Perasan tak pokok yang anda tanam lambat tumbuh atau mengeluarkan tunas baru, berbuah tapi tak lebat, ataupun diserang penyakit hingga nampak tak bermaya ibarat 'hidup segan, mati tak mahu'... karam sing walia melaporkan...
Sebelum menulis lebih panjang, saya Donny Ien, penulis blog ini yang suka berkongsi banyak ilmu dan tips pertanian serta menjual pelbagai benih buah-buahan secara online. Saya sangat meminati bidang pertanian kerana ia adalah nadi dan sumber terpenting pendapatan negara kita. Kalau tiada pertanian, tiadalah kita mau makan... anda faham maksud tersirat? fikir-fikirkan sendiri kio...
Fokus utama saya ialah ingin membantu para petani untuk memajukan diri dalam bidang ini dengan perkongsian ilmu, tips dan teknologi terkini yang sudah lama di praktikan di negara lain. Sekurang-kurangya ia dapat membantu saya sendiri untuk belajar bagaimana cara bertani dengan lebih baik untuk meningkatkan tarap hidup.
Okey, cukup untuk intro, artikel pagi ini saya kongsikan bagaimana cara buat baja FAA yang diperbuat daripada ikan dan gula merah. Bahan-bahannya sangat simple tapi kesannya amat mujarab! anda sendiri boleh buat dirumah. Modal pun murah ja.
Apa itu baja FAA? Fish Amino Acid ( FAA ) merupakan cecair dari proses pereputan ikan yang menghasilkan asid amino dan ianya merupakan bahagian terpenting dari protein. FAA merupakan penghasilan yang baik untuk kehidupan dan pertumbuhan mikrob dan juga tumbuhan kerana mengandungi pelbagai nutrien dan berbagai jenis asid amino dan komponen protein lain untuk pertumbuhan pokok lebih cepat dan sihat.
Selain itu kelebihan baja ikan ini kaya dengan kalsium dan unsur-unsur micro yang lebih kecil dan diperlukan oleh pokok untuk tumbuh subur. Penggunaan baja ini membuat pokok akan lebih rintang penyakit dan tumbuh lebih subur serta berbuah lebat. Kalau macam tu, memang baja ini sangat bagus untuk tumbesaran pokok.
CARA-CARA:
Berikut adalah cara bagaimana membuat baja ikan atau dikenali FAA (Fish Amino Acid) menggunakan ikan dan Molusses atau gula merah untuk foliar spray atau baja semburan di daun.
1. Beli ikan di pasar, lebih kurang 2-3 kilogram, apa-apa jenis ikan pun boleh, tak perlu buang isi perut. Potong-potong ikan tersebut menjadi 3-4 ketul. Sediakan baldi atau tong cat terpakai untuk meletakkan bahan-bahan yang akan dijadikan baja.
2. Sediakan gula merah sebanyak 2 liter yang sudah di bancuh dalam bekal botol minuman. Masukkan kesemua gula merah ke dalam baldi
3. Lepas tu, masukkan pula ikan yang telah di potong tadi
4. Gaulkan hingga sebati kedua-dua bahan ini
5. Kedua-dua bahan tadi dicampur di dalam bekas dan ditutup dengan kain, ikat dengan ketat kemudian disimpan selama sebulan di tempat yang teduh dan gelap, asalkan bukan di bawah matahari.
6. Selepas 1 bulan tapis airnya dan boleh digunakkan untuk semburan pokok. Baja ini peram lebih lama lagi bagus.
Gambar dibawah iaitu baja yang sudah di peram selama sebulan boleh digunakan terus untuk tanaman anda.
Ikan mengandungi kandungan NPK 5:1:1 dan Trace Element yang sangat tinggi, ianya amat bagus untuk membantu tanaman anda tumbuh subur dan berbuah lebat.
CARA GUNA"
- Campurkan baja ikan (FAA) dengan kadar 50 ml kepada 10 liter air. Kacau campuran tersebut sehingga rata.
- Sembur campuran tadi ke daun atau/dan jirus di sekeliling pokok. ( Seeloknya waktu pagi, tanpa sinaran terik matahari. )
- Guna mengikut keperluan pokok tersebut. Biasanya 1 minggu sekali.
Menurut kajian, baja ikan atau amino asid FAA ini amat baik untuk menentukan kesuburan pokok yang maksima dan ketahanan dari segala penyakit, serta untuk penghasilan buah/bunga yang berkualiti dan meningkatkan produksi pokok.
KELEBIHAN DAN MANFAAT
1. Memberi daya tahan penyakit dan serangan serangga dan perosak
2. Memanjangkan proses menghasilkan debunga, daya ketahanan pokok bunga lebih lama
3. Memanjangkan usia tanaman
4. Melebatkan dan menambahkan hasil pengeluaran tanaman anda
No comments:
Post a Comment