KISAH KEWALIAN SYEKH MAGELUNG SAKTI.
ILMU TERAWANGAN.
ILMU TERAWANGAN.
Assalam.....sahabat-sahabat yg aku hormati semuanya. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dgn mencari ridho Allah swt. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insya Allah....
Ketika aku di pondok persantren, aku suka membaca kitab-kitab kuning, terutama tentang kisah waliyullah-waliyullah di Nusantara. Kadang-kadang kawan-kawan santri(pelajar) mengajak aku berjalan-jalan ke bandar atau ke rumah mereka yg berdekatan dgn pondok. Tetapi selalunya aku menolak, aku lebih suka mentela'ah kitab-kitab yg ada di pondok. Aku tertarik dengan kisah kewalian Syeikh Magelung Sakti ini.
Macam manakah kisahnya... Ok, mari sahabat-sahabat ikut aku jika mahu mengetahui ceritanya....
Syekh Magelung Sakti alias Syarif Syam alias Pangeran Soka alias Pangeran Karangkendal. Konon Syekh Magelung Sakti berasal dari negeri Syam (Syria), hingga kemudian dikenal sebagai Syarif Syam. Namun, ada pula yang berpendapat bahwa ia berasal dari negeri Yaman. Syarif Syam memiliki rambut yang sangat panjang, rambutnya sendiri panjangnya hingga menyentuh tanah, oleh karenanya ia lebih sering mengikat rambutnya (gelung). Sehingga kemudian ia lebih dikenali sebagai Syekh Magelung (Syekh dengan rambut yang tergelung).
Mengapa ia memiliki rambut yang sangat panjang ialah kerana rambutnya tidak dapat dipotong dengan apapun dan oleh siapapun. Kerananya, kemudian ia berkelana dari satu tempat ke tempat yg lain untuk mencari sesiapa yang sanggup untuk memotong rambut panjangnya itu. Jika ia berhasil menemukannya, orang tersebut akan diangkat sebagai gurunya. Hingga akhirnya ia tiba di Tanah Jawa, tepatnya di Cirebon.
Ariffin Syam adalah putra dari kepala bahgian pembesar istana dibawah kekuasaan Raja Hut Mesir, beliau sejak bayi telah ditinggalkan oleh ayah bondanya pulang kehadirat Allah swt dan akhirnya dibesarkan oleh seorang muslim yg taat, disalah satu kota terpencil bahgian negara Syam.
Nama Arifin Syam sendiri diambil dari kota dimana beliau dibesarkan kala itu, iaitu Negara Syam. Dalam katogari manusia seusianya, Arifin Syam dikenal sangat pendiam namun pintar dalam segi bahasa bahkan kerana pintarnya beliau sudah terkenal sejak usia 7 tahun dgn panggilan sufistik kecil dikalangan guru dan pendidik lainnya. Kerana kepintaran inilah beliau banyak diperebutkan di kalangan guru besar diseluruh negara bahgian Timur Tengah dan sejak usia 11 tahun beliau telah menempatkan posisinya sebagai pengajar termuda diberbagai tempat yg ternama, seperti Madinah, Mekkah, Istana Raja Mesir, Masjidil Aqsa Palestine dan berbagai tempat ternama lainnya.
Namun dalam kepribadiannya, beliau banyak dihujat oleh ulama fuqoha, dikeranakan rambutnya yg semakin hari semakin memanjang tidak terurus, sehingga dalam pandangan para ahlul fiqoha, Arifin Syam terkesan bukan sebagai seorang pelajar religius yg mengedepankan makna tatakrama seorang sufistik agung.
Hal semacam ini bukan kerana Arifin Syam tidak mahu mencukur/memotong rambutnya yg lambat laun sampai ke tanah. Namun beliau sendiri sudah ratusan kali beriktiar ke belahan dunia untuk mencari orang sakti yg benar-benar mampu memotong rambutnya. Sebabnya sejak dilahirkan ke alam dunia, rambut Arifin Syam tidak boleh dipotong oleh semua jenis benda tajam mahupun alat lainnya dan ini berlanjut hingga beliau berusia 40 tahun.
Di usia 30 tahun beliau diambil oleh Istana Mesir dan menjadi panglima perang dalam mengalahkan pasukan Romawi dan Tartar dan dari sinilah nama beliau mulai masyhur dikalangan masyarakat luas sebagai panglima perang tersakti diantara panglima perang sebelumnya. Sebab keumuman seorang panglima kala itu bisa dilihat dari strategi perangnya dan juga kelihaiannya dalam memainkan pedang, panah mahupun tombak dikancah peperangan. Namun lain dengan Arifin Syam, yg kini sudah bergelar dengan nama Panglima Mohammad Syam Magelung Sakti. Beliau acap kali tidak membawa pedang mahupun tombak dalam memimpin pasukannya. Namun beliau selalu menebaskan rambutnya yg seperti kawat baja disetiap menghadapi ribuan pasukan musuh sehingga dengan kesaktian rambutnya pula membuat pasukan musuh pontang panting.
Kisah kesaktian rambutnya mulai masyhur di usia 32 tahun dan pada usian 34 tahun beliau bertemu secara yakodho/zahir dengan Nabiyullah Khidir as yg mengharuskan beliau mencari guru mursyid sebagai pembimbingnya menuju Maqom Kewalian Kamil. Kisah pertemuan dengan Nabiyullah Khidir as membuat beliau meninggalkan Istana Raja Mesir yg kala itu sangat memerlukan tenaganya, bahkan bukan hanya itu saja beliau pun kerap dinantikan oleh seluruh muridnya dalam pengenalannya (Waliyullah).
Dengan berbekalan makanan dan ratusan kitab-kitab yg dibawanya, Muhammad Syam Magelung Sakti mulai mengarungi belahan dunia dengan membawa perahu jukung(perahu kecil) seorang diri. Beliau mulai mendatangi beberapa ulama terkenal dan singgah untuk mengangkatnya menjadikan muridnya, diantara yg disinggahi beliau antara lain ;
Syeikh Dzatul Ulum Libanon,
Syeikh Attijani Yaman bahgian Selatan,
Syeikh Qowi bin Subhan bin Arsy Bairut,
Syeikh AssamarQondi bin Zubair bin Hasan India,
Syeikh Muawwiyah As-Salam Melaka,
Syeikh Mahmud Jerussalem,
Syeikh Zakariyyah bin Salam bin Zaab Tunisia,
Syeikh Marwan bin Sofyan Siddrul Muta'allim Campa(Kombodia)
dan masih banyak lagi yg lainnya.
Syeikh Dzatul Ulum Libanon,
Syeikh Attijani Yaman bahgian Selatan,
Syeikh Qowi bin Subhan bin Arsy Bairut,
Syeikh AssamarQondi bin Zubair bin Hasan India,
Syeikh Muawwiyah As-Salam Melaka,
Syeikh Mahmud Jerussalem,
Syeikh Zakariyyah bin Salam bin Zaab Tunisia,
Syeikh Marwan bin Sofyan Siddrul Muta'allim Campa(Kombodia)
dan masih banyak lagi yg lainnya.
Namun walau begitu banyaknya para Waliyullah yg beliau datangi, tidak satu pun dari mereka yg menerimanya, mereka malah berbalik berkata.
" Sesungguhnya akulah yg meminta agar menjadi muridmu wahai sang Waliyullah."
Dengan kekecewaan yg mendalam, Mohammad Syam Magelung Sakti mulai meninggalkan mereka untuk terus mencari Mursyid yg diinginkannya sehingga pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang pertapa sakti bangsa Sanghiyang(ghaib) bernama Resi Purba Sanghiyang Dursasana Prabu Kala Sengkala di perbatasan sungai Selat Melaka.
" Datanglah wahai kisanak di pulau Jawa, sesungguhnya disana telah hadir seorang pembawa kebajikan bagi seluruh Waliyullah, benamkan hati dan fikiranmu ditelapak kakinya. Sesungguhnya beliau mengungguli dari semua Waliyullah yg ada."
Dengan perkataan sang Resi sebentar tadi, Mohammad Syam sangat senang mendengarnya dan setelah pamit(minta izin), beliau pun langsung meneruskan perjalanannya menuju pulau Jawa.
Mungkin sahabat-sahabat semua merasa heran dan bingung dengan perkataan Resi tadi yg menyatakan ; " Benamkan hati dan fikiranmu ditelapak kakinya ", seolah perkataan ini terlalu melampau di ucapkan pada seorang yg mempunyai derajat Waliyullah. Sebelum meneruskan cerita selanjutnya, ada baiknya aku jelaskan terlebih dahulu kata bahasa tadi agar tidak salah tafsir nantinya....
Dalam pemahaman ilmu Tauhid, bahawasanya tingkat ke Walian di bagi menjadi beberapa bahgian dan tingkat tertinggi iaitu disini adalah Maqom Quthbul Mutlak, yg di teruskan dengan Maqom :
Maqom Atmaniyyah.
Arba'atul 'Amadu.
Muqoyyad.
Autad.
Nuqiba.
Nujaba "Abdal.
Nasrullah.
Rijalullah dan lain2 sebagainya.
Maqom Atmaniyyah.
Arba'atul 'Amadu.
Muqoyyad.
Autad.
Nuqiba.
Nujaba "Abdal.
Nasrullah.
Rijalullah dan lain2 sebagainya.
Diantara Wali yg ada, semua Waliyullah derajatnya dibawah telapak Quthbul Muthlak sendiri derajatnya sebagai penerus Rasulullah saw, iaitu dibawah ketiak atau pundaknya Nabiyullah Muhammad saw(Maqom Qurbah). Jadi walau Mohammad Syam Magelung Sakti pada waktu itu derajatnya sudah mencapai Waliyullah Kamil, namun dalam hal Maqom, beliau belum ada apa-apanya jika dibanding dengan Maqom Quthbul Muthlak yg baru aku beberkan tadi. Aku lanjutkan ke cerita semula.....
Setelah Mohammad Syam sampai dilaut pulau Jawa, beliau akhirnya singgah disalah satu pendesaan sambil tiada hentinya bertafakur memohon petunjuk kepada Allah swt, agar untuk cepat ditemukan dengan Mursyid yg dicarinya. Tepat pada malam Jumaat Kliwon, ditengah heningnya malam yg sunyi tiba-tiba beliau dikejutkan oleh suara uluk salam dari seseorang :
" Assalamu'alaikum Ya Akhi min Ahli Wilayah."
Lalu beliau pun dengan gugup menjawabnya :
" Wa'alaikumsalam Ya Nabiyullah Khidir as yg telah membawaku ke pintu Rahmatallil'alamiin."
Lima tahun sudah Ananda mencari riddhoku dan kini ananda telah mencapainya, datanglah ke kota Cirebon dan temuilah Syarif Hidayatullah(Sunan Gunung Jati). Sesungguhnya dialah yg mempunyai derajat sebagai Maqom Quthbul Muthlak. Terang Nabiyullah Khidir as, lalu menghilang dari pandangannya. Dengan semangat yg mengebu-gebu beliau langsung mengayuh jukungnya menuju kota Cirebon yg dimaksud. Sedangkan ditempat lain Syarif Hidayatullah@Sunan Gunung Jati yg sudah mengetahui kedatangan Mohammad Syam Magelung Sakti lewat Maqomnya saat itu beliau langsung mengutus pakciknya sekaligus mentuanya Mbah Kuwu Cakra Buana untuk menjemputnya di pelabuhan laut Cirebon.
Sesampainya ditempat dimana Sunan Gunung Jati memerintahkannya. Mbah Kuwu tidak langsung menghadapkannya kepada Kajeng Sunan, melainkan mengujinya terlebih dahulu. Hal semacam ini bagi pemahaman ilmu tauhid disebut "Tahkikul 'Ubudiyyah Fissifatir Robbaniah" untuk meyakinkan seorang Waliyullah pada tingkat ke Walian diantara hak dan Nur Robbani yg dipegangnya.
Setelah Mohammad Syam sudah berada dihadapan Mbah Kuwu Cakra Buana, beliau langsung uluk salam menyapanya.
" Wahai kisanak, tahukah anda dimana saya boleh bertemu dengan Sunan Gunung Jati....?"
Namun yg ditanya tidak mengindahkan pertanyaannya dan balik bertanya.....
" Sudahkah kisanak sholat dzuhur, setelah menempuh perjalanan yg cukup jauh ?" terang Mbah Kuwu.
Ditanya seperti itu Mohammad Syam langsung mengangguk mengiyakan bahawa dirinya belum melaksanakan sholat dzuhur, lalu Mbah Kuwu mengambil satu bumbung kecil yg terbuat dari bambu :
" Masuklah dan sholat berjamaah denganku."
Sambil terheran-heran Mohammad Syam mengikuti langkah manusia aneh dihadapannya yg tak lain adalah Mbah Kuwu Cakra Buana, masuk kedalam bumbung bambu yg ternyata dalamnya sangat luas dan bertengger Musholla besar yg sangat anggun dan indah. Setelah usai sholat Mbah Kuwu mengajaknya menuju kota Cirebon, namun sebelum sampai ketempat tujuan atas hawatif yg diterimanya dari Sunan Gunung Jati, Mbah Kuwu memotong rambutnya dan langsung menghilang dari hadapan Mohammad Syam Magelung Sakti. Mengetahui rambutnya telah terpotong, beliau langsung berkeyakinan bahawa tiada lain manusia tadi(Mbah Kuwu) adalah Sunan Gunung Jati yg dimaksudkan. Lalu beliau pun memanggilnya dan mencarinya tiada henti hingga keseluruh pelosok desa.
Kisah terpotongnya rambut Mohammad Syam yg kini terkenal dengan sebutan Syeikh Magelung Sakti kini masih dilestarikan dan menjadi nama desa hingga kini iaitu di Desa Karang Getas sebelah selatan Pejabat Walikota Cirebon dan tahukah sahabat-sahabat, berapa meter panjang rambut Syeikh Magelung Sakti, sesungguhnya...?
Iaitu 340 meter, atau sepanjang jalan Karang Getas antara perbatasan desa Pagongan hingga lampu merah pasar Kanoman jika sahabat-sahabat pernah pergi ke sana. Panjangnya rambut Syeikh Magelung Sakti ini sudah dapat restu dari beberapa ulama khosois seperti Syeikh Auliya Nur Ali, Syeikh Kamil Ahmad Trusmi, Syeikh Ahmad Sindang Laut, Syeikh Asnawi bin Subki Gedongan.
Dengan rasa bersemangat Mohammad Syam terus mencari-cari keberadaan Sunan Gunung Jati yg dianggapnya telah memotong rambutnya. Beliau terus berlari sambil memanggil nama Sunan Gunung Jati terus menerus. Pada suatu tempat tanpa disadari olehnya, beliau masuk ke dalam kerumunan orang banyak yg tak lain sedang dibuka perlumbaan memperebutkan puteri cantik dan sakti iaitu Nyimas Gandasari Panguragan. Merasa dirinya sudah memasuki gelanggang arena, wanita cantik yg tak lain adalah Nyimas Gandasari langsung menyerangnya...
Merasa dirinya diserang secara mendadak, Mohammad Syam langsung mengelak dan menjauhinya, namun bagaimana dengan Nyimas Gandasari sediri yg kala itu sedang diperebutkan diperebutkan para jawara(pendekar) dari berbagai pelosok daerah, beliau sangat tersinggung dengan pemuda yg menghindar serangannya tadi. Maka dengan serangan berapi-api Nyimas Gandasari langsung melipat gandakan tenaganya untuk mengalahkan pemuda pesaing yg kini sedang dihadapinya.
Dengan perasaan yg mendongol, Mohammad Syam akhirnya memutuskan untuk melayaninya dengan bersungguh hati hingga ditengah perlawanan Nyimas Gandasari sangat kewalahan(kepenatan). Merasa kesaktiannya kalah dibawah pemuda asing yg kini sedang dihadapinya, maka dengan sekali loncatan Nyimas Gandasari berucap ;
" Ya Kajeng Susuhan Sunan Gunung Jati, Ya jabarutihi ila sulthonil alam, Kun Fayakun Lailaha Illallah Muhammad Rasulullah."
Lalu beliau langsung terbang ke awangawangan dengan maksud agar pemuda tadi tidak dapat mengejarnya. Lain dengan jalan fikiran Mohammad Syam waktu itu, setelah beliau mendengar nama Sunan Gunung Jati disebutnya, beliau bertambah berambisi untuk mencari tahu, maka disusulnya Nyimas Gandasari sehingga sampai tangan kanannya tertangkap.
Merasa dirinya panik, Nyimas Gandasari langsung melepaskan tangan Mohammad Syam sambil tubuhnya menukik tajam kebawah. Pada saat yg bersamaan Sunan Gunung Jati yg sedang tafakur disungai Kali Jaga, kedatangan Nyimas Gandasari yg wajahnya terlihat pucat pasi dan sambil menunding kearah depan. Nyimas Gandasari, memohon kepada gurunya agar pemuda yg mengejarnya tidak melihat dirinya. Lalu dengan mengecikkan dan menyelitkan tubuhnya dibawah lipatan kakinya, Kajeng Sunan Gunung Jati berkata pada pemuda yg baru sampai dihadapannya :
" Wahai kisanak, anda mencari siapa ditempat yg sepi seperti ini....?" lalu Mohammad Syam pun menjawab.
" Kisanak mohon maaf sesungguhnya saya datang kemari mencari gadis untuk meminta bantuannya, dimana saya bisa menemui Sunan Gunung Jati....?"
Dengan tersenyum akhirnya Sunan Gunung Jati melepaskan wujud kecil Nyimas Gandasari ke wujud semula dan meminta berterus terang dengan apa yg pernah di ikrarkan sebelumnya, iaitu wajib mematuhi janjinya untuk menikah dengan orang yg mengalahkan kesaktiannya.
Dengan perjalanan ini akhirnya Mohammad Syam berganti nama dengan sebutan Pangeran Soka dan dipenghujung cerita antara Nyimas Gandasari dan Pangeran Soka akhirnya berikrar untuk meneruskan perjalanan hidupnya menuju tauhid yg lebih matang hingga mereka berdua muafakat menjalankan nikah bisirri tanpa hubungan badan selayaknya suami isteri, namun akan bersatu dengan nikah hakikiyah dialam surga kelak dengan disaksikan langsung oleh Sunan Gunung Jati Min Quthbil Muthlak ila Jami'il Waliyullah.
SEKIAN DAHULU....
ILMU TERAWANGAN.
" YA ALLAH YA LATHIF YA KHOBIR."
Asmaul Husna ini di buat zikir sehari 4000x, selama satu bulan. Bulan berikutnya semampu. Insyaallah akan ada manfaat yang tidak kecil untuk membuat segala yang tersembunyi menjadi terbuka rahasianya.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan :
" Allah itu Lathif, maksudnya mengetahui segala sesuatu secara detail. Dan Khobir, maksudnya mengetahui segala yang tersembunyi (samar). Hal ini menunjukkan luasnya ilmu Allah terhadap segala sesuatu."
Terawangan bagi ahli ilmu hikmah sangat penting dan fundamental. Sebab sebelum kita menunaikan berbagai macam hajat misalnya mengobati orang, menarik pusaka, mengenali medan perang ghoib, mengambil pulung dll kita perlu alat teropong yang canggih. Alat teropong itu adalah
ILMU TERAWANGAN.
ILMU TERAWANGAN.
Terawangan itu tidak hanya membuka indera keenam (cakra ajna) yang berhubungan untuk merasakan hal-hal ghaib yang ada di sekitar kita, akan tetapi juga menjangkau apa yang akan terjadi dan sebelum terjadi(prediksi). Cara kita sebagaimana yang diajarkan secara Islami adalah menggunakan teknik wirid yang didawamkan berulang-ulang sekaligus dilatih berulang-ulang.
Semoga ilmu ini bermanfaat bagi yang mengamalkannya. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin..
Seperti biasa ambil sisi positif dari cerita ini. Yg negatif jangan diambil. Kekuatan yg tak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yg tak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI dengan merendahkan diri memohon maaf....
TERIMA KASIH.....
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


083820002314 indonesia
ReplyDelete