Trending

Sunday, 17 November 2019

KAEDAH CANTUMAN Baji


KAEDAH CANTUMAN - Baji
Hari ni kita ulangkaji sikit kaedah membuat cantuman. Ada pelbagai kaedah cantuman seperti baji, mata tunas, sisip dan lain-lain lagi. Posting kali ini hanya akan fokus untuk cantuman baji.
Contoh ini adalah cantuman white long mulberry ke penanti mulberi kampung.
Peralatan yang diperlukan:
1-pisau yang tajam
2-pokok penanti
3-scion yang baik/sihat
4-parafilm
5-plastik aiskrim
Kaedah:
1. Potong batang pada pokok penanti. Kemudian belah pada bahagian tengahnya.
2. Raut scion supaya membentuk huruf V.
3. Masukkan scion ke pokok penanti.
4. Pastikan kulit keduanya bersentuhan, dan balut dgn plastik parafilm
5. Bungkus/sungkup dgn plastik aiskrim untuk mengelakkan terkena air hujan.
TIPS
1-pastikan tangan anda bersih dan tidak terkena pada bahagian scion yang telah diraut
2-petanda teknik ini akan berhasil boleh dilihat seawal minggu ke dua. Jika masih hijau, insyaAllah menjadi.
Selamat mencuba dan moga berjaya!




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts