Trending

Thursday, 28 February 2019

CARA ILMU SCAN PERINGKAT KASYAF KAUNI


CARA ILMU SCAN.
PERINGKAT KASYAF KAUNI.
Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat dan salam senantiasa dihatur kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Sebenarnya Ilmu Scan Peringkat Kasyaf Kauni ini hanya untuk ahli Kampus Tok Badai sahaja. Tetapi memandangkan ilmu ini amat bermanfaat untuk sahabat-sahabat terjun ke bidang paranormal, dengan ikhlas hati aku kongsikan bersama...
TATA CARANYA :
1.) Hendaklah Menjazamkan Ayatul Kursi 313 kali dahulu. Ia boleh digunakan sebagai jurus jika menghadapi gangguan ghaib.
2.) Mewiridkan Kalimah Tammah yang pendek :
A'uzubikalimati…hittammat...Sebanyak mana yang mampu sekurang-kurangnya tiga kali minimum.
Kalimah Tammah Lengkap.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.
A’UUDZU BIWAJ-HILLAAHIL KARIIM, WABIKALIMAATILLAAHIT-TAAMMAATIL-LATII LAA YUJAAWIZUHUNNA BARRUN WALAA FAAJIRUN MIN SYARRI MAA YANZILU MINASSAMA-I WAMIN SYARRI MAA YA’RUJU FIIHA WAMIN SYARRI MAA DZARO-A FIL ARDHI WAMIN SYARRI MAA YAKH-RUJU MINHAA WAMIN FITANIL-LAILI WAN-NAHAARI WAMIN THOWAARIQIL LAILI WAN-NAHAARI ILLA THOORIQON YATH-RUQU BIKHOIRIN YAA RAHMAAN.
3.) Mewiridkan : ALLAH... ALLAH... ALLAH.. 5000 kali sehari.
Sehari itu boleh buat sambung-sambung masa waktu kerja, lepas sholat dan sebagainya. Sekurang-kurangnya bila ternampak jin, jin tersebut akan tertunduk kerana Nur Zikir dan tidaklah ia menjegil kepada kita.
4.) Tasbih Yunus 1000 kali, tambahan saja atau buat Amalan pendinding misalnya Kota Kursi, Kota Tauhid, Rukyah dan lain-lain.
TASBIH YUNUS :
LA ILLAHA ILA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. 1000x.
* No.1, 2 dan 3 Bertujuan Memantapkan Diri.
* No.4 Bertujuan Mendinding / Memagar Diri.
KAEDAH RIADHOHNYA :
- Mewiridkan Ayat 103 Al-An’am. 1000x.
اَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴿١٠٣﴾
La Tudrikuhul Absor. Wahuwa Yudrikul Absor. Wahuwal Latiful Khabiiru. 1000x.
Diwiridkan sebanyak 1000 kali, setiap hari sebanyak seberapa hari mana yang mampu. Untuk yang sudah beramal sekurang- kurangnya 21 hari penyelarasan, sudah boleh mula untuk scanning sebagai latihan.
6.) UNTUK MEMANTAPKAN LAGI AMALAN.
Boleh amalkan membaca Surah Al- Mulk selama 40 malam, lepas itu 80 malam kemudian 120 malam.
7.) KAEDAH LATIHANNYA.
i.) Pejam mata dan mula zikir Allah..Allah...Allah, dalam hati sebanyak mungkin...
ii.) Kalau dah tenang pusatkan kepada titik antara dua kening, lihat apa yang ada....
iii.) Zikir lagi, mula-mula biasanya warna Hitam dan ini akan bertukar warna akhir sekali akan keluar Kalimah. Apa-apa kalimah yang keluar itulah panduan Asas kita dalam scanning nampak bukan rasa. Begitu juga cahayanya kalau Hitam kenalah buat lagi jangan putus asa.....
a.) Kalau BIRU - Tahap Siti Fatimah.
b.) Kalau HIJAU - Tahap Rasul.
c.) Kalau MERAH - Tahap Iblis.
iv.) Walau pun cahaya Biru dan Hijau sudah boleh dijadikan
" lampu " atau panduan pada scan tetapi janganlah di biarkan setakat itu sahaja. Kalau warna Merah baik perhatikan niat dan amalan kita kemas-kemas.
8.) SCANNING PANDANGAN.
Maka bermulalah apa yang dikatakan scanning pandangan..
a.) Gambaran pertama biasanya Hitam Putih dan gambar pun keluar sekeping-sekeping...satu dimensi. Selepas keluar gambar sekeping Hitam Putih, selepas tu baru keluar vision bergerak Hitam Putih dan akhirnya color. Tapi kadang nasib ada yang terus color dan siap 3 dimensi lagi...
b.) Kalau semasa scan keluar cahaya campur-campur, relaks dulu zikir pelan-pelan. Bagaimanapun setakat ingin tahu ada gangguan atau tidak boleh lah pakai cuma tidak boleh kasi tahu siapa yang buat dan sebagainya kerana ada gangguan dalam Scan.
c.) Scanning cuma lihat macam kita guna teropong tengok jarak jauh macam itu lah lebih kurangnya kecuali bagi yang Aura tinggi apabila orang scan dia boleh tahu.
Scan ini kalau ikut kata budak-budak muda serupa macam 'sekodeng'.. kita sekodeng dari tempat gelap jadi orang tidak nampak kita. Kita tengok dari lubang pintu (cahaya kecil) orang di dalam bilik / rumah tak nampak lubang kecil bilik ni terang, jadi orang yang tengok boleh nampak melalui lubang kecil tadi..
d.) MORAL.
Scan kena block banyak sebab dan macam-macam kaedah kena block...
- Ada yang kena Block sebab tok Bomoh- tok bomoh atau penguasa ghaib dah marah / berbulu sebab kita banyak menyusahkan jin-jin atau khodam-khodam dia. Kalau seperti yang ini, kita akan nampak pada dahi yang Scan itu macam ada tali guni bersimpul, kena minta bantuan member buka lah...
ii) Satu lagi betul-betul tempat layar itu ada cahaya putih tebal bulat, kalau kena block seperti yang ni dalam 3- 7 hari juga tidak dapat tengok apa-apa. Blocking yang ini temporary samada ia cuci kasi lebih terang mata batin kita atau sebaliknya.
Macam mana nak kasi clear cahaya putih tebal bulat itu, apa amalannya...? Ada yang boleh orang lain tolong clearkan ada yang sendiri saja boleh clearkan.
SOLUSINYA :
Amalkan Surah Wad Dhuha, boleh juga dibaca kalau masih peringkat scan yang tidak dapat tembus 100%. Baca niat dibuka, bila nampak baca lagi sehingga habis lapisan-lapisan yang membatasi pandangan kita. Dan Sholawat Syifa' jangan dilupakan, itu elok untuk terangkan pandangan, kalau terkunci pandangan amalkan Sholawat Tafrijiyah.
9.) PETUA TAMBAHAN.
- Hilangkan rasa takut seperti melihat Jin, takut kerasukan dan lain-lain perasaan takut kerana perasaan takut akan menghambat penguasaan ilmu ghaib apapun.
- Biasakan zikir Allah atau Allah Hu dimana saja bila-bila masa saja.
- Bila permulaan latihan scan lakukan diluar rumah. Maknanya beratapkan langit di tengah malam.
- Sambil menahan nafas lihatlah gelap hingga jadi terang, dan terang hingga jadi gelap( lampu atau lilin ).
- Biasakan mandi fajar / mandi besar menjelang Subuh.
- Sabar, tidak beremosi kerana marah akan menutup kepekaan batin.
- Kalimah Tammah itu untuk Jazamnya / Penyelarasannya dibaca 1113x tanpa cahaya dalam bilik yang GELAP....selepas Isya'. Tidak boleh batal dengan sebab bersembang, hisap rokok atau kentut dan lain-lain.
Kasyaf Kauni hanya setakat Langit Ketiga sahaja levelnya tetapi tidak boleh tengok siksa kubur( Alam Barzah ). Bagaimanapun Langit Dunia yang 70 itu boleh, tetapi Awas ada Syurga dan Neraka juga....Ini di gambar oleh IBLIS, maka jangan terpedaya...
SELESAI....
SEKIAN DAHULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita dan keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.




1 comment:

  1. Assalamualaikum w.b.t tok PB. Mohon izin dan ijazahkan untuk saya amalkan buat diri. Jazakallahukhoiro...

    ReplyDelete

About

Popular Posts