~ Doa al-Latif Sayyidi Ahmad B. Idris [رضي الله عنه] ~
Abuya Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki [رحمه الله] di dalam kitabnya "Abwabul Faraj" telah menukilkan kalam para Masyaikh Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah [رضوان الله عليهم أجمعين] berkenaan keistimewaan lafaz zikir dengan Ismullah Al-Latif, antara kata beliau:
"Guru kami, Syeikh Soleh Al-Ja'fari [غفر الله له ولي وليديه] berkata:
"Nama Allah Al-Latif adalah nama yang agung untuk mendapatkan kasih sayang, kemurahan dan rezeki yang melimpah daripada Allah. Kami telah membaca dalam kitab-kitab ulama' Al-Jazair bahawa barangsiapa menginginkan kebaikan hendaknya dia mengucapkan (يا لطيف) dengan menggunakan huruf (يا).
Dan apabila dia menginginkan terhindarnya segala bahaya maka hendaknya dia membaca (اللطيف) sahaja tanpa (يا).
Guruku Sayyidi Syeikh Muhammad Al-Syarif Al-Idrisi [رضي الله عنه] menggunakan Alif Lam [اللطيف]، ketika menolak pelbagai macam bahaya, dan kami saat itu sedang berzikir bersamanya."
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment