Trending

Tuesday, 19 February 2019

RAHASIA HEBATNYA AIR HUJAN



RAHASIA HEBATNYA AIR HUJAN.
Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat dan salam senantiasa dihatur kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Air hujan merupakan obat yang luar biasa, yang jarang diketahui
oleh manusia. Bila turun hujan pasanglah baldi atau wadah
lainnya di halaman rumah atau di mana saja untuk menadah air
hujan secara langsung dari langit. Artinya bukan air hujan yang diambil setelah terkena genting, atap atau lainnya. Jadi yang diperlukan yang masih asli, langsung dari langit. Jika telah penuh bacakan pada air hujan tersebut :
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM. 1333x.
Setiap sampai seratus kali bacaan tiupkan atau hembuskan pada airnya. Demikian seterusnya sehingga selesai 1333x. Lalu gunakan air hujan itu untuk obat segala macam penyakit.dengan cara diminum dan di basuhkan. Insha Allah segala penyakit akan segera sembuh.
KHASIAT AIR HUJAN MALAM JUMAAT.
Sediakan baldi letak luar rumah pada hari khamis selepas Maghrib.
Jika ada hujan malam tu dipanggil hujan malam Jumaat.
Bagi merawat bayi menangis / anak degil mandikan sahaja lepas Asar 1x. InsyaAllah sembuh.
Sebelum mandi dimulai baca Bismillah dan sholawat Syifa'.
ILMU TAWASUL AL-IKHLAS AIR HUJAN.
Khasiat al-Ikhlas ini bila di baca 3x pun sudah menyamai pahala baca 30 juzuk al-Quran dan ia boleh juga merawat pelbagai masalah manusia lain..
Bagi merawat individu lain / anak-anak yang bermasalah boleh diamalkan kaedah ini..
Setiap lepas sholat fardhu dan sunat..
Baca fatihah 7x niat hadiah setiap fatihah pada Rasulullah SAW, keluarganya, sahabatnya, para rasul, para nabi, para guru dan seluruh muslimin muslimat mukminin dan mukminat.
Istighfar 9x, sholawat Syifa' 9x dan La Ilaha Illallah. 9x.
Baca al-Ikhlas 9x.
Doa minta dihadiahkan semua bacaan al-Ikhlas tadi pada anak-anak ataupun (... sipolan bin/bte sipolan...) moga diberi hidayah jalan kebaikan dan kesihatan dari Allah SWT.
Insha Allah dalam masa 40 hari sikap mereka akan berubah beransur-ansur.
SELESAI....
SEKIAN DAHULU...
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts