Trending

Saturday, 9 November 2019

MANDI RUWATAN UNTUK AHLI BARU


..............." MANDI RUWATAN UNTUK AHLI BARU "...............
Assalam...Sahabat2 ahli Kampus Tok Badai yg dihormati semua. Segala Puji Syukur bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam. Salawat senantiasa dihatur kehadirat junjungan Nabi Muhammad saw.
PERHATIAN......!!
Semua ahli kampus di wajibkan mandi RUWATAN terlebih dahulu. Barulah melangkah ke tahap selanjutnya.
MANDI RUWATAN.
Apa saja ilmu tingkat tinggi, tentulah dgn kiat seperti ini akan membawa harapan besar dimana yg akan datang terutama bagi yg mengamalkannya. Dan sebagai ilmu yg di agungkan, tentulah tubuh kita haruslah bersih terlebih dahulu sebelum kita melangkah untuk mengamalkannya. Kerana semua itu bertujuan sebagai pembersih jiwa dari noda hitam yg menyelimuti tubuh kita, sebagai suatu ke alpaan salah dan dosa yg pernah kita buat. Dan sebagai pembersihannya iaitu, dgn mandi ruwatan sebagai berikut.
BAHANNYA.
1.) Minyak Cendana Atau Minyak Al Kausar. 3 gram.
2.) Bunga 3 jenis. Cari yg berbau wangi.
3.) Daun Bidara 7 helai dan limau nipis 3 biji. (Jika mahu)
4.) Garam bukit/kasar 3 butir.
5.) Bacalah Surah Al Ikhlas. 11x.
Di tiupkan pada minyak al Kausar atau Cendana tersebut.
6.) Siapkan satu baldi air yg di isi air penuh.
7.) Kemudian masukkan bunga 3 jenis, garam 3 butir, daun Bidara 7 helai, limau nipis 3 biji di potong 2 dan minyak Cendana@Al Kausar 3 gram kedalamnya, bila sudah tercampur baur, bacakan lagi surah Al Ikhlas 9x.
8.) Baca Asma Sungai Raja 111x. (jika untuk tingkat 1)
Lalu di tiupkan ke dalam air baldi tersebut.
9) Lalu di tutup dgn doa permohonan serta tujuan kita.
CARA2NYA :
Setelah semua siap, untuk melaksanakan mandi Ruwatan, tahan nafas setiap siraman gayung air ke badan sambil dalam hati membaca :
" YA FATTAH YA RAHMANU INDAL HISAB." (di baca setiap kali siraman air)
Bila badan kita sudah dibersihkan lewat mandi ruwatan, bila2 pun kita menginginkan untuk mengamal ilmu tingkat tinggi apa pun mudah masuk. Tetapi di atas tadi, untuk Ilmu Asma Sungai Raja, tingkat 1.
Jika untuk ilmu2 yg lain, sama juga caranya, cuma di tukar saja nama ilmu apa pun di baca 111x, Lalu di tiup ke dalam baldi yg berisi air tersebut. Bahan2nya tetap sama.
TERIMA KASIH.....
Di ijazahkan KHUSUS untuk ahli Kampus Tok Badai II saja.
DI IJAZAHKAN OLEH:
TOK PENJEJAK BADAI.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts