Trending

Tuesday, 23 April 2019

Dua tahun bercinta Rihanna sedia jadi isteri jutawan Arab Saudi Baca lebih lanjut


PENYANYI sensasi Rihanna menyatakan kesediaan menjadi isteri kepada jutawan Arab Saudi, Hassan Jameel sekiranya dilamar dalam masa terdekat.
Menurut sumber terdekat, penyanyi kelahiran Barbados itu cukup gembira dengan hubungan yang dijalinkan sejak dua tahun lalu.
Rihanna yang terkenal dengan lagu Unfaithful itu dilaporkan pernah putus cinta dengan Hassan pada Julai lalu.
Namun pasangan secocok itu baru-baru ini dirakam sedang menikmati makan malam romantis di kota New York.
Bagaimanapun ia bukan kali pertama khabar angin mengenai perkahwinan pasangan itu dilaporkan media.
Dalam perkembangan terkini, Rihanna baru sahaja dipilih menjadi penghias muka depan majalah terkenal Vogue edisi Australia.



Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts