kepalaku, sesungguhnya aku khuatir kamu akan berkata (kepadaku) ; ' Kami telah memecah belahkan Bani Israel dan tidak menjaga amanahku."
Musa berkata :
" Apakah yang mendorongmu( berbuat demikian ), wahai Samiri...?"
Samiri menjawab :
" Aku mengetahui sesuatu yang tidak mereka ketahui, lalu aku ambil segenggam daripada jejak rasul(Jibrail) dan melemparkannya, dan begitulah nafsuku memujukku."
Musa berkata ;unakan tanah dan dakwat Jibril untuk menghidupkan patung anak sapi dari emas dan dia berkata pada Musa, mereka tidak tahu apa yang aku tahu )
Musa berkata :
" Pergilah kamu, sesungguhnya dalam kehidupan dunia, kamu (hanya dapat) berkata ; 'Janganlah menyentuh (aku). Dan sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan dapat menghindari hukuman untukmu( di akhirat ) dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian benar-benar akan membuangnya ke dalam laut (berupa abu yang berserakkan). Sesungguhnya Tuhanmu hanya Allah yang tiada tuhan selain Dia. Ilmu-NYA meliputi segala sesuatu." ( Thaha :83-98 )
Sahabat-sahabat perhatikan, dialoq antara Nabi Musa dengan Allah s.w.t. tidak berhenti pada kalimah ' Dan mereka disesatkan oleh Samiri '. Sebaliknya masih ada dialoq selepas itu dalam masalah dan kesempatan yang sama. Ini disebabkan oleh gaya bahasa Al Quran yang menggunakan kata-kata iltifat (rujukan kepada orang ketiga atau sebaliknya dalam dialoq ) bagi mengajak kita berbicara mengenai pelbagai peristiwa tertentu. Kemudian dialoq itu diakhiri dengan sisa dialoq atau perintah Tuhan kepada Nabi Musa. Musa wajib menyampaikan pesan Tuhan itu tanpa penambahan ataupun pengurangan, atau pengaruh dirinya sendiri. Ini kerana beliau tidak sama seperti Bani Israel lain yang tidak bertaubat dan saling berbunuhan.
Nabi Musa bersama 70 orang lagi pengikutnya kembali kepada kaumnya dengan kemarahan, penyesalan dan sakit hati. Sebelum itu, mereka berada di Bukit Tursina untuk bermunajat kepada Tuhan. Bani Israel memberi alasan, mereka terpaksa tinggal bersama Harun yang menggantikan Nabi Musa. Mereka berkata ;
" Dia mengingatkan kaum kami sebelum kami mengingatkan mereka supaya tidak kufur dan menyekutukan Allah s.w.t."
Harun berkata kepada mereka :
" Wahai kaumku, sesungguhnya kamu hanya diberi cobaan dengan anak sapi itu dan sesungguhnya Tuhanmu ialah (Tuhan) yang Maha Pemurah, jadi ikutilah aku dan taatilah perintahku. Dan Musa adalah Nabi dan Rasul Allah yang diutus kepadamu yang mengingatkanmu terhadap segala macam fitnah termasuk fitnah Dajjal. Boleh jadi, dia adalah Samiri ini. Musa mengingatkanmu, Dajjal adalah pembuat fitnah yang ulung."
Kami, 70 orang pengikut Musa berkata kepada mereka ;
" Apakah mereka tidak melihat patung anak sapi itu tidak dapat memberi jawapan kepada mereka, tidak dapat memudaratkan mereka dan tidak (pula dapat memberi) manfaat kepada mereka...?"
Mereka menjelaskan apa yang terjadi kepada Musa ;
" Kami tahu kebanyakan kaum itu mencuri di rumah perhiasan emas atau pun pinjaman yang menjadi amanat di dalam rumah orang-orang Mesir."
Ketika itu Samiri berkata kepada mereka ;
" Aku adalah rasul utusan tuhan yang sebenarnya kepada kalian dan Musa yang terlupa terhadap tuhannya ketika dia berada di hadapan-NYA, jika dia berfikir. Sesungguhnya, anak sapi ini yang disembah oleh nenek moyang kita di Samirah. Ia dicuri oleh orang-orang Mesir daripada kita dan mereka menamakannya ' anak lembu Ubays '. Manakala orang-orang Mesir itu tidak tahu para dukun telah menipu mereka."
Si laknat itu memberitahu, dia mampu memperlihatkan Allah jika mereka mempersembahkan emas dan segala harta curian mereka sebagai korban yang dimasukkan ke dalam sebuah lubang atau diletakkan di atas batu.
Samiri cuba mengumpulkan arkitek-arkitek ulung dan mencairkan emas-emas itu di dalam sebuah bekas lalu menyejukkannya dengan air laut. Kemudian dia mengukir patung anak sapi yang dipahat pada sebuah batu besar dan dilemparkan ke dalam emas yang sudah cair itu. Lalu keduanya dipisahkan selepas disejukkan dengan air laut. Selepas itu mereka semua melemparkan perhiasan emas yang boleh dilemparkan.
Lalu Samiri berdiri ;
" Dan demikian pula Samiri melemparkannya."
Tetapi mereka tidak tahu yang digenggam oleh Samiri itu ialah tinta basah daripada Jibril dan bekas air yang selalu disimpan dan dibawanya. Dia mengeluarkannya hanya pada waktu yang tepat.
Tiba-tiba seekor lembu yang sempurna bentuknya muncul di hadapan mereka. Tubuhnya besar seperti haiwan purba dan semua angota tubuhnya kelihatan berdenyut. Malah ia dapat bersuara seperti memanggil mereka tunduk kepadanya dan mengisyaratkan bahawa Samiri adalah rasul yang diutus kepada mereka. Samiri memberi isyarat kepada mereka supaya segera ruku' pada patung lembu itu. Mereka pun mula ruku', kecuali Harun dan Yusya' bin Nun, yang masih kecil serta orang-orang yang hatinya ikhlas terhadap Allah.
Dalam kitab Tafsir karya Ibnu Katsir (kalau aku tak silap) disebutkan sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas yang menyatakan, Harun mahu menyelamatkan Bani Israel daripada perbuatan keji mereka yang mencuri perhiasan-perhiasan emas dengan mengumpulkannya di dalam sebuah lubang. Apabila Musa kembali, tentu dia akan melihat dan mengeluarkan pendapatnya sesuai dengan kehendaknya. Kemudian Samiri datang. Dia melemparkan tinta yang digenggamnya ke dalam perhiasan itu. Dia meminta Harun berdoa kepada Allah supaya menghalang permintaannya. Kemudian, Nabi Harun berdoa tanpa mengetahui apakah yang diminta oleh Samiri kepada Allah dan ternyata doa itu dimakbulkan. Ketika itu Samiri berkata ;
" Aku meminta kepada Allah supaya perhiasan itu menjadi anak lembu. Lalu ia menjadi anak lembu yang bersuara."
Memang benar, patung emas itu berubah menjadi seekor anak lembu yang boleh bersuara dan berjalan. Ia bukan sekadar patung yang mempunyai dua lubang di belakang dan hadapan yang jika ada hembusan angin menerpanya, ia berubah menjadi kuning. Di dalam Al Quran, Allah hanya menyebut :
" Kemudian Samiri mengeluarkan (daripada itu) anak lembu yang berubah dan bersuara, lalu mereka berkata, ' Inilah tuhanmu dan tuhan Musa, tetapi Musa sudah lupa." (Thaha : 88)
Anehnya, Bani Israel ternyata rela dipermainkan oleh syaitan dan khususnya Samiri yang menyuruh mereka menyembah anak lembu itu, sedangkan mereka sendiri tahu siapa yang membuat, memahat dan merancangnya. Mereka juga menyaksikan patung itu dilemparkan ke dalam api yang menyala, dipukul dengan palu, kemudian disejukkan dengan air laut, malah dibolak balikkan oleh pembuatnya. Bertambah aneh apabila mereka bukan saja mengakuinya sebagai Tuhan malah turut memandangnya sebagai tuhan Nabi Musa. Mereka begitu berani mengheret Nabi Musa menyekutukan Tuhannya, Allah s.w.t. Mereka benar-benar bodoh kerana menyembah binatang paling dungu dan tidak dapat menolong dirinya sendiri. Bahkan tanpa ragu-ragu, mereka menyatakan, patung yang mereka buat bersama itu adalah Allah yang pernah mengajak Nabi Musa berdialoq. Lebih jahat lagi, mereka menuduh Nabi Musa sebagai orang yang sesat dan salah serta pelupa.
Menurut Ibnu Abbas, yang dimaksudkan dengan ' Nabi Musa lupa ' ialah, dia tersesat dan salah jalan'. Dalam satu riwayat lain daripada Ibnu Abbas, dikatakan Nabi Musa mencari Tuhannya dan tersesat, malah tidak mengetahui tempat-NYA.
Dalam satu riwayat lain daripada Ibnu Abbas juga, disebutkan Nabi Musa terlupa menyampaikan kepada Bani Israel bahawa Allah adalah Tuhan mereka dan Tuhan Nabi Musa. Itulah pendapat yang masyhur berkaitan, kelupaan Nabi Musa.
Bani Israel yang bersikap jahat kepada Nabi Musa adalah pengikut Samiri terkutuk itu. Yang telah membeli mereka dengan harta, emas dan pelbagai barang yang lain selepas mengakui dirinya adalah rasul yang sebenar. Malah, dia mengaku sebagai anak Tuhan.
Walaupun Nabi Harun sudah mengingatkan mereka supaya hanya menyembah Allah, mereka tetap menyembah patung anak lembu itu. Sedangkan patung-pating itu hanya sekadar patung emas tanpa suara dan gerakkan. Ketika Nabi Musa marah, dia menarik kepala dan janggut Nabi Harun lalu mencelanya, Musa berkata :
" Wahai Harun, apa yang menghalang kamu ketika kamu melihat mereka telah sesat (sehingga) kamu tidak mengikuti aku." (Thaha : 92-93)
Maksudnya ," Apa yang menghalangimu memberitahu aku mengenai kesesatan mereka sejak awal...?"
Kemudian, Nabi Musa berkata lagi :
" Apakah kamu telah (sengaja) menderhakai perintahku...?"
Maksudnya :
" Seperti yang pernah aku katakan kepadamu iaitu, Gantilah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikut jalan orang-orang yang membuat kerosakan." ( Al A'raf : 142 )
" Mengapa kamu membiarkan mereka sendirian dan tidak menjaga apa yang aku perintahkan kepadamu untuk menggantikanku dalam mengurus dan mengawasi mereka."
Supaya lebih sopan, Harun memanggil saudaranya dengan kata-kata halus ;
" Wahai putera ibuku."
Sedangkan mereka cuma saudara sebapa saja. Inilah permohonan maaf daripada Nabi Harun kepada saudaranya, Nabi Musa kerana terlewat memberitahu bahaya besar yang terjadi itu. Nabi Harun berkata :
" Sesungguhnya aku takut kamu akan berkata (kepadaku) ; Kami telah memecah belahkan Bani Israel dan kamu tidak menjaga amanatku." (Thaha : 94 )
BERSAMBUNG....
Semoga bermanfaat dunia akhirat. Aamiin..
SELESAI....
SEKIAN DULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment