Trending

Saturday, 3 March 2018

Saya benar-benar sangat menyesal Neelofa


SELEPAS dua hari berdiam diri, pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, akhirnya tampil memohon maaf menerusi akaun Twitter peribadinya, lewat malam tadi.
Menerusi tiga posting pada jam 11 malam itu, pengacara MeleTop itu memohon maaf kerana menyebabkan tekanan dan sentimen negatif kerana memilih tempat tersebut.
“Setelah memahami dan merefleksikan apa yang telah berlaku selepas pelancaran NH (Naelofar Hijab) pada 26 Februari lalu, saya ingin memohon maaf kerana menyebabkan tekanan dan sentimen negatif terhadap pemilihan tempat tersebut,” tulisnya pada entry pertama.
Tidak mahu lagi memandang ke belakang, Neelofa berkata, pihaknya akan terus memastikan pemakaian hijab berpotensi untuk maju ke hadapan.
Bahkan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mengambil tanggungjawab selepas semuanya yang berlaku.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan yang dibuat dan saya juga belajar daripada kesilapan.
“Saya jauh daripada sempurna dan saya menghormati pendapat dan maklum balas anda.
“Saya benar-benar sangat menyesal dengan apa yang berlaku,” ujarnya.
Neelofa juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang tetap memberi sokongan dan memahami keadaannya kini.
“Kami akan memberikan perhatian yang lebih besar pada masa akan datang untuk memastikan kami melindungi imej hijab,” tulisnya lagi.
Rata-rata netizen menyambut baik permohonan maaf yang dibuat Neelofa dan menyifatkan ini ruang yang baik buatnya untuk belajar daripada kesilapan.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts