Trending

Saturday 9 November 2019

Macam mana nak tanam Ubi catasetum


Ada lagi ka peminat catasetum yg risau terlajak- lajak bila ubi lama catasetum tak naik akar baru gebu2 macam tauge tu ya🤣🤣🤣,
Tolong jangan buat lawak lagi naaaaaaa.Sebok benor dengan akar tak sudah-sudah

Ubi catasetum yg duk dalam bilik kurungan dah tumbuh anak,dah boleh masuk pasu.
Macam mana nak tanam??..abam tunjuk cara ringkas saja la ya👇👇
Langkah 1
👉 Pilih ubi yang dah keluar anak,sebaiknya yang dah nampak daun sikit dari raga kurungan tu..Apaaa tu raga kurungan??,tengok sini👇
Langkah 2
👉Isi arang dalam pasu,arang tak perlu ketuk atau pecahkan terlalu hancur untuk elak mendapan bahagian bawah nanti,pasu pulak pakai ja mana2 pasu yang hampa ada,takda hak berlubang tepi hak takda lubang pun takpa..Yang penting bahagian bawah mesti berlubang,.Takda lubang bawah tu nk bela ikan bukan nak tanam pokok.
Langkah 3
👉Letak pokok di dalam pasu,sebaiknya di bahagian tepi,tengok arah pergerakan anak pokok tu kemana,salah arah nanti langgaq tembok..Lagipun letak tepi mudah nk ikat bulb lama dengan dawai tu,tak ikat kalu ubi buat acara terjun 5m Somosop macam sukan olimpik..patah riuk anak hampa meroyan sat g😝.
Langkah 4
👉Letak sikit sabut atau moss di tepi anak pokok atau di pangkal ubi catasetum tu untuk bekalkan kelembapan,tak perlu banyak sangat nanti musim hujan pokok mudah reput.
Langkah 5.
👉Letak pokok catasetum di kawasan yang ada cahaya untuk tumbesaran yang baik,tapi elakkan direct sun,bukan apa letak direct sun selalunya umur tak panjang,rentung dan gollll.
PESANAN:
Tak payah tunggu ubi lama tumbuh akar sebab ubi lama TIDAK AKAN TUMBUH AKAR DAH,yang perlu tunggu adalah anak baru,anak baru tu yang akan berakar nanti dan ubi lama akan mereput dgn sendirinya selepas anak dah besar,tak payah BUAT TERUK SANGAT ya sebab ubi lama tak tumbuh akar🤣🤣.
PEMBAJAAN:
Masa anak pokok kecik laguni eloklah spray dgn baja daun+ subur+ pertumbuhan #Feltigreen untuk bagi anak cepat besar serta gemuk nanti,bila anak dah makin besar pokok dah stabil,akar dah banyak boleh start baja galak bunga #Flowerbooster_ABG untuk bagi dia galak,gatai dan gelenyarr nak berbunga.
MERACUN:
Tak banyak racun yang diperlukan selain racun kulat untuk elak pokok rosak,tetapi abam galakkan hampa guna Racun yg hapus Kulat dan bakteria sekaligus F&B clear(Fungi&Bacteria).Lebih baik sebab kulat dapat kontrol bakteria penyebab ubi Catasetum mereput pun dapat dicegah dan dihapuskan.
SEKIAN TERIMA KASIH...ehhh panjang pulak contiang hehehe,habih dakwat henpon sat g😝😝😝





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts