Trending

Wednesday, 12 December 2018

DISALAI ATAS BARA



DISALAI ATAS BARA.
Assalamualaikum wt wb.. sahabat-sahabat yang aku hormati semua. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Sholawat dan salam senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap ridho Allah swt dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu dan dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat semua.. Inshaa Allah..
Kisah ini terjadi pada tahun 1997 di Segamat, Johor ketika aku dan Tok Karim melawat anak gadis Haji Maali yang sakit. Sebenarnya aku hanya ingin melawat Tok Karim di Kuala Terengganu, tetapi dia beriya-iya benar mengajak aku ke rumah Haji Maali. Kisahnya begini....
Kesedihan terus menyelubungi keluarga Haji Maali apabila anak gadisnya, Senah telah meninggal dunia setelah hampir 6 bulan terlantar sakit. Haji Maali sebelumnya sudah menjemput Aki Sitam dari Gemas untuk mengubati sakit ganjil Senah tu, tetapi tidak sanggup. Ajalnya sudah ditetapkan sedemikian. Senah meninggal dunia di dalam keadaan tubuh yang kurus kering, matanya cengkung jauh ke dalam dan tulang pipinya menungkal tinggi.
Senah tatkala meninggalnya bukan seperti Senah yang belum jatuh sakit 6 bulan sebelumnya. Tubuhnya yang mungil, berwajah bujur sirih, berkulit putih kuning memang menjadi impian pemuda- pemuda di kampungnya untuk memperisterikan Senah. Bagaimana pun kejelitaan Senah tidak berpadanan pula dengan sikapnya yang keras hati. Dia tidak akan teragak- agak untuk mengherdik sesiapa sahaja kalau cuba mengganggunya di jalanan.
Selama hampir 6 bulan itulah Haji Maali bersama isterinya Hajah Pesah tidak pernah tenteram perasaan melihatkan keadaan Senah. Jika harapkan anak lelakinya, Zarim memang tidak boleh di harap langsung. Kalau Zarim balik setiap hujung minggu ke rumah mereka di Segamat, Zarim akan cepat sahaja mahu menempeleng adiknya Senah sekiranya Senah berkeras tidak mahu mandi. Dia akan mengherdik memaksa Senah supaya bersolek mengemaskan diri.
Kadangkala bagaikan hampir hilang sabar Haji Maali dengan sikap Zarim. Masakan Zarim tidak tahu adiknya jatuh sakit selepas mendapat kelulusan baik di dalam peperiksaan SPM nya. Kemudian Senah telah memohon untuk memasuki maktab perguruan. Setelah hampir sebulan dia jatuh sakit, Senah telah menerima tawaran untuk memasuki maktab perguruan yang diidam- idamkannya selama ini.
Sayangnya, Senah tidak dapat memenuhi keinginannya untuk menjadi seorang guru setelah tiba- tiba sahaja beliau jatuh sakit. Mula disedari oleh Hajah Pesah anaknya jatuh sakit apabila Senah mengigau pada satu malam sambil memekik- mekik meminta tolong. Apabila dikejutkan, Senah terus memeluk emaknya lantas menangis teresak-esak. Dia tidak pula menerangkan apa- apa setelah ditanya oleh emaknya berulang kali mengenai igauannya itu.
Esoknya, Senah tidak segera bangun ke dapur membantu emaknya menyiapkan sarapan pagi. Hajah Pesah tidak mengesyaki apa- apa walaupun pada malamnya Senah telah mengigau memekik- mekik meminta tolong. Biasanya igauan sedemikian memang kerap berlaku kepada sesiapa sahaja. Sebab itulah Hajah Pesah tidak hiraukan sangat apabila Senah tidak membantunya menyiapkan sarapan pagi.
Tetapi sehingga pukul 9.30 pagi, Senah tidak juga bangun barulah Hajah Pesah naik menjengah ke bilik anaknya. Heran juga dia melihat Senah menangis teresak- esak sambil mukanya menelungkup ke bantal.
" Kenapa kau, Senah...? " soal Hajah Pesah bimbang.
Senah tidak menyahut. Dia terus menangis sampai terhenjut- henjut bahunya. Hingga Haji Maali sendiri turut menjengah masuk setelah mendengar mulut isterinya becok dari dalam bilik Senah.
" Apa halnya, Senah...? " Haji Maali mula mengesyaki Senah menangis disebabkan telah berlaku sumbang.
Tentulah Senah mula ketakutan setelah badannya mulai berlainan. Apa lagi bila beliau melihat Senah menekan- nekan perutnya ketika sedang menangis tersengguk- sengguk itu.
Tetapi Senah tidak juga menyahut.
" Kau dah rosak ye...? " cepat sahaja Haji Maali mengherdik bila kenangkan Senah cuba memberi malu kepada keluarganya.
Senah hanya terus menangis tersengguk- sengguk.
Sekaligus pula Haji Maali merentap rambut Senah sehingga kepala anak gadisnya terdongak.
" Kau nak beri aku malu ye...? " tuduhnya sambil menggertapkan bibir.
Airmata Senah banyak mengalir di pipi. Bibirnya bergerak- gerak mahu bercakap tetapi suaranya tidak keluar sepatah kata pun. Ketika inilah Zarim yang balik bercuti hujung minggu masuk ke bilik setelah mendengar suara ayahnya mengherdik adiknya. Dia juga turut menuduh Senah melakukan perbuatan sumbang yang menyebabkan dia menangis menyesali perbuatannya itu. Tetapi dia harus memujuk Senah supaya menerangkan segala perkara yang telah terjadi, bukannya dengan mengherdik melepaskan geram.
" Cakaplah, siapa yang buat jahat dengan kau...! " Zarim menyoal adiknya.
Senah hanya terkebil- kebil mata merenung Zarim. Air matanya semakin banyak mengalir ke pipi. Tidak sepatah kata pun yang terluah daripada mulutnya. Haji Maali yang tidak dapat menahan sabar terus menampar muka Senah tetapi gadis yang sudah berumur 18 tahun itu tidak pula terjerit kesakitan setelah ditampar kuat. Ketika inilah Hajah Pesah memekik memarahi suaminya fasal bertindak dengan terburu- buru.
" Awak jangan ikutkan perasaan, abang haji. Entah- entah budak ni sakit... " kata Hajah Pesah mengingatkan suaminya.
Selepas peristiwa itulah baru Haji Maali menyedari bahawa Senah tidak boleh bercakap lagi. Dia menjadi bisu secara tiba- tiba sahaja setelah mengigau pada sebelah malamnya.
Kepalang menyesalnya Haji Maali dengan sikapnya yang terburu- buru itu. Sebab itulah dia sentiasa diselubungi kesedihan bila mengenangkan nasib Senah. Sementara itu Zarim pula cuba melakukan latihan secara kejiwaan dengan memaksa Senah melakukan sesuatu yang tidak disukainya seperti mandi, makan dan menyolekkan diri. Kepiluan itu terus mengganggu Haji Maali di hari kematian Senah .
" Biarlah dia pergi dulu. Lama sangat dia terseksa, Badai... " beritahu Haji Maali lemah tatkala aku dan Tok Bomoh Karim datang menziarahi jenazah.
Sebenarnya Tok Karim mengajak aku ke Segamat ke rumah Haji Maali bukanlah untuk menziarahi jenazah, tetapi Tok Karim mahu mencukupkan 3 hari mengulangi mengubat Senah . Dia berazam mahu membantu keluarga itu walaupun dia tahu keadaan penyakit Senah sudah terlalu tenat. Disebabkan aku datang berkunjung ke rumahnya, lantas Tok Karim mengajak aku bersamanya ke Segamat.
Sampai sahaja di rumah Haji Maali kira- kira jam 9 malam, dia pun terus memberitahu Tok Karim mengenai kematian Senah selepas waktu Maghrib.
" Esok sahajalah nampaknya kita kebumikan, malam ni tak sempat " jelas Haji Maali yang masih kelihatan kesayuan tergaris pada wajahnya.
" Hampir 6 bulan dia mengidap, Badai." Hajah Pesah pula menerangkan kepada aku setelah aku diperkenalkan oleh Tok Bomoh Karim.
" Tapi apa boleh buat, Allah lebih menyayangi dia dari kita semua." ujarnya sambil mengesat- ngesat pelupuk mata.
Aku mengangguk- ngangguk lemah. Aku dapat merasakan apa yang terbendung di jiwa Haji Maali dan isterinya, setelah melihat anak kesayangan terlantar hampir 6 bulan. Sudah beberapa kali dibawa ke hospital, hingga pihak hospital sendiri mengagakkan penyakit- penyakit yang sukar hendak difahami oleh Haji Maali.
Berubat secara kampung juga sudah diusahakan dengan menemui beberapa orang dukun dari Merlimau, Serting, Ayer Hitam, Aki Sitam dari Gemas dan di mana sahaja didengarnya ada dukun Haji Maali akan segera menjemputnya. Tok Bomoh Karim merupakan yang terakhir dijemputnya setelah Zarim yang bekerja di Terengganu mendapat tahu mengenai kebolehan Tok Bomoh Karim di Kuala Terengganu yang boleh mengubati penyakit- penyakit sedemikian.
Tetapi ternyata manusia hanya boleh berikhtiar, bagaimana pun yang menentukan segalanya adalah Allah SWT. Siapa pun tidak akan dapat melawan takdir yang sudah ditetapkan oleh-Nya.
" Kalau boleh, tunggulah sampai esok hari dikebumikan dia. " Haji Maali berkata sambil menepuk paha Tok Karim.
" Tak tahulah, tuan haji." sahut Tok Karim sambil tersengih- sengih.
" Badai ni nak balik juga esok. Saya ke mari tadi pun Badai ni tak mahu ikut sangat, tapi saya yang kuat mengajaknya." kata Tok Bomoh Karim lagi sambil mengerling ke arah aku.
" Bermalam di sini aje laa, adik Badai. Boleh kita sama- sama berjaga." ujar Haji Maali sambil memandang ke arah aku.
Aku hanya tersenyum tidak menjawab apa- apa. Memang tidak ada apa- apa perlunya aku menunggu sehingga Senah selamat dikebumikan. Lagi pun orang yang dikatakan sakit sudah pun meninggal dunia. Apalah yang boleh dilakukan selain daripada membacakan ayat- ayat suci Al Quran sepanjang malam.
Bau nyiur kukur yang dibakar harum semerbak di tengah rumah dekat jenazah dibujurkan. Sewaktu Tok Bomoh Karim menyelak kain penutup muka jenazah, sempat juga aku menatap mukanya yang pucat. Tubuhnya yang kurus seolah- olah tidak nampak tenggelam oleh tilam alas jenazah dibujurkan itu. Sayu juga hati aku melihat keadaan tubuhnya setelah menderita hampir 6 bulan menghidap penyakit yang tidak tahu apa puncanya itu.
" Dia bukan sahaja bisu malah juga hilang akal... " Tok Bomoh Karim menerangkan kepada aku.
" Kadangkala dia bertelanjang dengan tidak memakai seurat benang pun." keluh Tok Karim sambil menggeleng- gelengkan kepala.
Aku hanya mengangguk- nganggukkan kepala sahaja.
Ketika kami sedang berbual- bual inilah, 2- 3 orang perempuan yang sedang membaca Al Quran telah terjerit akibat terkejut apabila seekor kucing kesayangan Hajah Pesah telah melompat melintasi jenazah. Mereka semua gempar bila mengingatkan kata orang- orang tua bahawa jenazah yang dilompati kucing mempunyai alamat yang tidak baik.
" Jangan percaya semua itu...! " ujar Tok Bomoh Karim lantas menyuruh mereka meneruskan membaca Al Quran itu.
Walaupun 2- 3 orang perempuan yang membaca Al Quran itu meneruskan bacaan mereka, tetapi mereka tetap diganggu kegelisahan. Masing- masing mengerling ke arah jenazah sambil menampakkan perasaan rusuh.
Pada kira- kira jam 11.30 malam itu juga Tok Bomoh Karim bersama dengan aku meminta diri untuk pulang semula ke Terengganu, sebab aku akan terus balik ke Kuala lumpur kerana aku diamanahkan oleh Ustaz M. Ariff untuk kendalikan klinik Pusat Rawatan Cakra Alam di Ampang.
Ketika sedang menyarung kasut di kaki tangga, aku terkejut bila mendengar suara orang perempuan di atas rumah menjerit ketakutan. Sekaligus pula mereka lari menerpa ke pintu luar.
Haji Maali berkejar ke dalam untuk melihat punca kekecohan, kemudian beliau keluar semula sambil terputus- putus cakap meminta Tok Bomoh Karim menunggu lagi.
" Naik lah dulu, Tok. Naiklah dulu, Badai.... " katanya seperti di dalam kebingungan.
Cepat- cepat Tok Karim mengajak aku naik semula ke atas rumah. Sewaktu aku sampai ke sisi jenazah, tidak ada sesiapa pun yang menunggu di situ. Masing- masing sudah lari ke dapur atau ke serambi. Ketika ini kepala jenazah sudah tidak lagi terletak di atas bantal, tetapi sudah jatuh melepasi tilam.
" Apa halnya ni...? " tanya Tok Karim yang kehairanan.
" Tak tau laa.... " sahut Haji Maali perlahan sambil tergagap- gagap.
" Budak- budak ni kata, Senah bangun balik. Kaki tangannya bergerak- gerak." katanya terharu.
Aku mengeluh pendek. Dengan tidak bercakap sepatah pun, aku membetulkan semula kepala jenazah yang sudah pun terkulai melepasi tilam. Tok Karim pun membantu aku membujurkan semula mayat tersebut seperti keadaan mula- mulanya. Selepas itu barulah Hajah Pesah bersama- sama orang perempuan yang lain masuk semula ke tengah rumah.
" Tak cukup ke semasa hayatnya...? Sampai macam ni pun dia nak permainkan lagi... Emmm...syaitan...! " gerutu Tok Bomoh Karim sambil menyelubungkan semula jenazah tersebut.
Dua malam berturut- turut sebelumnya, Tok Bomoh Karim sudah pun menyedari punca yang menyebabkan Senah ditimpa penyakit ganjil itu. Kadangkala buah dadanya berpintal- pintal dan satu garis hitam telah melintang dari kepalanya hingga sampai ke pusat. Senah tidak dapat berkata apa- apa selain daripada menggeliat- geliat sahaja menahan kesakitan. Kadangkala dia hanya mampu menangis teresak- esak sahaja.
Sewaktu Tok Bomoh Karim mengulangi dia dua malam berturut- turut dengan dijemput dan dihantar oleh Zarim, dia sudah dapat mengagak mengenai penyakit yang di deritai oleh Senah. Tok Bomoh Karim hanya menggelengkan kepalanya bila dia melihat bagaimana lidah Senah telah dipotong melalui renungannya(terawang) yang jauh ke dalam jiwa gadis berkenaan.
Dia dapat melihat seolah- olah tubuh Senah diletakkan di atas para bagaikan ikan yang disalai. Tubuhnya diikat dengan benang hitam melalui celah kangkang hingga sampai ke kepala. Tok Bomoh Karim mencuba juga untuk mengambil tubuh Senah yang sudah kering disalai itu, tetapi tubuh Senah itu semakin hancur berkecai bila disentuh dengan tangan. Seorang lelaki berkepala botak dengan berpakaian serba kuning seperti sami Siam, sentiasa mengawal tubuh Senah yang sedang tersalai di atas para itu.
" Kau lepaskan budak tu....!! " perintah Tok Bomoh Karim.
" Kalau aku lepaskan, kau nak buat apa lagi. Dah berkecai semuanya." kata lelaki berkepala botak itu sambil ketawa terbahak- bahak.
" Biar aku dapat dia dengan tubuh berkecai...! " sahut Tok Karim yang keras mencabar.
Sekaligus Tok Bomoh Karim menolak lelaki berkenaan hingga jatuh tergolek ke tanah. Cepat- cepat pula dia menyambar tubuh Senah yang tersalai di para itu, tetapi tubuh itu telah berkecai menjadi abu. Lelaki itu semakin galak tertawa bila melihat Tok Bomoh Karim tidak berjaya merampas Senah dari tangannya.
" Perempuan ni mulut jahat, kau tau...!" kata lelaki berkepala botak itu mengejek- ngejek.
" Dia sudah ludah muka budak tu depan orang ramai, tentulah dia malu." beritahunya sambil menuding ke arah seorang pemuda Serani yang tersengih- sengih mengerling Tok Bomoh Karim dari jauh.
Sampai di peringkat itu sahaja yang Tok Karim menerangkan kepada aku, setelah dua malam berturut- turut dia datang ke situ. Sebab itulah dia beriya- iya mengajak aku ke Segamat kerana dia tahu selama ini aku ingin sangat mengikut dia mengubati orang.
" Setan...! " gerutu Tok Karim lagi lantas duduk berlutut di hujung lunjur jenazah.
" Patutnya cukuplah menyeksa budak ni, sampai dah macam ni pun tak puas- puas lagi." rungutnya lagi sambil menggertapkan bibir.
Kemudian Tok Karim beralih duduk bertumpang lutut di hulu kepala pula, menyebabkan aku berundur ke tepi dinding. Tok Karim menghembus kepala jenazah 3 kali, sekali gus kedengaran satu benda besar jatuh berdebap di tengah halaman. Serentak dengan itu, di kiri kanan jenazah ternampak asap nipis melenggang- lenggang naik sama seperti asap dari nyiur kukur yang dibakar. Tetapi asap yang keluar di kiri kanan jenazah berwarna hitam laksana asap dari getah yang terbakar.
" Badai, marilah sama di sini." Tok Karim pun menggamit aku agar mara mendekati dia.
Aku mengangguk tapi tidak bergerak mendekati Tok Karim. Haji Maali juga menepuk paha aku supaya duduk berdekatan dengan Tok Karim. Aku hanya memberikan isyarat dengan tangan agar aku tidak perlu duduk disebelah Tok Karim. Memang aku sendiri hairan melihat kejadian sedemikian, kerana setelah mangsanya menjadi korban syaitan yang melakukan kekejaman itu masih terus juga mengganggu. Dia masih tergamak untuk menganiaya jenazah yang sudah terbujur kaku itu.
" Cukuplah kau seksa budak ni....! " kata Tok Karim sambil duduk di atas tumit dengan bertumpu lutut ke lantai.
" Sekarang pergilah kau, puaslah hati kau sekarang...! " ujarnya lagi dengan perlahan.
Tetapi asap hitam masih lagi keluar dari celah ketiak jenazah.
" Beginilah, Pak Haji. " kata aku sambil berpaling kepada Haji Maali.
" Panggilkan 40 orang. Kita bacakan Surah Yasin ramai- ramai. Tok Bomoh Karim, biarkan dia buat kerjanya." ujar aku lagi mencadangkan.
Haji Maali tidak membantah. Dia pun mengajak semua jiran- jiran yang datang mengunjungi rumahnya supaya ikut sama membacakan Surah Yasin. Mereka yang tidak hafal, boleh lah berkongsi membaca. Sebaik sahaja kami memulakan membaca Surah Yasin, aku pun melihat Tok Karim mula berpeluh- peluh. Dia menghembuskan beberapa kali ke kepala jenazah sambil tangannya memegang kepala jenazah itu.
Sebaik sahaja selesai membacakan Surah Yasin secara beramai- ramai, aku pun mara mendekati Tok Bomoh Karim yang sedang membacakan sesuatu dengan matanya yang terpejam itu. Aku pun meletakkan tangan aku ke atas bahu Tok Karim lantas memulakan zikir hingga jauh ke dalam hati, sambil membacakan ayat pembuka tabir ghaib :
" ALLAHU YATAWAFFAL ANFUSAHINA MAU-TIHAWALLTI LAMTAMUT FI-MANAMIHA FAYUMSIKULLATI QODHO 'ALAIHALMAU-TAWAYURSILUL UKHRO ILA-AJALIM MUSAMMAM.INNA FI-ZALIKA LA AYATIN LIQAUMIN YATAFAKKARUN."
Ketika inilah aku dapat rasakan nafas Tok Karim kencang turun naik laksana orang sedang berjuang berhabis- habisan. Peluhnya telah banyak memercik hingga tengah belakangnya juga basah berlenjun akibat peluh yang banyak mengalir itu.
Kira- kira setengah jam jugalah aku dan Tok Karim duduk mendiamkan diri di hulu kepala jenazah, barulah asap hitam itu sedikit demi sedikit mulai hilang. Barulah kami mengundurkan diri ke belakang bersandar pada dinding untuk melepaskan lelah. Hingga jam 1 pagi kami menunggu kalau- kalau jenazah Senah diganggu lagi, tetapi alhamdulillah tidak berlaku lagi kejadian- kejadian ganjil selepas itu.
Haji Maali tidak membenarkan kami untuk balik pada malam itu disebabkan dia bimbang kalau- kalau kejadian jenazah bergerak hingga kepalanya jatuh dari bantal akan berulang lagi. Mahu tidak mahu terpaksalah Tok Karim bersetuju. Kasihan juga dia melihat keluarga Haji Maali dalam keadaan rusuh sepanjang malam itu.
Sampailah pagi tidak ada apa- apa pun yang berlaku. Disebabkan bimbang dengan kejadian yang mengganggu jenazah, Haji Maali telah mengambil keputusan supaya jenazah Senah segera dikebumikan sebelum matahari tegak di atas kepala. Terpaksalah pula Tok Karim mengajak aku menunggu sehingga selamat jenazah dikebumikan.
Sebelum zuhur lagi jenazah Senah telah selamat dikebumikan dengan tidak ada apa- apa kejadian ganjil yang berlaku. Dalam perjalanan balik dari kubur itulah Haji Maali memberitahu mengenai seorang guru yang mengajar di sekolah tempat Senah belajar, cuba untuk memikatnya. Guru itu berbangsa Serani, bertubuh tinggi kurus dan mukanya penuh dengan jerawat batu.
Guru itu sering mengusik Senah hingga berani memeluk dan mencium Senah bila ada kesempatan tidak dilihat oleh orang. Semasa guru itu memberikan latihan sukan, dia akan mengarahkan semua pelajar- pelajarnya supaya memakai seluar pendek. Dalam masa mengajar latihan sukan inilah, guru berkenaan secara nakal telah memegang punggung Senah menyebabkan Senah tidak dapat menahan kemarahan.
Senah telah berpaling dan merenung guru tersebut hingga telah mencetuskan pertengkaran. Dengan tidak bertangguh Senah terus meludah ke arah guru tersebut. Kejadian itu tidak dilaporkan oleh Senah kepada guru besar kerana guru berkenaan telah segera meminta maaf.
" Itulah cerita kawan arwah ini pada saya." jelas Haji Maali.
" Mungkin itu hanya kebetulan sahaja, Pak Haji." sahut aku dengan perlahan.
" Kita tak boleh tuduh- tuduh sahaja..... " kata aku lagi menambah.
Haji Maali mengangguk.
" Betullah cakap Badai tu. Tapi macam itulah yang kawan sedarjah arwah ni beritahu. Mereka datang melawatnya semasa arwah masih lagi terlantar." jelasnya sambil menahan rasa terharu yang mengombak di dada.
Kami terus balik ke rumah Tok Karim di Kuala Terengganu dengan tidak menunggu makan lagi kerana aku mahu segera balik ke Kuala Lumpur. Semasa di dalam kereta, Tok Karim sendiri menceritakan kepada aku kejadian- kejadian yang dialaminya semasa mengubati Senah.
" Kerja orang kafir, mana ada timbang rasa...", keluh Tok Karim dengan lemah.
Dia dapat merasakan bagaimana tubuh Senah disalai di atas para dengan api menyala di bawahnya. Lelaki berkepala botak dengan berpakaian serba kuning seperti sami siam itu memain- mainkan patung yang sudah dipujanya itu untuk disamakan dengan Senah.
Patung yang sudah disalai itu kemudian dipotong lidahnya agar Senah juga seolah- olah sudah dipotong lidah hingga tidak boleh bercakap memberitahu apa- apa sepanjang masa dia menderita sakit itu. Memang Tok Karim dapat melihat sendiri pemuda Serani yang mengupah lelaki botak itu melakukan sesuatu kepada patung tersebut agar penyeksaan itu juga dirasakan oleh Senah.
" Memang sukar nak diselamatkan." kata Tok Karim bila mengingatkan patung yang disalai itu sudah menjadi seperti abu. Sebaik saja tersentuh oleh jari, patung berkenaan akan hancur menjadi debu.
" Kita tak dapat mengatasi kehendak Allah." sahut aku mengingatkan Tok Karim, kerana bukanlah kuasa manusia yang boleh menyelamatkan Senah. Malah bukan kuasa manusia yang melakukan ilmu syaitan yang menyebabkan Senah terlantar sakit hampir 6 bulan.
Tok Karim mengangguk.
" Ajal budak tu memang dah setakat itu... " ujar Tok Karim dengan lesu.
Tetapi dia tetap tidak dapat melupakan bagaimana dia dapat melihat gangguan yang menimpa tatkala Senah terlantar sakit. Malah setelah Senah meninggal dunia pun, lelaki botak itu terus juga mengganggu. Dia tidak perlu memegang patung tersalai itu, sebaliknya hanya menolak- nolak para tempat penyalai itu. Ketika inilah Tok Karim menerpa memukul kepala lelaki botak berkenaan.
Semasa orang ramai sedang membacakan Surah Yasin, Tok Karim dapat melihat lelaki berkepala botak itu terhumbang ke kiri dan ke kanan bagaikan ditolak oleh ribut kencang dari segenap penjuru. Sekaligus pula hujan telah turun lalu memadamkan api yang menyala di bawah para salai. Terjerit- jerit lelaki berkepala botak itu sambil mencari tempat berlindung. Kemana sahaja dia mencuba berlindung, ribut kencang dengan petir memancar akan menyambar tubuhnya.
" Tolonglah, aku buat ni fasal diupah orang... " lelaki berkepala botak itu meminta belas kasihan daripada Tok Bomoh Karim.
Dia tidak pedulikan lagi rayuan lelaki berkepala botak itu yang angkuh sangat sebelumnya. Deru ribut kencang bergaung kuat di cuping telinga Tok Bomoh Karim tatkala bacaan Surah Yasin bergema di tengah rumah. Dia sendiri merasakan bahawa tugasnya menjadi semakin mudah untuk menyerbu kawasan lelaki berkepala botak itu, kerana tidak ada halangan seperti dua malam sebelumnya.
" Ini ilmu apa kau pakai ni....? Kami tak pernah jumpa ilmu macam ni...! " rintih lelaki berkepala botak itu sambil terkial- kial untuk mencari tempat perlindungan.
Tetapi setiap kali dia terhumban, tubuhnya akan berdetam jatuh ke tanah. Ribut kencang terus juga menunda- nunda tubuhnya bagaikan kertas yang sedang ditiup angin sahaja.
Dia tidak dapat lagi bertahan. Apa sahaja usaha yang dilakukannya, kilat dan petir akan memancar bagaikan panahan api lalu menerkam ke arahnya. Habis sahaja deru ribut yang menggila memerangkap lelaki berkepala botak tatkala bacaan Surah Yasin mulai selesai.
Bagaimana pun Tok Bomoh Karim melihat lelaki berkepala botak itu sudah tidak berdaya lagi untuk bangun. Seluruh tubuhnya berlubang- lubang kesan terbakar akibat diserbu panah berapi dari segenap penjuru itu. Ketika inilah Tok Karim dapat merasakan yang aku ada berdiri di belakangnya bagaikan dinding besi yang melindungkan dirinya.
" Aku sudah kalah.... " ujar lelaki berkepala botak itu terketar- ketar sambil melambai- lambaikan tangan tanda meminta belas kasihan dari Tok Bomoh Karim.
Tok Karim tidak menghiraukan tindakan lelaki tersebut. Dia terus mara mendekati lelaki yang sudah tidak berdaya lagi itu. Sekali pun sudah tertiarap, lelaki berkepala botak itu cuba juga melawan sewaktu Tok Bomoh Karim berjalan hampir kepadanya. Dia menyemburkan api dari dalam mulutnya, tetapi tidak mengenai tubuh TokBomoh Karim kerana sudah dilindungi oleh dinding besi di sekeliling tubuhnya itu.
" Aku cabuk kepala engkau...!! " jerkah Tok Bomoh Karim sambil memukul kepala lelaki berkepala botak itu hingga berkecai.
Aku hanya tersenyum sahaja mendengar cerita Tok Karim, tetapi bukanlah bermakna aku menganggap dia mereka- reka sahaja cerita tersebut. Selepas balik daripada Kuala Terengganu kira- kira 6 bulan aku tidak mengunjungi Tok Karim. Apabila aku menemuinya selepas itu, cerita mengenai Senah tidak juga berakhir. Tok Karim telah diberitahu oleh Haji Maali bahawa guru berbangsa Serani yang dikatakan telah diludah oleh arwah Senah itu telah dijumpai mati tertiarap di atas kubur arwah Senah. Mulutnya berlumur darah kering akibat disyaki meminum racun di situ. Botol bekas racun juga ditemui di sisinya....
SEKIAN DULU....
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH.....
***********************************************************************
* AMALAN PEMBANGKIT BAJU BESI GHAIB.
(Perisai Ghaib)
Sesepuh APC : Ki Wong Cilik.
Assalamualaikum Wr Wb,
Salam sejahtera buat semua ahli Kampus Tok Penjejak Badai. Pada kesempatan kali ini izinkan aku berkongsi amalan Baju Besi Ghaib(perisai ghaib).
Banyak sekali amalan yang boleh dijadikan perisai ghaib dan kali ini aku ijazahkan khusus amalan Baju Besi Ghaib. Kegunaannya.. Insya Allah untuk perlindungan diri dari serangan fizik mahupun ghaib.
Ilmu ini kami di APC (Asia Paranormal Club) menggunakan ketika kami seluruh paranormal di Asia berkumpul dan setuju mengadakan serangan ghaib kepada rejim Yahudi ketika itu dipimpin oleh PM Ariel Sharon. Pada serangan pertama kami kalah teruk, aku sendiri kehilangan 10 ribu Khodam Harimau yang dipimpin oleh Ki Loreng. Yang balik hanya 9 khodam, itu pun kebanyakannya cedera parah.
Pada serangan susulan maka para sesepuh di APC setuju untuk mengijazahkan kedua ilmu ini kepada seluruh ahli yang mahu mengamalkannya. Alhamdulillah, pada serangan kedua kami menang dan dapat mencederakan Perdana Menteri Ariel Sharon dengan parah, sehingga coma beberapa lama dan tidak dapat diselamatkan lagi. Pada 11 January 2014 Ariel Sharon di cabut nyawanya oleh Malaikat Maut.
Setiap manusia sesungguhnya memiliki kekuatan batin yang ada sejak lahir (telepati, tenaga dalam dll) hanya saja tidak semua kekuatan batin tersebut otomatik bangkit, jadi mesti dilatih dan diaktifkan dengan melalui tata cara khusus yang boleh jadi satu dengan yang lain berbeda metodenya tapi intinya tetap sama.
Berikut langkah-langkah pembangkitan Baju Besi Ghaib :
1.) Sholat Hajat 2 raka’at (sebaiknya lakukan diatas jam 12:00 malam). Selesai sholat lalu berzikir amalan ini :
2.) Baca Istighfar sebanyak-banyaknya paling tidak 100x.
3.) Baca sholawat sebanyak-banyaknya paling tidak 100x.
4.) Baca Hauqallah sebanyak-banyaknya paling tidak 100x.
5.) Baca kalimah Tauhid sebanyak-banyaknya.
" LAA ILAHA ILLALLAH."
6.) Pada saat membaca zikir tersebut diatas fikiran konsentrasi kan pada titik ditengah dada. Tarik nafas secara teratur seperti biasa. Untuk membantu tingkat konsentrasi yang tinggi oleskan Minyak Cendana pada nadi tangan kiri dan kanan kemudian pada titik di tengah kening.
7.) Setelah melakukan zikir beberapa lama kemudian baca doa kuncinya dengan menahan nafas disimpan di perut 7 kali ulangan. Kalau masih kuat boleh ditambah semampunya. Ini doa kuncinya :
" AJA 'ALALAKUM SARANILA TAQIIKUMMULHARRA WASARABILA TAQIIKUMBAKSAKUM."
Saat menarik nafas niatkan menarik energy warna biru dan membuka kunci yang ada pada titik tersebut. Pada saat menghembuskan nafas niatkan pada titik tadi keluar cahaya berwarna putih terang (seperti warna kilatan petir) menyebar keseluruh tubuh.
Setelah membaca doa kunci kemudian berdoa sebagai
berikut :
" Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahiim Yaa Hayyu Yaa Qoyyum bangkitkan dan berikanlah hamba karomah dengan baju besi ghaib berkat Lailahaillallah."
Lakukan amalan diatas selama 7 malam berturut-turut. Istiqomah/Dawamkan doa kunci tersebut paling tidak sehabis sholat Subuh dan Maghrib sebanyak 7 kali (tahan nafas).
CARA GUNANYA :
Untuk penggunaan cukup dibaca tiga kali tahan nafas jika akan digunakan. (misal : buat persiapan perang ghaib atau masuk ke daerah yang dianggap berbahaya). Sebenarnya tanpa dibaca pun sudah otomatik terlindungi.
Cara mengetahui bahwa Baju Besi Ghaib itu sudah bangkit coba rasakan dengan telapak tangan kita pada bagian tubuh kira-kira 10 cm dari permukaan tubuh yang di test akan terasa ada medan/energy yang melindungi.
Amalan ini juga boleh dipakai buat melindungi rumah/barang/orang. Caranya tahan nafas baca 7x doa kuncinya kemudian saat menghembuskan nafas hentakan kaki dan tembakan melalui tangan(jari telunjuk) niatkan membuat pagar di sekeliling rumah kemudian pagarnya dikunci dengan Hauqallah 3x (tanpa nafas).
SELESAI......
* ILMU PAGAR GHAIB.
Di Ijazahkan Oleh Sesepuh APC :
Ki Dwi Saryanto.
Aku ijazahkan Ilmu Pagar Ghaib ini sekaligus membalikkan serangan ghaib yang dituju kepada kita. Baik itu sihir, santau, tuju-tuju atau serangan jarak jauh.
Silahkan diamal ilmu Pagar Ghaib dibawah ini :
" Allahuma Baka Baliya Tur Awali Awaliya Iyakanak Budu Wa Iyakanas Ta'in Bihaqqi Salamun Qaulam Mirrobbir rahim. Birohmatika Ya Arhamar Rahimin." 129x.
TATA CARANYA :
Cara pengamalannya dibaca 129x. Setiap baca satu kali tahan nafas tekan 3 jari dibawah pusat. Apabila kita merasakan energi suatu getaran agak panas merambat dan menyebar ke seluruh tubuh. Itulah energi Pagar Ghaibnya. Kalau boleh dibaca habis sholat 5 waktu secara rutin agar Pagar Ghaib kita bertambah kuat.
SELESAI...
* ILMU ASMA' RAJA MALAIKAT.
Asmak ini disebut juga ASMA' SIRRUL 'ADZHIM atau ASMA' RAJA MALAIKAT. Merupakan Ilmu hikmah tingkat tinggi yang setanding ASR Tingkat 1, Sakti dan Dirahasiakan. Keampuhan atau karomahnya tergolong sangat hebat. Pengamalnya akan mendapatkan penjagaan oleh para malaikat dalam keadaan sadar dan terjaga. Amalan ini untuk segala hajat(multifungsi) dan mata batin akan terbuka dan mendapatkan ilham-ilham yang tidak pernah didapatkan sebelumnya.
Aku ijazahkan bagi sahabat yang sudah matang mental spiritualnya, ilmu dan amalnya serta sudah berkeluarga. Dilarang menggunakan Asma' ini untuk tujuan negatif dan melanggar perintah agama kerana pengamalnya justeru akan mendapatkan hukuman/laknat para malaikat.
ASMA RAJA MALAIKAT.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
" YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH. INNI ASALUKA BIMAA SAALA BIHI JIBRIILU 'INDA ARSYIKAL 'ADZHIIM. AN TASKHORO LII MALAIKATIKAL KIROOM KHUDDAAMA HAADZIHIL ASMAA'. ALLAHUMMA SAKHIRLII KAMSAYAAIL WA DARDAYAAIL WA SAMKHOYAAIL WA THUTHOYAAIL WA RUQOYAAIL WA SAM'AYAAIL WA THOGHYAAIL WA JIBROOIIL WA MIKAAIIL WA SAMSAMAAIIL WA SHORFAYAAIIL. AJIIBUU AYYATUHAL MULUUKU WAR RUASAA’U WA AIINUUNI ‘ALAA QODHOO’I HAWAAI JI BIHAQQI MA TA’LAMUUNA MIN AZHIIMI SIRRILLAH, WA BIHAQQI HAAADZIHIL ASMAA’IL AZHIIMIL A’ZHOM, ALLAH ALLAH, BI ILMIKA WAQUDROTIKA ‘ALAL KHOLAA’IQ WABISMIKAL AZHIMI KABIIRIL MUTA’AALI, ALLAH ALLAH ALLAH. AL ISMULLADZI FADDHOLTAHU ‘ALA SA’IRIL ASMAA’ AS ALUKA AN TASKHORO LIL HAADZIHIL ARWAAHA WA AN YA’TUUNIL FII NAUMI AU YAQHZHOTI. INNAKA ‘ALA KULLI SYAI’IN QODIIR YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH."
TATA CARANYA :
Cara mengamalkannya :
- Puasa 3 atau 7 hari dan amalkan setiap malam di tempat khusus yang tenang. Boleh di bilik sendiri, masjid / musholla/ surau.
- Sebelum membaca doa asma', lakukan sholat hajat/ tahajud.
- Selanjutnya baca Istighfar dan Sholawat masing-masing 100x.
TAWASSUL.
- Baca Tawasul al Fatihah pada Nabi. 1x.
- 4 Malaikat. 1x.
- Nabi Khidir as. 1x.
- Syeikh Abdul Qodir al Jailani ra. 1x.
- Pengijazah. 1x.
- Ibu Bapa. 1x.
- Diri sendiri. 1x.
Semoga bermanfaat.
DI IJAZAHKAN DARI :
Ustadz Arifin Maulana Syeikh Ainul Yakin.
Imam Masjid Babus Purwosari.
1.11.2006.
DI IJAZAHKAN OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts