ZIKIR NAFAS SUNAN KALIJAGA.
Melalui Suluk Melebu Allah Metu Allah.
Masuknya Nafas Kerana Allah, Keluarnya Nafas Kerana Allah.
Melalui Suluk Melebu Allah Metu Allah.
Masuknya Nafas Kerana Allah, Keluarnya Nafas Kerana Allah.
Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat dan salam senantiasa dihatur kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Selain ilmu – Ilmu Kebatinan dan Ilmu Kejawen, ternyata ada banyak sekali gedung ilmu peninggalan dari Sunan Kalijaga. Semasa hidup beliau banyak meninggalkan amalan dan zikir yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk mencapai kesejahteraan dan kemuliaan hidup. Zikir peninggalan Sunan Kalijaga ini akan aku kongsikan pada sahabat beserta tata cara mengamalkannya dalam artikel ini. Zikir ini melalui suluk Sunan Kalijaga yang berjudul ; " Melebu Allah Metu Allah."
Dalam bahasa melayunya : " Masuk Nafas Kerana Allah, Keluar Nafas Kerana Allah."
Dalam bahasa melayunya : " Masuk Nafas Kerana Allah, Keluar Nafas Kerana Allah."
Zikir Nafas ini bertujuan dalam muhasabah/permenungan hakiki manusia serta penyadaran pencarian kesejatian. Adapun mantra amalan zikir nafas Sunan Kalijaga ini berbunyi :
ZIKIR NAFAS SUNAN KALIJAGA.
Bismillahirrahmanirrahim.
Melebu Allah. Metu Allah.
Anekadaken Urip Iku Allah. Utek Dunungno Kodrate Allah.
Ya Hu … Allah Ya Hu … Allah Ya Hu … Allah …
Asyhadu Alla Ilaaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Melebu Allah. Metu Allah.
Ya Hu... Allah Ya Hu.. Allah Ya Hu.. Allah…

ARTINYA :
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Masuknya nafas kerana Allah … Keluarnya nafas kerana Allah.
Yang mengadakan hidup itu Allah. Otak letakkan atas kodrat Allah.
Wahai dzat yang tidak sama dengan makhluk-Nya.
Aku bersaksi bahwa Nabi Muhammad itu utusan-Mu, mengantarkan limpahan kasih sayang-Mu pada manusia dan segala ciptaan-Mu di seluruh alam.
Masuknya nafas kerana Allah - Keluarnya nafas kerana Allah.
Masuk dan keluarnya nafas menyebut Allah.

CARA MENGAMALKAN ZIKIR NAFAS SUNAN KALIJAGA.
Untuk mengamalkan zikir nafas Sunan Kalijaga maka kita harus menghilangkan rasa takut tersesat di dalam menempuh jalan ruhani. Bekal kita adalah tauhid, lambungkan jiwa melayang menuju Allah. Dekatkan dan berbisiklah dengan kemurnian hati, jangan menghadap dengan konsentrasi fikiran, sebab kita akan mengalami pening dan tegang.
Usahakanlah tubuh kita rileks dan pasrah. Biarkan hati bergerak menyebut Asma-Nya Yang Maha Agung. Ajaklah/tumpukan perasaan dan fikiran untuk hadir bersujud di hadapan-Nya. Jangan hiraukan kebisingan fikiran. Usahakan hati tetap teguh menyebut nama Allah berulang-ulang. Sampai datang ketenangan dan hening serta rasa tenteram di dalam kalbu.
Kalau sahabat mengalami pening dan penat atau tegang. Berarti cara berzikirnya menggunakan konsentrasi fikiran, maka ulangi dengan cara berkomunikasi di dalam hati. Teruslah berzikir ;
" Allah, Allah, Allah...."
Setelah kita rileks, barulah kita mulakan baca zikir nafas Sunan Kalijaga diatas kemudian kita konsentrasikan terus hanya kepada Allah. Lakukan setiap malam setelah sholat Tahajud. Dengan rutin Istiqomah melakukan amalan ini, Insha Allah sahabat akan mencapai ketenangan hidup sejati. Sahabat pun akan lebih mudah menjalani hidup. Mencapai ridho dan berkah dari Allah Ta’ala... Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..
SELESAI...
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.

No comments:
Post a Comment