Trending

Sunday 17 November 2019

PERBEZAAN DIANTARA DOLOMITE DAN ZEOLITE


PERBEZAAN DIANTARA DOLOMITE DAN ZEOLITE
.
.
Dolomite
Satu alternative yang lebih murah bagi menggantikan zeolite ialah kapur pertanian. Nama lain bagi kapur pertanian ialah Ground Magnesium Lime (GML) dan jenis kapur GML terbaik ialah dolomite. Dolomite merujuk kepada batu mineral yang mengandungi unsur magnesium (dalam bentuk MgO) yakni kehadirannya melebihi 18%. Dolomite juga kaya dengan unsur Kalsium (Ca).
Kegunaan dolomite dalam pertanian:
• Berfungsi sebagai soil conditioner atau perawat tanah untuk memperbaiki pH tanah yang berasid kembali optimum. Kandungan Mg, Ca, dan silikanya memperbaiki struktur tanah serta mengimbangi pH. Ia merupakan ubat terbaik dan paling ekonomi untuk merawat tanah berasid yang sudah mula mengeras, berketul-ketul dan tidak subur lagi.
• Membekalkan zat untuk pertumbuhan tanaman & mempertingkatkan produktiviti tanaman
• Sesuai digunakan dalam industri akuakultur. Dolomite berfungsi membersihkan tangki / kolam dari sisa kimia.
.
.
Zeolite
Zeolite merupakan kumpulan galian yang unik yang terasil daripada proses Endapan berjuta-juta tahun dahulu hasil daripada proses letusan gunung berapi. Di antara kandungan yang terdapat dalam di dalam Zeolite ialah seperti Kalsium (Ca), Magnesium (Mg), Potassium (P) dan ia juga mempunyai kandungan sodium yang amat rendah.
Kegunaan zeolite dalam pertanian:
• Menyerap kandungan nutrient dalam tanah dan mengagihkan kepada tumbuhan.
• Mencegah kehilangan nutrient.
• Meningkatkan kadar pertumbuhan.
• Meningkatkan daya tahan penyakit tanaman
.
.
Jika tanya saya, saya lebih mesra menggunakan Zeolite kerana kesannya lebih efektif. Lagi2 kita tabur baja yg jenis slow release, lalu zeolite berfungsi sebagai piring yang memegang baja sebagai nutrien dalam tanah. Apapun kombinasi keduanya adalah lebih baik.
zeolite + dolomite = TE (tinggi)
APA itu TE (kandungan mineral yg tinggi)
.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts