Trending

Saturday 10 March 2018

LEGASI ILMU DIABADIKAN


LEGASI ILMU DIABADIKAN
Usia yang sudah mencapai separuh abad ini, masa yang berbaki dirasakan perlu mengabadikan diri mengumpulkan segala mutiara kehidupan menjadi legasi peninggalan kepada generasi mendatang.
Hirup pikuk dan sepak terajang berkhidmat di Jabatan Kerajaan selama hampir 26 tahun sudah lali dan sebati. Sahabat datang dan sahabat berlalu pergi. Ada yang tidak kembali lagi.
Kita yang tinggal menghitung sisa hari ini biarlah pergi seperti harimau meningalkan belang. Meninggalkan bakti dan diingati.
Kembara kehidupan seterusnya perlu fokus. Jika alpa dan ralit dengan halwa kehidupan, ditambah pelbagai cobaan dan gangguan disepanjang perjalanan, akan tergelincir dan terkeluar dari landasan.
Alhamdulillah. Nukilan bersiri KELULUT.O.LOGI yang mewarnai muka buku bakal diterbitkan secara digital sebagai iBook. Mengikut perencanaannya dua minggu lagi akan muncul sebagai bahan bacaan interaktif.
KELULUT.O.LOGI versi iBook hasil inisiatif dan tunjuk ajar rakan-rakan dari Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT. Terimakasih.
Konsep KELULUTOLOGI versi iBook mengikuti dan selari dengan konsep Univesiti 4.0 serta Revolusi Industri 4.0. Ilmu tanpa batasan dan sempadan.
Nanti kemunculan buku interaktif KELULUTOLOGI nanti. Buku cetakan (hard copy version) akan juga menyusul sedikit masa lagi.
(Draf Rekabentuk Muka hadapan KELULUTOLOGI versi iBook hasil nukilan anakanda Syazli Adam)

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts