Biasanya pokok durian ditanam melalui biji dan berbuah sekurang-kurangnya 6 hingga 10 tahun bergantung pada penjagaan dan pembajaan. Jika melalui kaedah cantuman, durian berbuah lebih cepat iaitu lebih kurang 4 hingga 5 tahun sahaja.
Ada beberapa cara cantuman yang biasa dibuat di nursery-nursery buah-buahan iaitu teknik cantuman baji, dimana batang pokok penanti akan dibelah dua berbentuk V dan bercantum dengan scion yang akan kita kawinkan.
Satu cara lagi iaitu melalui teknik cantuman mana tunas, dimana mata tunas dari dahan yang akan kita kawinkan di potong kulitnya seperti segi empat dan di tampal ke batang pokok pananti.
Ada beberapa lagi teknik lain cara mencantum durian tapi dua kaedah diatas antara yang paling banyak dilakukan.
Tak sangka pula di Indonesia, ada cara terbaru menanam pokok durian supaya tumbuh dan berbuah lebih cepat melalui keedah 'Cutting" iaitu batang dari pokok induk durian akan dipotong atau digergaji dan hujungnya akan di sapu dengan hormon penggalak akar.
Jika kita perhatikan gambar dan video di bawah ini, lelaki ini menggunakan 'Nature Stek' yang mampu membuatkan batang durian mengeluarkan akar. Pada akhir video tersebut, kelihatan tunas baru keluar pada batang pokok durian yang di semai dalam pasu besar.
Di Malaysia belum pernah saya nampak kaedah ini dibuat, mungkin lepas ini korang boleh cuba kaedah ini. Namun saya beritahu awal-awal yang saya tidak ada menjual hormon akar tersebut.
Kelebihan teknik ini ialah pokok durian akan berbuah lebih cepat, mungkin dua atau tiga tahun sahaja. Memang bijak dan kreatif betul kan!
Lihat gambar dan video di bawah. Selamat mencuba!
Batang durian yang di potong dan di sungkup menggunakan plastik lutsinar.
Lihat hasilnya menggunakan hormon akar, nampak tak tunas baru dah keluar kan....
Batang durian yang di potong dan di letakkan hormon akar
Haaa! nampak tak tunas baru dah keluar, anggaran lebih kurang 1 bulan selepas di semai
Tonton video di bawah dengan lebih jelas
Boleh dapatkan info pembekal Nature Stek di Malaysia?
ReplyDelete