Kita sememangnya sudah lali dengan kes yang berkaitan tentang mencuri kereta atau motor. Kes seperti ini sudah dianggap biasa dan tidak nampak tanda-tanda untuk berhentinya kes ini. Malah pencuri sekarang makin berani mencuri kenderaan di tempat terbuka. Kannn! Namun ada yang lebih berani, kerana baru-baru ini tularnya tentang seorang lelaki yang cuba untuk mencuri kereta milik Sultan Johor. Wah wah berani sangat dah ni!
Menurut Metro, seorang lelaki telah berjaya diberkas selepas menceroboh Istana Bukti Serene, Johor Bharu, apabila dipercayai cuba untuk melarikan kereta Ferrari milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. Difahamkan kejadian ini berlaku pada hari Khamis yang lepas jam 12.30 tengah hari.
Suspek yang berusia 31 tahun itu berasal dari Gelang Patah, Johor, dikesan telah menceroboh masuk ke kawasan istana tersebut melalui pintu pagar East Lodge, Jalan Strait Views.
Sewaktu kejadian, terdapat seorang anggota Timbalan Setia Negara Johor (JMP) sedang mengawasi pintu pagar berkenaan, namun suspek yang memandu Proton Waja tidak berhenti dan terus melulu masuk ke dalam istana. Dipercayai bahawa suspek itu turut memiliki beberapa rekod jenayah termasuklah kes dadah.
Selepas berjaya masuk ke dalam istana, suspek terus menuju ke garaj kereta istana itu. Semasa berada di garaj, salah seorang kakitangan istana yang turut berada di situ terlihat kelibat suspek dalam keadaan yang mencurigakan, cuba untuk masuk ke dalam Ferrari warna biru sebelum segera menarik kunci kereta berkenaan.
Suspek kemudiannya berjalan ke keretanya sebelum melarikan diri dengan memecut melalui laluan yang sama. Susulan itu, pihak polis yang menerima maklumat kejadian melakukan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada di kawasan tersebut.
Hasilnya, suspek berjaya diberkas beberapa jam selepas itu. Dipercayai suspek ketika itu positif dadah jenis methapitamine selepas melakukan saringan ujian kencing. Kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalid Khader Mohd,
Walau bagaimanapun, belia enggan mengulas lanjut mengenai motif sebenar suspek.
Ish ish.. Makin berani orang sekarang.. Untuk korang yang ada apa-apa jenis kenderaan sekali pun, hati-hatilah ye!
No comments:
Post a Comment