Trending

Sunday, 17 November 2019

BACK TO BASIC KAEDAH TUT


BACK TO BASIC - KAEDAH TUT
Tut adalah kaedah pembiakan yang kita gunakan untuk memperbanyakkan pokok yang sedia ada.
Contohnya saya ada sepokok jambu batu tanpa biji yang manis dan sedap. Untuk memperbanyakkan lagi pokok ini, saya akan gunakan kaedah tut. Anak pokok yang terhasil kelak akan menjadi seperti pokok induk.
Dalam contoh ini, saya menggunakan pokok mulberi kampung yang telah dicantumkan. Kaedah ini sesuai digunakan pada semua jenis pokok.
Untuk membuat tut, bahan yamg diperlukan seperti berikut:
1-pisau yang tajam
2-peatmoss atau tanah campur yg telah dilembapkan.
3-plastik pembalut
4-cable tie/tali/silotape
Kaedahnya:
1-kenal pasti dahan yang ingin di tut. buat kelaran keliling pada bahagian atas dan bawah. Kemudian belah di tengah dan keluarkan kulit. Kikis jika perlu.
2-sarungkan plastik dan ikat pada bahagian bawah dengan cable tie/tali.
3-masukkan medium dan kemudian ikat pada bahagian atas.
4-siap. Bergantung kepada jenis pokok, akar biasanya keluar seawal dua minggu. Ada yang perlu tunggu sampai 3 bulan.
Dalam contoh ini saya tidak menggunakan penggalak akar. Jika ada, boleh guna. Saya juga menggunakan aluminium foil untuk menutup keseluruhan bunjut tut untuk mempercepatkan pertumbuhan akar.








Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts