Trending

Tuesday, 16 April 2019

Cara Cantum Mangga 10 Jenis Dalam Satu Pohon


Betul ke mangga boleh berbuah lebih dari satu jenis dalam satu pohon? jawapannya YA. Cara cantumannya sama dengan cara mencantum durian, avocado, manggis dan sebagainya.

Sebaik baiknya buat cantuman pada pokok mangga yang banyak dahan dan sudah besar, alat-alat yang digunakan ialah pisau penoreh, parafilem atau plastik cantuman dan plastik sungkupan (plastik ice cream pun boleh)

Mula-mula potong dahan mangga yang kita hendak buat cantuman dan belah di tengah-tengah berbentuk V seperti gambar dibawah


Tunas mangga yang kita mahu cantum perlu di toreh seperti pensel berbentuk V



Ikat dengan plastik cantuman, balut keseluruhan tunas yang dicantum supaya tidak kering oleh cahaya matahari


Tutup dengan plastik ice cream selama sebulan


Selepas sebulan buka plastik sungkupan, selepas 2 tahun, pokok sepatutnya sudah mula berbuah, jangan lupa tabur dengan baja subur dan baja penggalak buah.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts