Trending

Thursday 4 April 2019

CARA MUDAH MENGEKALKAN KELEMBAPAN TANAH DENGAN LEBIH LAMA



TIPS BERKEBUN
==============
CARA MUDAH MENGEKALKAN KELEMBAPAN TANAH DENGAN LEBIH LAMA TANPA PERLU SIRAM POKOK SELALU.
Dari awal era 1970-an lagi, Media tanah campuran Peat Moss atau Coco Peat adalah media yang lazim dan di antara yang popular digunakan di Malaysia yang bercuaca panas dan lembap. Peat Moss mempunyai kelebihan untuk mengekalkan daya kelembapan tanah yang lebih tinggi berbanding jenis media yang lain.
Tetapi tahukah anda sejak kebelakangan ini, dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat di dalam bidang pertanian, petani moden di negara negara seperti US, eropah, Jepun dan Thailand telah MENAMBAHKAN satu lagi elemen di dalam media tanah iaitu Super Absorbent Polymer (SAP).
SAP merupakan bahan polimer yang mempunyai keupayaan untuk menyerap dan memegang air beratus-ratus kali ganda beratnya semasa kering. Ia juga berfungsi untuk melepaskan air ke media sewaktu tanah mulai kering (cuaca panas) dan moisture level content berkurang.
Fungsinya se akan sama seperti POWERBANK untuk gadget kita yang memerlukan kuasa apabila hampir kehabisan bateri. Bagi pokok pula, Gel SAP melepaskan air kepada akar dan tanah apabila keadaan sangat memerlukan seperti dalam keadaan cuaca panas dan kelembapan tanah semakin berkurangan.
Dengan adanya gel SAP ini, media tanah anda akan menjadi lebih cekap dalam pengurusan dan pembekalan air kepada pokok anda. Gel SAP ini adalah NON-TOXIC, HARMLESS dan NON-POLLUTING. Ianya sesuai untuk digunakan pada SEMUA jenis pokok dan bertahan di dalam tanah maksimum 5 tahun sebelum ianya terurai (biodegradable).
Gel ini bukan lah seperti baja di mana anda perlu letak dan tambah dalam masa tertentu. Gel ini hanya perlu diletakkan SEKALI SAHAJA (purata satu sudu teh untuk setiap pokok) dalam tempoh 5 tahun dan dalam tempoh ini, gel akan bekerja menyerap air dan melepaskan air berulang ulang kali.
Di Malaysia, penggunaan Gel SAP masih belum meluas. Malah, ada petani dan pekebun masih lagi tidak tahu kewujudan teknologi seperti ini walaupun sudah terbukti oleh negara-negara maju bahawa SAP membawa banyak kebaikan pada pokok dan meningkatkan yield atau pengeluaran dari segi kesuburan, kuantiti dan saiz tanaman.
Mungkin faktor kos tambahan di mana bagi saya adalah sangat minima dan juga kurang pendedahan adalah punca SAP belum lagi meluas digunapakai di Malaysia. Namun, buat masa ini, Gel SAP amat praktikal untuk diperkenalkan kepada pekebun bandar, pekebun mini dan peminat pokok yang menanam di halaman rumah dan menanam pokok dalam berskala kecil.
Memang kita semua tahu, orang yang minat gardening ni, orangnya jenis teliti. Semestinya gardeners mahukan pokok mereka lah yang paling cantik di antara semua jiran dalam kawasan perumahan mereka, pokok mereka lah yang paling subur dan sihat dan pokok mereka lah yang paling cantik berbunga dan paling banyak berbuah.
Tetapi faktor masa, sibuk bekerja dan tenaga untuk berkebun juga merupakan faktor kritikal yang menyebabkan tanaman mereka terbiar. Lagi lagi bab nak menyiram tu, memang selalu terlepas pandang!
Kalau dah ada teknologi untuk menyenangkan kita dalam melakukan sesuatu kerja, why not kita gunakan. Lagi bagus kalau kita adalah orang yang terawal (pioneers) menggunakan teknologi baru, yang mmg boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, dan bimbingan kepada teman teman yang belum tahu.
Terdapat 6 kelebihan dan kebaikan menggunakan Gel ini pada tanaman anda. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelebihan GEL Super Absorbent Polymer ?,
.
Berminat nak tahu lebih lanjut? Boleh WHATSAPP terus pada saya dengan klik link dibawah:




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts