Trending

Saturday, 10 March 2018

LAMBORGHINI DI DALAM PERTANIAN


LAMBORGHINI DI DALAM PERTANIAN
Ketika lawatan di Pusat Latihan Pertanian Lekir, Perak baru-baru ini kelihatan kelibat sebuah jentera pertanian yang amat menawan. Emblem Lamborghini megah tersemat di bahagian hadapan enjin traktor yang baru bergerak memulakan operasi.
Peluang mengabadikan rekaan unik ini tidak disiakan. Terjun dari Pajero, kejar traktor dan ambil foto sebagai kenangan.
Biasanya apabila disebut Lamborghini akan terbayang sebuah supercar ikonik. Cantik dari segi rekabentuk dan laju memecut.
Sejarah Lamborgini menarik.
Lamborghini Trattori memulakan perniagaan membuat jentera pertanian dari bahan-bahan lebihan jentera tentera ketika perang dunia ke-2. Perniagaan membuat traktor bertambah maju dan berjaya.
Pada masa yang sama beliau memliliki beberapa kereta sport termasuk Ferrari 250 GT. Namun beliau tidak berpuas hati dengan 'performance' Ferrari tersebut. Beliau hubungi tuan punya Ferrari. Enzo Ferrari mencabar Lamborghini.
Jika bukan kerana cabaran, maka pada hari ini berkemungkinan bear kita hanya akan melihat emblem Lamborghini di traktor pertanian sahaja. Cabaran membuat seseorang lebih kreatif dan tinggi inovasi.
Unik dan menarik traktor milik PLP Lekir ini. Masih utuh dan mampu beroperasi. Berapa agaknya harga lelong traktor ini selepas dilupuskan nanti?

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts