Cara2 saya breed Wild Betta:
1. Sediakan 'air hijau' terlebih dahulu sebagai makanan fry utk fry berumur 1-5hari. Caranya adalah dengan mem blend segumpal daun paku pakis yg tua, kemudian rendam dalam baldi berisi air dlm 5 liter. Letak baldi ni selama 2 minggu di bawah pokok yg terkena cahaya matahari. Anda boleh lihat selepas itu air mulai hijau dan berlumut. Air ini adalah plankton yg juga mengandungi organisma kecil sebagai makanan fry.

2. Pre Condition induk2 terlebih dahulu. Orang kampong panggil peram ikan. Ini adalah untuk memastikan kedua2 induk menjadi sihat bagi mendapat telor dan fry yang banyak. Simpan induk secara berasingan didalam baldi yang berisi air peraman. Cara menyediakan tempat peraman ini adalah seperti berikut:
Ambil sedikit tanah liat, daun ketapang, dan daun kelapa tua atau daun buluh. Rendam dlm baldi berisi air. Mula2 air akan hitam. Biarkan sekurang2nya 3 hari baru letak induk. Pada ketika ini air sudah jernih. Letak induk dlm baldi peraman secara berasingan selama sekurang2nya 1minggu. Seelok2nya 2minggu. Pastikan induk diberi live food seperti jentik2 atau kutu air sepanjang tempuh peraman.

3. Sediakan tempat utk breeding. Jgn kecil sangat dan jangan besar sangat. Selalunya saya guna bekas PVC 3kaki x 2.5kaki x 6in. Isi air mineral sedalam 2.5in. Kemudian campurkan dengan 'air hijau' yg kita telah sediakan sehingga ketinggian air dalam bekas itu menjadi 3in. Letakkan sedikit tanah liat dan tumbuhan air spt kiambang, keladi bunting dan sebagainya kedalam bekas. Letak sekeping daun ketapang. Boleh juga di letakkan daun kelapa atau daun pokok bemban sebagai tempat fry berpaut. Biarkan selama 1hari untuk pastikan air jernih semula. Pastikan kedudukan tempat breeding ini jauh dari hiruk pikuk.
4. Masukkan induk betina kedalam tank breeding. Biarkan selama 1 hari. Kemudian angkat dan masukkan induk betina kedlm botol kecil yang di letak dlm air tank breeding itu. Ini adalah supaya induk jantan nanti cepat 'stim' bila terbau air betina itu serta mengurangkan risiko induk jantan membelasah induk betina. Selepas itu baru masukkan induk jantan ke dalam tank breeding. Biarkan sekurang2nya 3hari sehingga induk jantan mengeluarkan buih. Apabila jantan sudah membuat buih baru lepaskan induk betina kedalam tank bersama2 jantan.
5. Selalunya mereka akan mula kahwin dalam 1-3hari. Apabila telah kelihatan telor2 bewarna putih pada buih2, maka asingkan induk betina. Pada ketika ini induk jantan lebih kerap duduk dibawah buih sementara yg betina mula menjauhkan diri.
6. Fry akan mula menetas dlm 48-72jam. Elakkan dari terlalu kerap mengintai fry2 ini kerana dikhuatiri bapa akan stress dan memakan fry.
7. Asingkan bapa pada hari ke 5 setelah fry menetas.
8. Fry akan makan mikro organisma yg ada dlm air hijau yg telah kita sediakan dalam tempat breeding itu dari hari 1-4. Beri fry makan kutu air Bermula pada hari ke 5. Pada hari ke 21 dan seterusnya boleh selang selikan kutu air dengan tauhu telor sebagai makanan fry. Selepas fry berumur 60 hari boleh pula selang selikan makanan fry dengan blood worm. Masuk 2.5 bulan pula boleh mula tambah jentik2 ke dalam menu fry.
9. Masuk 2.5bulan air tank boleh ditambah jika susut.
10. Itu sahaja... SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment