Kawan sekolah menengah ku dulu namanya Amani (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru sekolah rendah mengajar di bandar K, Selangor dan berstatus janda anak dua.
Kisahnya bermula apabila saya memperkenalkan dia kepada abang ipar yang merupakan seorang duda anak dua.
Pada mulanya, Amani menolak abang ipar disebabkan belum sedia untuk hubungan serious dan masih trauma dengan kisah rumahtangga sebelumnya.
Namun selepas dua bulan, Amani menyatakan bahawa hatinya telah terbuka menerima abang ipar kerana sikap abang yang matang dan budiman.
Abang ipar mewakilkan kedua ibubapa aku merisik Amani kerana dia telah yatim piatu, manakala rumah orang tua Amani terletak tidak jauh dari rumah keluargaku.
Suami meminta akaun Facebook dan nombor telefon Amani, aku fikir itu untuk hubungan perkenalan biasa dengan bakal kakak iparnya.
Sejurus sebelum hari merisik, Amani tiba-tiba buat hal dan tidak mahu majlis merisik diteruskan. Namun abang ipar bertegas untuk meneruskan rancangan asal.
Sebentuk cincin dibawa untuk merisik. Pada hari kejadan, banyak kali call Amani namun tidak berjawab.
Sepatutnyanya pada hari tersebut Amani akan sampai ke rumah orang tuanya, namun batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Hajat abang ipar disampaikan kepada orang tua Amani dan cincin ditinggal kepada keluarganya.
Aku pula jalani kehidupan harian seperti biasa, namun. pada suatu hari aku terlihat secara tidak sengaja log call nombor yang sama berulang kali dan tesenarai dalam favorite number hp suami.
Dari situ aku mula menyelidik dan hasilnya sangat tidak ku sangka. Ku sangka kambing tapi rupanya babi hutan yang menganggu kebun ku.
Rupanya suami ku sedang angau bercinta dengan perempuan bernama Amani tu, kawan ku sendiri yang ingin dijodohkan dengan abang ipar. Patutlah suami berlagak sangat manja dengan ku kebelakangan ini. Rupa-rupa ada sesuatu.
Perasaan sedih, kecewa, pilu dan sumpah makian semuanya tersembur keluar dari mulut ku. Sanggup kawan yang ku anggap baik lagi muslimah mengoda suami ku.
Setiap hari suami ku akan dibekalkan dengan gambar-gambar menghairahkan separuh bog3l, sebelum dia pergi bertugas di sekolah. Tiada maruah dan jijiknya aku melihat tindakan Amani yang sangat terdesak mengoda lelaki dengan kata-kata manja dan gambar luc4hnya.
Lebih teruk dari pel4cur, kerana pel4cur terang-terangan berlagak pel4cur tapi dia pada pandangan umum adalah ibu, guru dan wanita muslimah baik bertutup litup berstokin bagai. Tidak mustahil mereka telah melakukan s3ks bersama, melihat kepada bait-bait kiasan message mereka.
Mungkin semua lelaki yang ingin bersamanya dilayan begitu dan bagiku dia sangat berani memberikan gambar-gambar luc4h diri sendiri kepada lelaki. Kesian orang tua Amani, beriya memuji dan memberitahu kami bahawa Amani itu anak mereka yang paling bagus, baik dan tidak banyak buat masalah.
Dari message-message mereka dapat ku agak mereka sehati ingin hidup bersama dan sama-sama berpakat untuk menipu aku, jika aku mengsyaki mereka.
Suami pun menyatakan rasa menyayangi Amani dan sanggup menjaganya dan anak-anak. Tergamaknya suami ku yang hari-hari mencium ku dan mengucapkan ‘I love you’ pada ku, rupa-rupanya merancang hidup bersama perempuan lain dibelakang ku.
Jika mereka ingin hidup bersama maka biarlah aku undur diri. Semua gambar-gambar dan bukti aku simpan untuk ke makamah. Ketika cerita ini ditulis, abang ipar masih belum tahu tentang kisah adik kandungannya ini dengan tunang tak jadinya tu.
No comments:
Post a Comment