Trending

Friday, 2 March 2018

Setelah Lama Berdiam Diri Ini Luahan Hati Ude Kenapa Penceraian Ini Boleh Berlaku


KUALA LUMPUR: Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, mengakui, perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah tiada hati meneruskan hidup bersama isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.



Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama.
“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.
Sumber : http://mukabuku.press/2018/03/setelah-lama-berdiam-diri-ini-luahan-hati-ude-kenapa-penceraian-ini-boleh-berlaku/
“Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa.



“Saya kecewa dilemparkan tuduhan melulu netizen yang menganggap saya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Apa juga yang terjadi antara saya dan isteri pertama, itu masalah kami. Tidak perlu mengaitkan anak saya,” katanya.
Terdahulu, Ude dilaporkan bakal melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya selepas memfailkan permohonan itu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. Permohonan cerai dibuat pada 30 November tahun lalu.
“Saya masih belum melafazkan talak terhadap Intan Liana. Ketika ini, kami dalam proses perbincangan mengenai nafkah dan hak penjagaan anak.
“Saya terkejut apabila dikatakan sudah melafazkan cerai terhadap isteri pertama, sedangkan ia baru sebutan kes,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Sumber: berita harian online

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts