WILD TYPE HYBRID BETTA - siri 2
- SPESIFIKASI PERTANDINGAN -
- SPESIFIKASI PERTANDINGAN -
BETTA IMBELLIS
Kebanyakan dari kita sangat terbiasa dengan spesis ikan laga ini yang tersebar dari selatan thailand hingga ke selatan semenanjung dan sebarannya hingga ke Sabah dan Indonesia. Terdapat beberapa variasi namun tidak begitu ketara.
Di sini saya akan berkongsi spesifikasi pertandingan bagi Betta Imbellis hibrid dan kesalahan-kesalahan yang biasa terlihat pada ikan pelaga jenis ini.
Pada siri pertama telah diterangkan tentang spesifikasi bentuk/form yang ideal bagi seekor ikan pelaga liar hibrid. Perlu diingatkan bahawa bagi kelas Imbellis hybrid hanya menggunapakai form D shape caudal (rujuk rajah). Maka ketepikan spade shape caudal bagi kategori Imbellis hibrid.
Untuk spesifikasi warna adalah penting bagi kita mengenal akan warna asli bagi spesis ini. Sila rujuk posting saya terdahulu untuk maklumat betta imbellis dengan lebih lengkap di
Namun saya akan menerangkan spesifikasi warna yang ideal bagi seekor imbellis hibrid untuk tujuan pertandingan.
1. Warna scale irid pada badan, pipi dan sirip.
- scale irid ataupun kilatan pada sisik berwarna hijau kebiruan. Apabila dilihat dari sisi balang akan kelihatan hijau.. dan kelihatan biru apabila suluhan lampu dari atas.
- terkadang warna irid menjadi terbalik iaitu biru kehijauan.. ia dikira sebagai minor fault.
- Scale irid atau bintik ini perlu lebih tebal daripada imbellis asli namun tidak bersambung dan bintik lebih tersusun seperti biji jagung.
- Irid bar pada penutup insang/operculum mesti mempunyai dua garis menegak dan mengikuti warna seperti pada badan.
- Irid pada caudal/ekor berbentuk seperti kanta cembung dan sekata dengan garis antara 10 atau 11 yang terbuka seperti bintang.
- irid pada anal fin/layar bawah berwarna hijau kebiruan dengan garis-garis yang sekata.
2. Warna merah dan hitam pada caudal dan anal fin.
- ketebalan warna merah pada caudal/ekor perlu sekata dari atas ke bawah dengan pembahagian ideal antara merah dan coklat kehitaman adalah 1 : 3. Ini akan membuatkan warna merah menjadi seperti banding yang membentuk seperti bulan sabit. Warna merah dan coklat hitam ini seharusnya memiliki kadar kontra yang tinggi yang mana sempadan antara kedua warna ini dapat dilihat dengan jelas. Pada hujung caudal pula perlu ada satu garis lapisan hitam nipis.
- warna merah pada hujung anal fin juga seharusnya dapat dilihat dengan jelas dan terputus. Ianya akan membentuk seperti segi tiga kecil pada hujung anal fin. Kadar sebaran warna merah pada anal fin yang terlalu banyak sehingga ke bawah abdomen boleh membawa kepada major fault.
3. Warna dorsal/layar atas.
- warna dasar pada dorsal seharusnya adalah coklat gelap dengan irid hijau kebiruan. Garis-garis yang berlapis-lapis perlu kelihatan dengan jelas.
- Perlu ditekankan bahawa warna merah pada bahagian atas dorsal adalah menjadi satu kesalahan di mana ia boleh membawa kepada major fault jika kadar merah memenuhi ruang dorsal melebihi dari 1/2 atau 50%..
Sekian.. sila baca.. membaca jambatan ilmu.. Rujuk juga contoh gambar ideal dari segi form dan warna bagi Imbellis hybrid.
No comments:
Post a Comment