Pada tanggal 22 Februari 2018 yang lalu, pertandingan ratu cantik Miss Indonesia 2018 telah diadakan di sebuah lokasi di Jakarta. Seperti yang diketahui ramai, pertandingan sebegini selalunya disertai oleh wanita-wanita cantik dan bijak dari seluruh negara.Menurut Tribunnews, seorang wanita dikenali sebagai Raudha Kasmir telah menarik perhatian ramai kerana menyertai pertandingan ratu cantik walaupun memakai tudung. Menjadi satu-satunya peserta berhijab dalam Miss Indonesia, Raudha tidak memenangi pertandingan tersebut tapi menjadi tumpuan ramai gara-gara penampilannya.
Berjaya menang kategori catwalk, gadis berusia 21 tahun ini tersenarai sebagai finalis Top 5 mewakili Acheh. Walau bagaimanapun, Raudha kalah kepada Alya Nurshabina mewakili Jawa Barat yang menjuarai pertandingan Miss Indonesia 2018 tersebut. Bukan sahaja cantik, Raudha juga merupakan seorang wanita yang bijak.
Lahir pada 19 September 1997, gadis cantik ini merupakan lulusan Fakulti Kedoktoran Umum dari Universitas Yarsi dan bakal bergelar doktor tak lama lagi.Sewaktu bertanding, Raudha mengenakan gaun petang yang nampak sangat cantik dan cantik sambil memakai hijab dengan rona warna yang sama.
No comments:
Post a Comment