Trending

Sunday 17 November 2019

KULAT AKAR PUTIH PEMUSNAH TANAMAN


KULAT AKAR PUTIH PEMUSNAH TANAMAN!
.
.
Bukanlah satu perkara yg mudah tanam durian ini, masa, duit, tenaga sudah tentu menjadi pengorbanan demi hasil buah berduri ini. Sangkaan kita dahulunya silap jika amalan 3T (tanam, tinggal, tuai) boleh memberi hasil semudah ABC. Tapi rupa rupanya baru hari ni kita faham knp harga durian melambung. Berbeza dngn durian penanti @ tanam biji, bolehlah amalkan 3T untuk hasil semudah itu, cuma bersabarlah untuk tempoh yang lama. Durian penanti, lagi2 durian hutan sangat kebal dari imunan penyakit..
Dalam banyak penyakit yang menyerang, sala satu penyakit yg paling berbisa utk saya kupaskan disini adalah "White Root Disease". Berapa ramai petani yg gulung tikar kerana penyakit ini. Saya mendapat maklum balas dari customer saya tentng penyakit ni. Yang bahayanya penyakit ini menyerang secra perlahan2 sampaikan kita sdri xdpt kesan dari awal. Lambat laung merawat, pasti kecundang!
Penyakit kulat akar putih ini disebabkan kulat "Rigidoporus Lignosus". Pokok yang diserang kelihatan kuning dan layu.
Pada bahagian akar pula terdapat bebenang putih .Tisu akan didapati reput.
Kulat ini datang secara senyap, tau2 pohon durian bantut, pucuk mati, daun kuning kerdil, kurus, terbantut. Tetapi tunas air tetap akan kluar (jgn tertipu ye !!). Jika terkena penyakit ini, jangan buang masa lagi untuk rawatan. Ganti sahaja dengan pokok lain tpi tidak boleh tanam dlm lubang yang sama. Bekas tanaman yang terkena hendaklah dilayurkan api di dalamnya. Kulat akar akan aktif balik dikawasan yang sama untuk tempoh akan dtng. sbbtu saya larang untuk anda tanam di bekas tanaman yg terkena "white root" ni.
Adapun jika anda telah mengesan lebih awal terhadap penyakit yg serius ni, anda boleh rawat dengan racun kulat bahan aktif #hexaconazole dan #Propiconazole.
Antara bahan dagangan yg mempunyai bahan aktif "hexaconazole" ialah:
1.) AGR PENTAZOLE 10EC
2.) HEXO
3.) HKC AVIL 10EC
4.) ANVIL (yg paling mahal)
.
.
Antara bahan dagangan yg mempunyai bahan aktif "Propiconazole" ialah:
1.) KENTIL
2.) Headway G
3.) Tilt
Saya syorkan untuk selang selikan kedua dua racun untuk lebiih efektif. Boleh juga guna racun fungicide bahan aktif tridemorph, triadimefon, atau triazole. InshaAllah.. semoga berjaya ☺️
.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts