Trending

Tuesday, 19 February 2019

PENYELARASAN ILMU SCAN PERINGKAT KASYAF KAUNI


PENYELARASAN ILMU SCAN.
PERINGKAT KASYAF KAUNI.
Assalamualaikum wt wbt para sahabat-sahabat ahli Kampus Tok Penjejak Badai. Hari ini aku ijazahkan satu keilmuan yang harus dimiliki dan dikuasai oleh setiap ahli kampus Tok Badai. Ilmu ini aku terima dari guru pertama aku di Singapura selain arwah datuk aku. Beliau seorang Ustadz yang mengajar bahasa Arab di Andalus. Nama beliau ialah Ustadz Saiful Bahri. Beliau lah orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aku dalam dunia Keris, Batu-batu, Mustika selain Ilmu Ghaib / Bathin serta rawatan non medis. Setiap paranormal yang terjun ke dunia Spiritual harus memiliki keilmuan ini dan sekiranya tidak memilikinya maka dia belum boleh dipanggil paranormal.
Keilmuan ini sudah lama aku simpan dan gunakan, maka hari ini tiba masanya aku kongsikan kepada para sahabat-sahabat semua selagi Allah memberi aku bernafas di bumi ini. Masa aku sudah suntuk, mungkin esok lusa aku di jemput Allah. Ok lah, kita langsung saja....
TATA CARANYA :
1.) Hendaklah Menjazamkan Ayatul Qursi 313 kali dahulu-Ia boleh digunakan sebagai jurus jika menghadapi gangguan
2.) Mewiridkan Kalimah Tammah yang pendek :
A'uudzu Bikalimaatilaahit Taammati Min Syarri Maa Kholaq.
Artinya :
" Aku berlindung dengan kalimat Tuhan yang Maha Sempurna dari semua kejahatan yang dijadikan-Nya."
Di baca sebanyak mana yang mampu, sekurang-kurangnya tiga kali.
Kalimah Tammah yang panjang.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
A’UUDZU BIWAJ-HILLAAHIL KARIIM, WABIKALIMAATILLAAHIT-TAAMMAATIL-LATII LAA YUJAAWIZUHUNNA BARRUN WALAA FAAJIRUN MIN SYARRI MAA YANZILU MINASSAMA-I WAMIN SYARRI MAA YA’RUJU FIIHA WAMIN SYARRI MAA DZARO-A FIL ARDHI WAMIN SYARRI MAA YAKH-RUJU MINHAA WAMIN FITANIL-LAILI WAN-NAHAARI WAMIN THOWAARIQIL LAILI WAN-NAHAARI ILLA THOORIQON YATH-RUQU BIKHOIRIN YAA RAHMAAN.
3.) Mewiridkan ALLAH.. ALLAH... ALLAH.. 5000 kali sehari tu boleh buat sambung-sambung pada waktu kerja, lepas solat .. dsb. Sekurang-kurangnya bila ternampak Jin, Jin tersebut akan tertunduk kerana Nur Zikir dan tidaklah ia menjegil kepada kita.
4.) Tasbih Nabi Yunus 1000 kali, tambahan saje atau buat amalan pendinding misalnya : Kota Kursi, Kota Tauhid, Rukyah dan lain-lain.
No.1, 2 dan 3 Bertujuan Memantapkan Diri.
No.4 Bertujuan Mendinding Diri.
KAEDAH RIADHOHNYA :
- Mewiridkan Ayat 103 Al-An’am.
اَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٠٣﴾
La Tudrikuhul Absaru. Wahuwa Yudrikul Absar. Wahuwal Latiful Khabiiru. 1000x.
5.) Di wiridkan sebanyak 1000 kali, setiap hari sebanyak hari mana yang mampu..Untuk yang sudah beramal sekurangnya 21 hari penyelarasan, sudah boleh mula untuk scanning sebagai latihan.
6.) Untuk memantapkan lagi amalan boleh amalkan membaca Surah Al-Mulk selama 40 malam, lepas tu 80 malam, 120 malam.
7.) KAEDAH LATIHANNYA :
i.) Pejam mata dan mula zikir Allah...dalam hati sebanyak mungkin...
ii.) Kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening....lihat apa yang ada...
iii.) Zikir lagi. Mula-mula biasanya warna Hitam dan ini akan bertukar warna. Akhir sekali akan keluar kalimah. Apa-apa kalimah yang keluar itulah panduan Asas kita dalam scanning nampak bukan rasa. Begitu juga cahayanya. Kalau Hitam kena lah buat lagi.....
a.) Kalau BIRU - Tahap Siti Fatimah.
b.) Kalau HIJAU - Tahap Rasul.
c.) Kalau MERAH - Tahap Iblis.
iv.) Walau pun cahaya biru dan Hijau sudah boleh dijadikan
" lampu " pada scan tetapi janganlah di biar setakat itu sahaja. Kalau Merah tu baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.
8.) Maka bermulalah apa yang dikatakan scanning pandangan.
a.) Gambaran pertama biasanya Hitam Putih dan gambar pun keluar sekeping-sekeping...satu dimensi.
Selepas keluar gambar sekeping Hitam Putih, selepas tu baru keluar vision bergerak Hitam Putih dan akhirnya color. Tapi nasible..ada yang terus color dan siap 3 dimensi lagi.
b.) Kalau semasa scan keluar cahaya campur-campur, rilek dulu, zikir pelan-pelan. Bagaimanapun setakat nak tahu ada gangguan atau tidak boleh lah pakai cuma tidak boleh nak kasi tahu siapa buat dan sebagainya kerana ada gangguan dalam Scan.
Selepas keluar gambar sekeping Hitam Putih, selepas tu baru keluar vision bergerak hitam putih dan akhirnya color. Tapi nasible..ada yang terus color dan siap 3 dimensi lagi.
c.) Scanning cuma lihat. Macam kita guna teropong tenguk jarak jauh macam tu lah lebih kurangnya kecuali la bagi yang Aura tinggi bila orang scan dia boleh tahu scan ni. Kalau ikut kata budak-budak muda Johor serupa macam 'sekodeng'.. kita sekodeng dari tempat gelap. Jadi orang tidak nampak kita, kita tengok dari lubang pintu (cahaya kecil).. orang di dalam bilik@ rumah tak nampak lubang kecik ni, bilik ini terang jadi orang yang tengok boleh nampak melalui lubang kecil tadi, lebih kurang begitu lah..
d.) MORAL :
Scan kena block banyak sebab dan macam kaedah kena Block...
i.) Ada yang kena Block sebab Dewa-dewa dah berbulu kita banyak henjut budak-budak dia. Kalau yang ini kita nampak pada dahi yang Scan tu macam ada tali guni bersimpul, kena minta bantuan member buka lah..
ii) Satu lagi betul-betul tempat layar itu ada cahaya putih tebal bulat kalau kena yang ni dalam 3-7 hari agak tidak boleh tengok apa-apa. Blocking yang ini temporary samada dia kasi cuci kasi lebih terang atau sebaliknya.
Amalkan Surah Ad Dhuha. Boleh juga dibaca kalau masih peringkat scan yang tidak dapat tembus 100%.
Baca niat dibuka...bila nampak baca lagi sehingga habis lapisan-lapisan yang membatasi pandangan kita. Dan sholawat Syifa' jangan dilupakan, itu elok untuk terangkan pandangan, kalau terkunci pandangan amal Sholawat Tafrijiyah.
9.) Petua Tambahan.
- Hilangkan rasa takut seperti melihat Jin, takut kerasukan dll perasaan takut kerana perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun.
- Biasakan zikir Allah atau Allah Hu dimana saja bila-bila masa saja.
- Bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah maknanya beratapkan langit ditengah malam.
- Sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap( lampu ).
- Biasakan mandi fajar/mandi besar menjelang subuh
- Sabar, tidak beremosi kerana marah akan menutup kepekaan batin.
Kalimah Tammah tu untuk Jazamnya dibaca 1113x tanpa cahaya dalam Gelap selepas Isya'. Tidak boleh batal dengan sebab bersembang, hisap rokok atau kentut dan lain-lain.
Kasyaf Kauni hanya setakat langit ketiga sahaja levelnya tetapi tidak boleh tengok siksa kubur( Alam Barzah ). Bagaimanapun Langit Dunia yang 70 itu boleh, tetapi Awas ada Syurga dan Neraka juga. Ini di gandar/tongkat oleh IBLIS, maka jangan terpedaya...
SELESAI....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts