Trending

Friday, 15 February 2019

ISTIKHODAM ISTIKHAROH UNTUK MENGETAHUI HATI FIKIRAN DAN TUJUAN SESEORANG




ISTIKHODAM ISTIKHAROH.
UNTUK MENGETAHUI HATI FIKIRAN DAN TUJUAN SESEORANG.
Assalamualaikum wbt wt....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat dan salam senantiasa dihatur kepada Junjungan Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dengan mengharap ridho Allah s.w.t. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi dhoif ini berbagi sedikit ilmu yang dititipkan dan secuil pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insha Allah...
Kali ini aku kongsikan ilmu hikmah tingkat tinggi untuk mengetahui hati seseorang dan mengetahui fikiran serta tujuan seseorang, yang aku terjemahkan dari kitab al- Hikmah klasik kuno Mujarobat Ruhaniyah Khozinatul Al-Maghribi Halaman 37, karya Al-'Alim Ar Ruhani Ibnu Al-Hajji At-Talamsani Al-Maghribi.
TATA CARANYA :
- Caranya kita bacalah Asma' Istikhodam Istikharoh setiap ba’da sholat 5 waktu sebanyak 1000x selama 7 hari di mulai dari hari Jumaat.
- Setelah selesai 7 hari penyelarasan / mengamalkan riyadhoh ini, maka akan datang kepada hadapan kita khodam dari asma' ini berwujud 7 sosok wanita yang sangat cantik bercahaya seperti bulan purnama.
- Kemudian 7 khodam tersebut akan memberikan perjanjian dengan kita.
CARA GUNANYA :
Apabila ingin menggunakan ilmu ini untuk mengetahui hati seseorang, mengetahui fikiran orang lain dan ingin mengetahui tujuan seseorang maka bacalah Qosam Istikhodam Istikharoh di bawah ini 7x :
QOSAM ISTIKHODAM ISTIKHAROH.
Samaida'un Yada'un 'Ayuutun Lahuutun Dabarghoutun Haa Hiinun Layatafa Hayuutun. Allahumma Kasyif 'Anqolbi Hijaaba Alghoflati Wa'allimnii. Maa Lam Akun A'lamu Wabaini An-Kulli Maa As-Alu 'Anhu Yaa Man Laa Ilaaha Illaa Huwa Walaa Ma' Buuda Siwaahui. 7x.
SELESAI....
Demikian penjelasan singkat yang dapat aku huraikan. Semoga dengan pemaparan ini akan ada hikmah yang dapat dipetik untuk suatu kemaslahatan kita, baik dalam pengenalan ilmu supranatural mahupun manfaat lainnya. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin..
SEKIAN DAHULU..
QUL HU ALLAHU AHAD. LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN. LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIKMAL WAKIL.
Seperti biasa, ambil sisi positif dari keilmuan ini. Yang negatif jangan diambil. Kekuatan yang tidak bisa ditandingi adalah kekuatan daripada Allah swt, Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa dan tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat-sahabat semua, aku. Tok Penjejak Badai dengan merendahkan diri memohon maaf.....
TERIMA KASIH...
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts