Trending

Friday, 15 February 2019

LEFTENAN ADNAN SAIDI



LEFTENAN ADNAN SAIDI.
Assalamualaikum wr wtb para sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur ke hadirat Allah swt. Selawat dan salam senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap Ridho Allah dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu dan lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua..Insha Allah....
Penulisan kisah ini agar menjadi perangsang semangat perwira bagi generasi muda hari ini. Dan diharap dapat menjadi sumber pengetahuan dan rujukan supaya kisah keberanian Lt. Adnan Saidi bersama Kontinjen 42 orang anggota Askar Melayu yang telah bertempur mati- matian untuk mempertahankan Permatang Pasir Panjang di Bukit Chandu tidak hanya kekal sebuah sejarah yang ditulis di dalam buku sejarah sahaja.
Sebenarnya, aku pernah melawat ke Bukit Chandu itu, bersama dengan guru yang aku hormati iaitu Ustadz Saiful Bahri dan dua orang murid yang lain. Tujuannya bukan sekadar untuk melawat sahaja, tetapi itulah hari pertama kami( murid ) dibukakan mata batin( mata hati ). Dan hari itu juga kami di ajar untuk melihat
" flash back ", kejadian yang berlaku ketika saat itu. Masha Allah, bergoncang seluruh angota badan aku bukan kerana takut, tetapi kesan yang sangat dalam, kesedihan yang teramat sangat, kezaliman tentera Jepun.
Kami dapat melihat dengan jelas seperti di layar panggung secara detail kejadian yang berlaku itu. Seperti melihat di layar perak di hadapan mata aku ini. Aku yakin Jairy( murid ) sahabat aku, seorang murid juga dapat melihatnya dengan jelas apa yang aku lihat. Iya...itulah yang aku katakan tadi, bergoncang seluruh tubuh aku kerana tidak dapat menahan tangis yang amat sedih sekali. Mereka bertempur sehingga habis peluru yang ada. Anak kecil di lambung lalu di tusuk dengan pisau
( banet ) yang terlekat di hadapan senjata. Beliau tidak pernah menyerah kalah, walaupun sudah habis peluru, sambil berteriak dengan kata-kata perangsang kepada kawan-kawannya :
" Ayo....kawan-kawanku, jangan undur. Kita tentang mereka sehingga titisan darah yang terakhir. Biar putih tulang jangan putih mata."
Teriakan ini lah yang aku dengar dengan jelas sekali...
Hari itu 13 Febuary 1942, Leftenan Adnan dan bersama Kompeni C, memberi tentangan hebat sehingga memaksa tentera Jepun mundur dan tenteranya dapat menumpaskan 20 orang tentera Jepun.
Nah....mari sahabat-sahabat ikut aku, kita flash back pada tahun 1942....
Seluruh badan aku masih bergetar dan bulu roma aku masih berdiri ketika menulis kisah ini. Bukan kerana aku takut, tetapi aku kagum dengan beliau. Aku 100% pasti, sekiranya sahabat-sahabat ada bersama aku ketika di bawa flash back oleh guru yang aku hormati, sahabat akan jatuh tersungkur kerana tidak dapat menahan tangis yang teramat.
SIAPA ADNAN BIN SAIDI.
Atau lebih dikenali sebagai Leftenan Adnan Saidi, dilahirkan di Kg Sungai Ramai, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Merupakan anak sulung dalam keluarganya. Direkodkan juga dimana adik- adiknya juga merupakan anggota tentera( seorang meninggal akibat kapal dibom Tentera Jepun, 1939 dan seorang lagi terselamat dari peperangan dan kini bersara ).
Ketika berusia 18thn, Adnan memasuki Rejimen Askar Melayu
( Malay Regiment ) dan dilantik ke pangkat Sarjan pada tahun 1936. Tidak lama kemudian dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major.
Kemudian dihantar pula ke Singapura untuk menjalani kursus latihan pegawai yang membawa kepada pangkat Leftenan Muda. Setelah tamat kursus, beliau dilantik sebagai Ketua Platun ke-7, Kompeni C.
Lt. Adnan Saidi berkahwin dengan seorang guru agama dikampungnya, Puan Sophia Pakih Muda ( meninggal dunia pada 1949 ) dan dikurniakan tiga orang anak ( dua lelaki, seorang perempuan ) - bayi perempuannya meninggal dunia selepas kejatuhan Singapura.
Kronologi Ringkas Pertempuran Permatang Pasir Panjang.
Pada tahun 1941 Lt. Adnan Saidi ditempatkan di Pasir Panjang, Singapura dan ketika Perang Dunia II semakin hampir, merupakan kali terakhir beliau bersama anak- anak dan isterinya ( ketika itu sedang sarat mengandung anak ke 3 mereka ).
Pada 13 Feb 1942, peperangan bermula dan Lt. Adnan Saidi bersama Kompeni C memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Tentera Jepun berundur.
Pada tengah malam 14 Feb 1942 pula Lt Adnan dan Kompeni C diarahkan untuk ke Pt. 226 Bukit Candu. Pada petang 14 Feb, Lt. Adnan Saidi dan tenteranya berjaya menumpaskan sekitar 20 orang musuh dan ini memaksa sekali lagi tentera Jepun berundur.
Dua jam kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar- besaran dalam bilangan tentera yang ramai. Serangan tersebut telah menumpaskan Lt. Adnan Saidi, 27, Ketua Platoon No. 7 dan Kompeni C, Briged 1 Malaya. Dengan bilangan yang lebih kecil dan kekurangan peluru, Rejimen Melayu bertempur sehingga ke titisan darah terakhir dan dilaporkan lebih daripada 800 orang askar musuh telah ditewaskan oleh Lt. Adnan Saidi dan regimennya.
14 Februari baru sahaja berlalu, namun tarikh itu tetap terpahat di setiap insan yang menghargai pahlawan sejarah negara, lebih-lebih lagi mengenang pengorbanan wira-wira bangsa ketika zaman perang dunia ke-2 dahulu. Keberanian Lt. Adnan Saidi dan rakan seperjuangannya dalam batalion pertama rejimen askar melayu yang berjuang sehingga ke nafas yang terakhir merupakan episod yang kekal dalam lipatan sejarah. Ungkapan 'Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata' menjadi pembakar semangat juang, tidak gentar ketika berhadapan dengan tentera Jepun. Keberaniannya, diakui oleh General Yamashita `Harimau Malaya' dengan menyatakan "Jika terdapat 10 Lt. Adnan, pasti Malaya tak jatuh ke tangan Jepun".
14 Februari merupakan tarikh sempena memperingati hari pejuang-pejuang tanah air khususnya, Lt. Adnan Saidi. Gugurnya ramai pahlawan-pahlawan Melayu di Pertempuran Bukit Candu pada 14 februari 1942 ini merupakan lanjutan dari pertempuran di Pasir Panjang yang berlaku sehari sebelum itu. Dulunya Bukit Candu adalah tempat memproses candu yang terletak di kaki bukit.
Pada malam 8 Feb 1942, Platun 7 Kompeni C. Batalion Pertama Askar Melayu dipimpin oleh Lt. Adnan Saidi telah diarahkan bertahan di Permatang Pasir Panjang juga dikenali sebagai Bukit Candu. Beliau berpendirian bahawa pertahanan di Bukit Candu adalah garisan pertahanan pihak British terakhir dan oleh itu beliau mengambil keputusan untuk tidak berundur walaupun setapak.
Pada 13 Februari 1942, Div Chryanthemum tentera Imperial Jepun di bawah pemerintahan Lt. General Renya Mutaguchi, melancarkan serangan ke persisiran selatan Singapura (Permatang Pasir Panjang). Lokasi tersebut di bedil dengan mortar dan meriam. Lt. Adnan membina pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, dikenali sebagai " Celah " (Gap, dulu masa zaman motor tempat ini lah kami berlumba, banyak selekoh2 yg bahaya), memberikan tentangan hebat sehingga memaksa Jepun di bawah Major Kimura, berundur, walaupun Jepun mempunyai bilangan yang lebih ramai. Tipu helah satu kumpulan Jepun berpakaian Askar Punjab yang mara dari bawah bukit menghala ke Bukit Candu dapat dikesan. Pertempuran ini mengakibatkan ramai askar Jepun terbunuh dan memaksa mereka untuk berundur.
Kemudian askar Jepun telah melancarkan serangan hebat dalam bilangan yang lebih besar dan senjata yang lebih berat. Dalam bilangan kecil dan kekurangan peluru, Regimen Askar Melayu bertempur berhabis-habisan. Walau dalam keadaan cedera parah, Lt. Adnan tidak patah semangat. Namun akhirnya Lt. Adnan terkorban namun beliau dan regimennya telah berjaya membunuh lebih daripada 800 tentera Jepun.
Bukit Chandu berjaya di tawan Jepun dan Lt. Adnan Saidi yang masih bernyawa, di seret dan dimasukkan ke dalam guni kerana perasaan marah dan dendam Jepun. Kemudian Lt. Adnan telah diikat dan digantung kakinya diatas kepalanya dibawah pada pokok Ceri, ditikam berkali-kali dengan pisau bayonet oleh tentera Jepun sehingga mati. Lehernya di kelar dan dikatakan tubuhnya hampir berkecai. Pihak Jepun melarang sesiapapun menurunkan mayatnya untuk dikebumikan. Ada sumber mengatakan tubuh Lt. Adnan dibakar menjadi abu. Dikatakan juga, Haji Burhan Muslim yang tinggal berhampiran Bukit Chandu telah pergi ke kawasan pertempuran tersebut selepas peperangan. Kelihatan ramai mayat-mayat askar-askar Melayu yang di pancung dan salah seorang daripadanya, mayat tentera melayu yang di kelar lehernya dan pakaiannya penuh dengan darah. Melalui lencananya, dipercayai ia adalah pegawai berpangkat dan kemungkinan besar mayat tersebut adalah Lt. Adnan Saidi.
Ketika kami melihat-lihat di tempat berlakunya pertempuran antara Askar Melayu dengan tentera Jepun. Kami juga terjumpa sebuah kubur lama. Dipercayai di situ Leftenan Adnan dan kawan-kawannya dikebumikan. Tetapi menurut cucu kepada Leftenan Adnan Saidi iaitu Wan Sofia dan Wan Suhaimi, mayat Leftenan Adnan tidak dikebumikan di Bukit Candu tetapi dibawa oleh tentera Jepun ke satu tempat yang tidak diketahui. Mungkin kerana terlalu marah disebabkan Leftenan Adnan begitu gagah berani sehingga ramai tentera Jepun yang terbunuh. Atau mungkin juga sebagai satu penghormatan terhadap seorang pahlawan. Kerana pihak Jepun melarang mayat Leftenan Adnan yang digantung di bawa turun untuk dikebumikan.
Kejadian ngeri ini disaksikan oleh Koperal Yaakob yang menerima pingat Keberanian " Medal of Gallant ", antara askar yang terselamat dalam pertempuran Bukit Candu. Beliau telah cedera jatuh di atas mayat yang terkorban dan berpura-pura mati. Tewasnya Lt. Adnan Saidi yang ketika itu baru berusia 27 tahun, adalah satu episod perjuangan anak Melayu berjiwa perwira dan cekal yang tidak kenal putus asa demi mempertahankan bumi tercinta. Seramai 152 askar Melayu termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 pegawai British terkorban termasuk Lt. Adnan yang bersama 42 anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.
Pertempuran sengit ini disebut dalam perutusan Lt. General A.E Percival dalam Operasi Malaya Disember 1941 - 15 Februari 1942, yang berbunyi :
" Selepas dua jam di bedil dengan meriam dan mortar, tentera Jepun menyerang Regimen Melayu yang mempertahankan Permatang Pasir Panjang. Regimen Melayu bertempur dengan gagah beraninya tetapi mengalami kehilangan jiwa yang teruk, dan menjelang petang musuh sampai ke Celah/Gap (Permatang Pasir Panjang)..."
" After two hours of heavy shelling and mortaring, the Japanese attacked the Malay Regiment which was holding Pasir Panjang Ridge. The latter fought magnificently, but suffered heavy casualties, and by afternoon the enemy had reached the Gap (Pasir Panjang Ridge)…"
Lt. Adnan bin Saidi dilahirkan dalam Jun 1915 di Kampung Sungai Ramal, kira-kira dua batu dari Kajang. Beliau adalah anak sulung daripada lima adik-beradik dan berketurunan Minangkabau. Memiliki darah pahlawan dimana moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning. Adik-adiknya, Ahmad dan Amarullah juga merupakan anggota tentera. Namun Ahmad terbunuh dalam pertempuran semasa berkhidmat sebagai tentera laut pada 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun ketika pelayaran ke Australia. Manakala Amarullah terselamat dari peperangan dan menetap di Kajang, Selangor.
Mendapat pendidikan di Sekolah Sungai Ramal, Kajang dalam aliran Inggeris. Memulakan kariernya sebagai guru pelatih dan mengajar selama setahun, kemudian mengambil keputusan untuk menyertai tentera. Pada penghujung tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau telah memasuki Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson tanpa pengetahuan ibu bapanya. Beliau adalah salah seorang dari 25 anak melayu pertama yang di pilih untuk menyertai Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau berjaya menamatkan latihannya dan terpilih sebagai Rekrut Terbaik. 1935, pasukan ini di tukar kepada Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota seramai 150 orang. Penghujung 1936, beliau telah dinaikkan pangkat Sarjan.
Pada tahun 1938, Lt. Adnan dinaikkan ke pangkat Sarjan Mejar dan pada penghujung tahun itu, beliau telah mengikuti kursus sebagai Kadet di Singapura selama 6 bulan. Beliau ditauliahkan sebagai Pegawai dengan pangkat Lt. Muda dan ditempatkan di Kompeni C. Batalion Pertama Askar Melayu. Pada tahun 1939, beliau telah berpindah ke Singapura bersama-sama Batalion Pertama dan mengikuti latihan peperangan di Singapura sehingga Disember 1941. Pada 1937, Lt. Adnan terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan hormat di London sempena pertabalan Raja George VI. Kemudian Lt. Adnan dilantik sebagai Kompeni Sarjan Major dan di hantar ke SIngapura untuk kursus latihan pegawai. Sebaik tamat kursus sebagai Lt. Muda, Adnan dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni C.
Beliau melangsungkan perkahwinan dengan guru di kampungnya, Sapiah binti Pareh Muda dan mendapat tiga cahaya mata. Dua anak lelakinya, Mokhtar (tinggal di Seremban), Zainuddin (tinggal di Johor) dan seorang anak perempuan yang kemudiannya meninggal dunia sejurus selepas kejatuhan Singapura. Sapiah meninggal dunia pada tahun 1948.
Pada 1941, Lt. Adnan ditempatkan di Singapura bersama ahli keluarga. Mereka tinggal di Pasir Panjang, kawasan khas untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Namun Lt. Adnan menghantar pulang keluarganya semula ke Kajang apabila Perang Dunia ke-2 semakin hampir dengan kedatangan Jepun ke Tanah Melayu. Dan ini adalah detik terakhir mereka bersama ketika Sapiah sedang mengandungkan anak mereka yang ke-3.
Dalam sejarah pertempuran semasa pendudukan Jepun di Malaya, ramai wira bangsa yang terkorban, dibunuh dan juga diseksa. Gugurnya bunga bangsa ini melambangkan betapa tingginya pengorbanan yang dihulurkan dalam memartabatkan negara. Sungguh pun mereka ini bukanlah satu pasukan yang ditadbir dan diselia sendiri, mereka telah membuktikan kebolehannya. Antara pegawai-pegawai yang terbunuh ialah Leftenan Adnan Saidi, Leftenan Ahmad Nordin, Leftenan Abbas Muhd Said, Leftenan Abdullah Saad, Leftenan Ibrahim Sidek, Leftenan Muhammad Ariffin Hj Sulaiman, Leftenan Abdul Wahid Mat Kidam dan Leftenan Muhd Isa. Manakala pegawai Askar Melayu yang mati diseksa ialah Leftenan Yazid Ahmad dan Leftenan Noordin Muhd Shaari.
Pertempuran di Bukit Candu pada 14 Februari 1942 menjadi satu peristiwa yang paling hebat dalam sejarah perjuangan Askar Melayu. Peristiwa ini tidak dapat dilupakan bagaimana seorang anak Melayu menjadi wira negara dalam mempertahankan tanahair. Semangat seorang pahlawan yang sanggup menentang walaupun dalam keadaan cedera dan kehabisan peluru masih gagah berjuang hingga ketitisan darah terakhir sentiasa mekar dan mewangi dalam pasukan Askar Melayu dan juga kenangan seluruh bangsa Melayu. Untuk menceritakan tentang kehebatan beliau bukanlah dalam ruangan yang terhad ini, tetapi ia adalah mengambarkan sebahagian daripada semangat yang ditunjukkan oleh Askar Melayu dalam tempoh pengalaman yang cetek selepas penubuhannya pada 1 Mac 1933.
" These young an untried soldier
acquitted themselves in a way which
bore comparison with the very best
troops in Malaya, in particular
by their stubborn defence of the
Pasir Panjang Ridge at the height
of the Battle of Singapore,
they set an example of steadfastness
and endurance which will become a great
tradition in the Regiment and an
inspiration for future generations."
Hari ini kita mengenang kecekalan dan pengorbanan beliau kerana hari ini, pada petang yang hening, 14 Febuary 1942 Leftenan Adnan Saidi telah syahid menemui pencipta-Nya. Sekujur tubuh kaku kelihatan tergantung di sebatang pokok Ceri di atas puncak Bukit Chandu, Singapura.
Mayat yang memakai uniform Askar Melayu ini ditikam bertubi-tubi tanda pembalasan dendam dan marah kerana anak muda berpangkat Leftenan inilah yang mengetuai barisan gagah, ampuh, berani dan hanya maut yang membuatkan mereka berhenti dari mempertahankan Bukit Chandu, pertahanan terakhir British di Singapura sebelum ditawan Jepun.
Lehernya dikelar, isi perutnya terburai dimamah bayonet tentera Jepun. Mayat wira ini dilarang sama sekali untuk diturunkan dari pohon tersebut, sebagai pengajaran untuk para penentang Maharaja Jepun.
Kendatipun diperlakukan sedemikian, di tangannya sendiri telah terkorban berpuluh askar Jepun. Peluru habis, parang dilibas. Parang tumpul, bayonet di kilas. Bom tangan juga telah habis dilempar ke arah musuh.
Walaupun tulisan aku ini tidak lengkap oleh kerana pengetahuan aku yang cetek ini. Aku mengharapkan anak cucu aku ingat dan tahu akan sejarah pengorbanan perwira-perwira Melayu khusus nya di Singapura. Jadilah Melayu yang berjiwa besar, bukan besar kepala. Jadilah anak Melayu yang Sakti, Sakti dari segi pertahankan negara dari dijajah. Sakti membantu orang yang memerlukan. Sakti sebagai hamba yang tunduk akan perintah Allah. Sakti menjunjung tinggi sunnah Rasulullah...
Leftenan Adnan Saidi.
1915-1942.
Juga kepada mereka yang terkorban dalam peperangan itu.
al fatihah....
Duhai pahlawan wira negaraku
Namamu diukir kebanggaan bangsa
Kerana kau, hadirnya bangsamu di bumi
Jasamu dikenang pengorbananmu dijulang
Mengerah kudrat segala keringat
Membawa Melayu di mata dunia
DULU
Tercabar maruah bangsa dek penjajah
Tersingkir hak peribumi anak-anak watan
Terlerai ikatan keluarga oleh kekejaman
Kau menentang menuntut pembelaan
Kau berjuang menuntut kebebasan
Mengalir darahmu dibumi ini
Tajam menghunus keris keramat
Tersusuk didada tempat memahat
Kala diusik pantang dicabar
Ayuh maju tak pernah mundur
Setapak menapak keris nyawanya
Sanggup berkorban di medan tempur
Laksamana Hang Tuah lima bersaudara
Kekebalan Tok Janggut dan Datuk Bahaman
Tak ketinggalan hebat Leftenan Adnan
Terpisah nyawanya dari jasad
Dikala senjata dihunus menentang musuh
Rebahnya mereka kebumi demi tanah tercinta ini
KINI.
31 Julai Hari Pahlawan
Kita raikan pejuang kemerdekaan
Kita kenang pendekar Melayu
Kita julang jasa pahlawan
Yang banyak berkorban dan terkorban
Demi agama bangsa dan negara
TUGU NEGARA
BICARA KATA :
Marilah sama-sama kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi hari ini. Sesungguhnya pengorbanan pahlawan-pahlawan tanah melayu sangat besar nilainya...
Kerana mereka kita dapat hidup aman damai bebas dari penjajahan hari ini....
TERIMA KASIH PAHLAWANKU.
BEBERAPA KATEGORI MATI SYAHID
Syahid di dunia adalah orang yang gugur dalam perang, dalam keadaan maju bukan lari/kabur, namun niatnya bukan dalam rangka menegakkan kalimat (agama) Allah. Maka di dunia ia dihukumi sebagai syahid secara zahirnya. Namun di akhirat, di sisi Allah, ia tidak mendapatkan pahala syahid.
Adapun syahid di akhirat yang bukan syahid dunia, ia diperlakukan di akhirat kelak sebagaimana orang yang mati syahid dan mendapatkan pahala syahid. Adapun di dunia, jenazahnya tetap dimandikan, dikafankan, disholati, dan jenazahnya diperlakukan sebagaimana jenazah kaum Muslimin pada umumnya. Yang termasuk jenis ini di antaranya :
1.) Al Mabthun, orang yang meninggal karena penyakit di perutnya
2,) Al Ghariq (orang yang mati tenggelam)
3,) Al Hariq (orang yang mati terbakar)
4.) Orang yang sakit dzatul janbi (semacam penyakit paru-paru)
Wanita yang meninggal ketika nifas
5.) Al Gharib, orang yang meninggal jauh di luar daerah tempatnya tinggal sehingga ia asing di sana
6.) Dan yang lainnya semisal mereka, mendapatkan syahid di akhirat. Namun bukan syahid di dunia.
Inilah beberapa jenis mati syahid yang dijelaskan para ulama. Wallahu a’lam.
DOA SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB R.A.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ شَهَادَةً فِي سَبِيلِكَ وَوَفَاةً بِبَلَدِ رَسُولِكَ
" Ya Allah aku mohon mati syahid di jalan-Mu dan wafat di negeri Rasul-Mu (Madinah)." (HR Malik 878)
SELESAI....
SEKIAN DAHULU...
OLEH :
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.











Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts