KELAHIRAN DAJJAL FITNAH AKHIR ZAMAN. Pt.3.
Assalamualaikum wr wbt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua. Tidak kira dimana jua berada, baik dari dunia nyata mahupun sahabat dari duia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa di hatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah swt, dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu dan dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan serta secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Inshaa' Allah..
Salam sejahtera....sahabat-sahabatku yang dirahmati Allah swt. Hari ini aku sambung lagi kisah Dajjal dan ejen-ejennya. Aku akan membawa sahabat-sahabat semua ke Mesir membongkar segala rancangan jahat Dajjal dan ejen-ejennya seperti Iluminati dan Freemason. Inshaa Allah...
Sambungan kisah ini tentang Dajjal bertemu dengan tiga orang Nabi. Ok.....mari ikut aku membongkar rancangannya.
BISMILLAH....
" Aku akan menceritakannya kepada kalian dan tidak ada seorang Nabi pun melainkan telah menceritakan tentang Dajjal kepada kaumnya. Sungguh Nabi Nuh ‘Alaihis Salam telah mengingatkan kaumnya. Akan tetapi aku katakan kepada kalian tentangnya yang tidak pernah dikatakan oleh seorang Nabi pun kepada kaumnya, yaitu Dajjal itu buta sebelah matanya sedangkan Allah sama sekali tidaklah buta." (HR. Bukhari dan Muslim )
KEMARAHAN NABI MUSA TERHADAP SAMIRI.
" Hai Harun apakah yang menghalangimu memberitahu kepadaku ketika kamu melihat mereka telah tersesat sehingga kamu tidak mengikuti aku...? Maka apakah kamu telah (sengaja) menderhakai perintahku." ( Thaha : 92-93 )
Apakah itu reaksi keras Nabi Musa bersama ucapannya yang bernada kemarahan...? Bukankah kita sudah biasa mendengar, jika Nabi Musa marah, ketika itu juga beliau melepaskan kemarahannya...? Malah, apabila kemarahannya itu diikuti dengan tindakannya yang lain, akibatnya amat buruk. Contohnya dalam peristiwa seorang penduduk Mesir yang ditamparnya sehingga mati.
Walau pun para ulama tafsir mengatakan perkataan 'al khathb' yang digunakan oleh Nabi Musa ketika berdialoq dengan Samiri menunjukkan betapa jeleknya peristiwa itu, apa yang jelas ialah beliau hanya mengucapkan seribu tanda tanya. Semuanya tidak mungkin benar kecuali dalam satu keadaan iaitu Nabi Musa langsung tidak mengunakan kekerasan kecuali hanya berdialoq melalui wahyu daripada Allah kepadanya.
Allah berfirman :
" Apa yang mendorongmu melakukan (hal demikian), wahai Samiri...?"
Perkataan al khathb sebenarnya bermaksud urusan penting. Namun, gaya bahasa yang digunakan oleh Nabi Musa dalam dialoqnya dengan Samiri sangat lembut, lunak dan tenang seolah-olah dia sedang berkata-kata dengan anaknya atau berbincang-bincang dengan isteri-isterinya seperti yang diceritakan di dalam Al Quran.
Musa bertanya :
" Bagaimana keadaan kalian berdua...?
Mereka menjawab :
" Kami tidak dapat memberi (ternakan kami) minum, sebelum penggembala-penggembala itu memberi (ternakannya) minum, sedangkan bapa kami( Nabi Ya'kub a.s.) adalah orang tua yang sudah lanjut usia." ( Al Qashash : 28-23 )
Samiri menjawab :
" Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak tahu, lalu aku ambil segenggam jejak rasul (bekas kaki Jibrail) dan melemparkannya, dan begitulah nafsuku merayuku." (Thaha : 96)
Jawapan Samiri mempunyai ekspresi dan pertuturan yang keras, seakan-akan dia melakukan sesuatu yang memang menjadi haknya. Atau seolah-olah dia memang sudah merancang untuk menguji mereka. Ketika dia melihat ada kesempatan, dia terus melakukannya tanpa berfikir panjang dan teryata ia berhasil.
Tabir dirinya mula terbuka. Dia mengaku mengetahui banyak perkara yang tidak diketahui oleh Bani Israel. Usianya yang panjang juga menandakan dia memiliki banyak pengalaman yang belum diketahui dan dilalui oleh Bani Israel yang masih sangat muda itu. Dia sememangnya seorang manusia luar biasa. Malah, dia juga mengetahui beberapa kaedah ilmiah seperti kimia dan fizik yang mungkin membolehkannya berinovasi dan mencipta banyak perkara baru yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain. Dia banyak belajar daripada pengembaraannya. Dia juga memelihara peninggalan utusan Allah iaitu Jibril seperti yang diberitahu oleh binatang yang rajin mengunjungi dan membimbingnya itu.
Di sini, Nabi Musa mula menyedari bahawa beliau sedang berhadapan dengan Dajjal. Beliau diperintahkan oleh Allah untuk mengingatkan kaumnya daripada fitnah yang akan timbul. Namun beliau turut diamanahkan oleh Allah supaya menyampaikan risalah kepada Dajjal walaupun tidak diberi kuasa ke atasnya. Jika Nabi Musa diberi kuasa memeranginya, tentu beliau akan memenggal lehernya apabila melihat dan mengetahui wataknya yang buruk dan sangat biadab itu atau selepas bertanya dan membuktikan alasan perbuatannya.
Mendengar kata-kata Samiri itu, Nabi Musa hanya berkata :
" Pergilah kamu...! " Ya, Nabi Musa hanya menyuruhnya pergi dengan penuh kebebasan tanpa ada seksaan.
Maksudnya :
" Kehidupan terbuka luas untuk kau lalui. Engkau boleh bersenang lenang dan melakukan apa saja seperti binatang buas dan liar di hutan dan di daratan. Engkau berhak memilih jalan hidup yang engkau inginkan. Engkau berhak mengatakan, "Jangan sentuh aku " selama-lamanya. Tiada seorang pun yang boleh menyentuh atau pun mengganggumu. Dan tiada yang membahayakanmu selama engkau masih diberi kesempatan hidup oleh Allah."
" Maka sesungguhnya, dalam kehidupan ini, kamu (hanya dapat) berkata, 'Tidak boleh menyentuh.(aku)." (Thaha : 97 )
Atas dasar ini, Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkan Umar bin Khattab membunuh Ibnu Shayyaad yang ketika itu disangkanya sebagai Dajjal. Sebelum itu, Umar al Khattab memohon kepada baginda :
" Biarkan aku memenggal lehernya, wahai Rasulullah...!"
Rasulullah s.a.w. menjawab :
" Jika benar dia adalah Dajjal, maka kamu bukan tandingannya. Lawannya adalah Nabi Isa. Tetapi jika dia bukan Dajjal, maka engkau tidak berhak membunuh Ahl Al'ahd."
Abu Dawud Ath Thayalisi menyampaikan di dalam Musnadnya sebagaimana yang disebut di dalam Al Jami' Ash Shaghir susunan Imam As Suyuthi, bahawa Al Alqami berkata :
Tiada seorang pun yang mampu mengatasi Dajjal kecuali Nabi Isa bin Maryam. " Malah Imam Mahdi yang akan melawan Dajjal pun tidak sanggup membunuhnya sendirian. Orang yang akan membunuh Dajjal dengan izin Allah dan pada waktu itu yang telah ditentukan-NYA ialah Nabi Isa Al Masih. Beliau akan melenyapkan Dajjal sepenuhnya.
Samiri berdiri sambil pasrah melihat tuhannya dihancurkan. Pada masa yang sama, Nabi Musa mengajak kaumnya pergi ke sebuah lembah di Sinai. Kemudian Samiri berdiri di tepi pantai Laut Merah lalu meninggalkan Bani Israel. Dia sempat berkata kepada mereka :
" Sehingga berjumpa lagi, wahai Bani Israel, ketika Musa tidak ada."
PERTEMUAN DAJJAL DAN NABI ISA BIN MARYAM.
Dajjal mengetahui orang-orang Samirah mengaku sebagai keturunan para penganut agama Musa yang benar. Lalu beliau menjadikan Bait Iyl iaitu Rumah Allah sebagai kiblatnya selepas tersebar khabar bahawa Nabi Ya'qup iaitu nenek moyang bangsa Ibrani telah membangunkan tempat ibadah yang disucikan Allah di situ. Namun apa yang paling menghairankannya ialah dia mendengar mengenai seseorang daripada keturunan ibu Nabi Daud a.s. mengaku sebagai nabi. Dia adalah Al Masih, penyelamat kaum Yahudi daripada pertikaian, kezaliman dan kemusnahan. Dia datang bukan untuk menghapuskan tetapi menyempurnakan Namus (ajaran agama).
Dajjal ingin mengetahui apakah orang itu memang nabi atau pun bukan. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengujinya sekaligus menjadi pertemuan besar yang kedua dalam hidupnya. Dia pergi ke tempat tinggal orang itu dan mengutus seseorang menemuinya. Dia sendiri tunggu di luar. Utusan itu berkata :
" Jika engkau benar-benar seorang nabi, katakan padaku siapa berada di luar...!"
Nabi Isa Al Masih berhenti sejenak, lalu berkata :
" Wahai saudaraku, khabarkan kepada orang yang mengutusmu bahawa Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Agung menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa seluruh hamba-hambanya. Allah yang melindungi anak kecil yang sedang tidur daripada kekejaman penguasa. Allah yang memeliharanya di pulau tempat tinggal binatang raksasa itu ketika dia masih kecil. Allah yang mengajarnya mengenai ke-Esaan Tuhan dan sholat melalui utusan kepercayaan-NYA, Jibril. Allah Maha Kuasa bagi memaafkan fitnah yang telah dilakukannya terhadap Bani Israel, jika dia beriman kepada Masih Ar Rabb dan Injil yang diturunkan kepadanya."
Kemudian utusan itu keluar menemuinya lalu menyampaikan khabar yang diterimanya. Namun dia tidak mahu menerima khabar itu lalu berkata :
" Dia adalah tukang sihir. Syaitan-syaitan telah merasuk ke dalam dirinya. Jika dia seorang nabi, dia tidak akan mengetahui siapa aku dan apa yang telah terjadi kerana para nabi tidak akan memberitahu yang ghaib. Hanya Allah yang mengetahui perkara ghaib, meskipun ada di antara syaitan yang mencuri khabar seperti yang pernah diajarkan oleh dukun Mesir kepadaku."
Dajjal tidak mahu menemui Nabi Isa. Dia mahu membenarkan dirinya dengan hujah yang lemah untuk tidak mengimani Isa Al Masih. Malah, dia tidak akan menemuinya sama sekali. Padahal, dalam sanubarinya, dia yakin Isa bin Maryam adalah nabi kedua yang pernah dibacanya pada batu bertulis sebelum ini. Namun, dia tidak mahu menjadi pengikutnya walaupun nabi itu mengangkatnya sebagai penguasa atau raja di sesuatu negara atau negeri. Dia mahukan sesuatu yang sesuai untuk dirinya iaitu " mengapa dia sendiri tidak menjadi nabi...?" Malah, mengapa dia tidak menjadi Tuhan...? Mengapa dia tidak menguasai seluruh negeri yang dia kelilingi, tinggal, kunjungi, malah yang belum dikunjungi...? Dia mahu semuanya tunduk kepadanya, tetapi bagaimana...?
Binatang raksasa itu memberitahunya, kesempatan terakhir untuknya ialah mendustakan nabi kedua. Jika dia mendustakannya dan datang nabi ke-tiga, maka dia akan menjadi tuhan yang memerintah tetapi tidak berkuasa. Sekarang dia bersungguh-sungguh untuk menjadi tuhan yang memerintah dan berkuasa.
Nabi Isa Al Masih menunggu ajal lelaki di luar rumahnya itu. Tetapi, itu tidak terjadi. Orang itu akan mencuri nama dan gelarannya di kemudian hari. Nabi Isa Al Masih mengingatkan kaum dan para Pengikutnya (hawariyyun) terhadap fitnah Dajjal yang mengaku sebagai Al Masih, sedangkan tidak. Dia juga mengaku sebagai tuhan semesta alam, sedangkan juga tidak. Nabi Isa mengingatkan mereka mengenai kejahatan dan sihirnya.
DAJJAL DI RANTAI DI PULAU.
Dia memutuskan untuk mengembara ke negeri-negeri yang jauh seperti India, Buddha, Jepun dan China. Dia tenggelam dalam pemikirannya untuk menguasai dunia. Dia berfikir untuk kembali ke pulau dulu yang terletak di luar Yaman. Dia mahu mengasingkan diri daripada segala urusan dunia. Dia juga merencanakan sesuatu untuk menguasai semua negeri yang pernah dijejaki. Lalu dia dan para pengikutnya menaiki perahunya menuju ke Yaman. Di situ dia turun dan menemui salah seorang pengikutnya dan membawa sejumlah besar perhiasan emas ke dalam perahu besar yang dikemudikannya sendiri menuju pulaunya.
Selepas berlabuh dan menuju ke guanya, tiba-tiba binatang raksasa itu menghalang jalannya. Binatang itu bersama 20 orang(malaikat) yang berwajah seperti matahari yang bersinar dan bercahaya. Tubuh mereka tinggi melebihi pohon-pohon yang ada. Pada tangan mereka yang besar itu, terdapat rantai besi yang besar dan berkilat seperti emas yang bukan berasal daripada dunia ini. Binatang itu juga memegang lonceng seperti yang digunakan untuk memanggil ikan Yu. Dajjal menggigil. Dengan ketakutan dia bertanya :
" Apa ini...? Siapa mereka...? Bagaimana mereka dapat datang ke sini...? Bukankah telah aku katakan bahawa engkau adalah syaitan betina yang mempunyai pelayan...?"
Mendengar kata-katanya, binatang itu menjerit :
" Wahai orang paling bodoh, engkau telah mensia-siakan dua kesempatan dan tidak akan tersisa untukmu janji terakhir."
Sebelum binatang itu menghabiskan ayatnya dan Dajjal sendiri tidak sempat bertanya apa-apa, tiba-tiba 20 orang itu menangkapnya. Dia pengsan kerana ketakutan.
Apabila tersedar, dia mendapati dirinya sudah berada di dalam gua, manakala binatang itu ada di hadapannya. Ketika dia mahu menggerakkan kedua-dua kaki dan tangannya, dia merasa amat berat. Dia mendengar bunyi lonceng yang menakutkan. Sementara itu, cahaya pagi sudah menyinari guanya melalui celahan lubang di atas bumbung gua dan pintu gua yang selalu terbuka. Dia mendapati kedua-dua tangan dan kakinya diikat dengan rantai yang sangat panjang supaya mudah bergerak, berdiri, duduk berjalan atau membuang air di belakang gua itu yang disiapkan sebelumnya dan disiapkan pula sumur di sampingnya. Binatang itu sangat menitik beratkan soal kebersihan dan pengurusan tubuhnya.
Dia cuba melepaskan ikatan tetapi gagal kerana rantai yang mengikatnya itu terlalu kuat. Dia belum pernah melihat perkara ini sebelumnya. Seluruh tubuhnya terbelenggu dan hujungnya diikatkan ke dinding gua.
Dalam keadaan jiwa dan otot-ototnya kaku, batinnya lemah dan membisu, binatang itu berkata kepadanya :
" Wahai Dajjal masa depan, dewa kekufuran dan kejahatan, sekarang engkau berada di zaman penutup para nabi, kekasih Allah, Muhammad s.a.w. Dia sudah lahir beberapa hari yang lalu ketika engkau berada di tengah lautan sambil melalaikan ketentuan yang berjalan. Engkau berada di penghujung zaman di bumi. Janji Allah sudah datang. Engkau tidak akan terlepas daripada rantai yang membelenggumu kecuali selepas kekasih Allah, Muhammad s.a.w. wafat. Tanda saat kamu keluar daripada gua ini adalah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke tanah suci Madinah Al Munawwarah selepas orang-orang Arab memeranginya dan mengusir pengikutnya daripada Mekah dan kemenangannya ke atas mereka. Sedangkan tanda keluarmu sebagai orang sombong di dunia adalah pohon kurma Baisan tidak berbuah lagi, air tasik Thabary berkurangan, mata air Zughar kekeringan dan banyak terjadi gempa bumi dahsyat sebelum keluarnya musuhmu yang akan memerangimu."
Sambil berusaha melepaskan diri daripada diikat, Dajjal berkata kepada binatang itu :
" Bagaimana aku dapat meyakini kata-katamu itu benar...?Mengapa engkau tidak mencabut sihirmu dan menjauhi syaitan-syaitanmu...? Sungguh aku ingin keluar untuk memerintah dunia. Dunia ini tidak ada raja kecuali aku. Sedangkan engkau berusaha menghalangi hakku...? Aku adalah manusia paling tua kerana waktu tidak memberi kesan padaku. Seluruh dunia di sekitarku berubah, tetapi aku tidak pernah berubah. Jadi aku anak para dewa."
Binatang itu mahu menamatkan perbualan itu, lalu dia berkata :
" Engkau bersabar atau tidak, janji Allah pasti benar. Engkau dilaknat, diusir dan dilemparkan seperti Iblis terkutuk yang telah diingatkan kepadamu melalui tulisan-tulisan utusan kepadamu."
PERTEMUAN DENGAN TAMIM AD- DARI.
Dimulai dari kisah Tamim dan 30 anak buah kapal terombang ambing selama sebulan ditengah lautan hingga terdampar di sebuah pantai dekat pulau tak dikenal, mereka pun naik perahu-perahu kecil menuju pulau itu, tiba senja mereka duduk di perahu sampai akhirnya mencoba masuk ke pulau, di pulau mereka melihat Hewan berbulu lebat sehingga tidak tahu mana bagian kepala mana buntut.
Suatu hari, binatang itu melihat seorang lelaki bersama teman-temannya berlabuh dengan perahu kecil di tepi pantai pulau itu. Binatang itu menghampirinya untuk memberitahu mengenai seseorang di gua sedang menanti khabar gembira daripadanya. Lelaki itu mendekatinya dengan rasa takut. Maka binatang itu berkata :
" Hilangkanlah rasa takutmu dan orang-orang yang bersamamu. Aku bukan syaitan. Aku diperintah oleh Allah ke pulau ini untuk melindungi seseorang yang mempunyai kaitan dengan masa depan dunia. Aku adalah suruhan utusan Allah bagi mengucapkan selamat kepadamu dan memberitahumu mengenai orang itu."
Orang baru itu tidak lain adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w., Tamim Ad- Dari bersama kawan-kawannya.
Ungkapan yang disebutkan dalam manuskrip kuno mengenai riwayat ini ditemui oleh salah seorang ulama Al Quds. Ia ditujukan kepada Tamim sendiri. Riwayat yang disebutkan dalam Shahih Muslim itu mengemukakan bahawa dialoq itu dilakukan dengan sekelompok manusia yang antaranya adalah Tamim Ad Dari. Wallahu a'lam.
BERSAMBUNG....
Semoga bermanfaat dunia akhirat. Aamiin..
SELESAI....
SEKIAN DULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH...
Seperti biasa ambil sisi positif dari keilmuan dan cerita ini, yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah, kekuatan daripada Allah s.w.t. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.
No comments:
Post a Comment