Trending

Tuesday 19 February 2019

Klon terbaru yang wajib korang tanam Harga durian J Queen


Klon terbaru yang wajib korang tanam! Harga durian J-Queen cecah RM4,000 sebiji, hanya ada sepokok ditanam…


Harga durian J-Queen dari Indonesia ini cecah RM4,000 sebiji dan terdapat sebatang pokok sahaja yang ditanam!


Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara di mana majoriti rakyatnya sangat menggemari buah durian. Bagaimanapun, bukan semua mampu menikmati raja buah ini kerana harganya yang agak mahal.
Bagi buah durian jenis Musang King misalnya, harga bagi sekilogram durian dikatakan boleh mencecah sehingga RM50! Bayangkan berapa harga bagi sebiji durian Musang King. Pasti mencecah ratusan ringgit!
Jika anda merasakan durian Malaysia yang berkualiti ini sudah mahal harganya, anda mungkin akan terkejut dan terkedu apabila membaca mengenai durian dari Indonesia ini yang mencecah melebihi RM4,000!
Amboi! Harga buah sahaja sudah mencecah seperti harga sebuah telefon pintar terkenal!
Menurut laporan Tribun News, durian daripada baka J-Queen itu telah dijual di Plaza Asia, Tasikmalaya pada harga RM4,000 sebiji. Pada hari pertama pameran, sebanyak dua biji durian J-Queen telah terjual.

Durian yang eksklusif ini telah diasaskan oleh se0rang warga Indonesia bernama Aka. Aka, 32 tahun memiliki matlamat untuk menghasilkan baka durian berkualiti tinggi bagi melambangkan kecintaan rakyat Indonesia terhadap raja buah tersebut.
Isi buah durian yang berwarna kuning keemasan ini dikatakan mempunyai rasa pahit dan manis yang seimbang sekali gus menjadikan pengalaman menikmatinya cukup-cukup memuaskan! Di samping itu, isi buah ini juga mempunyai keenakan rasa yang berlemak dan hampir 95% isi buah durian J-Queen ini tidak mempunyai biji.
Memetik laporan Coconuts, hanya terdapat sebatang pokok durian J-Queen yang ditanam dan buahnya akan dituani setiap tiga tahun sekali… Aka turut mendakwa durian jenis ‘baru dan unik’ ini dihasilkan melalui teknik kacukan antara dua jenis durian terbaik dari beberapa negara.
“Jika anda ke luar negara, persahabatan boleh dibentuk dengan peladang lain yang turut memiliki spesies durian berprestij. Negara seperti Malaysia dan Thailand telah menunjukkan minat yang mendakam terhadap durian J-Queen. Jika anda mahu tahu lebih lanjut, lihat akaun Instagram saya,”kata Aka.
Sebelum wujudnya J-Queen, baka durian yang paling luar biasa di Indonesia dikenali sebagai Montong dan juga Kumbokarno yang dikatakan berharga RM59 sebiji.
Sumber: World of Buzz

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts