DJADO: KOTA KUNO DI GURUN SAHARA
Sebuah kota kuno yang bernama Djado pernah wujud di gurun Sahara yang sekarang ini terletak di Republik Niger utara.
Mungkin sukar untuk percaya bahawa di padang gurun Sahara yang kering pernah ada kehidupan yang maju.
Suatu ketika dahulu, Afrika Utara memiliki iklim yang subur semasa era Subpluvial. Ini membuatkan Sahara mempunyai ekosistem savana dengan adanya gajah, zirafah, padang rumput dan haiwan hutan.
Sejak 7000 SM, kawasan Sahara merupakan padang rumput yang subur dan penduduknya mendirikan pemukiman besar, membuat tembikar serta menternak biri-biri dan kambing.
Terdapat lukisan batu di Air Mountains tentang haiwan ternakan yang berusia 3500 SM - 2500 SM.
Sahara mula menjadi kering selepas 2000 SM dimana bahagian Republik Niger utara menjadi gurun seperti sekarang.
-Debu-






No comments:
Post a Comment