Trending

Thursday, 13 September 2018

KHODAM MINYAK SENYONYONG ILMU ASMA QUSHAM



KHODAM MINYAK SENYONYONG.
ILMU ASMA' QUSHAM.
Assalam.....sahabat-sahabat yang aku hormati semua, tidak kira dimana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala Puji Syukur Kehadirat Allah s.w.t. Selawat senantiasa dihatur kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dgn menharap ridho Allah s.w.t. Dan dgn kerendahan hati yg paling dalam, izinkan aku yg miskin ilmu ini berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Insya'Allah...
Nah..hari ini aku akan tulis seperti biasa pengalaman aku tentang alam ghaib.
Tentu sahabat tahu apa itu " Minyak Senyonyong ", atau Minyak Dagu, aku rasa ramai sahabat-sahabat dah tahu tentang minyak ini. Ok..Aku akan membeberkan secara ringkas sedikit tentang Minyak Senyonyong ni, sebelum aku bawa sahabat ke alam ghaib. Ok...mari.
Minyak Senyonyong atau Minyak Dagu ada juga orang sebut Minyak Mati Di Bunuh. Di tempat lain ada yang menyebutnya minyak pelet atau guna-guna. ( tiwalah ).
Minyak Senyonyong atau Minyak Dagu, memang di buat dari dagu yang di bakar dengan lilin sehingga keluar minyak dari dagu yang di bakar itu, lalu di tampung dengan tempurung kelapa. Tetapi bukan semua dagu yang dapat hasilkan minyak Senyonyong. Dagu yang dicari adalah dari anak dara sunti yang mati pada hari Jumaat dan juga lahir di hari yang sama. Dan juga tarikh dia lahir dan dia mati, sama hari, sama bulan. Mayat yang macam inilah yang boleh di hasilkan Minyak Senyonyong atau Minyak Dagu. Dan juga mati di bunuh. Ok, mari ikut aku kita bongkar asal usul minyak ini dan untuk tujuan apa minyak ini di gunakan.
Memang usianya hampir 100 tahun ketika Aki Lamat meninggal dunia. Tetapi seisi kampung telah menganggap Aki Lamat seolah-olah bertukar nyawa dengan Mat Don yang disangka mati, tetapi bingkas bangun tatkala tengah dimandikan. Dalam masa orang-orang kampung mahu mengambus tanah kubur yang digali, maka digantikan dengan batang pisang, tiba-tiba sahaja mereka telah diberitahu mengenai kematian Aki Lamat. Lantas Siak Deraman telah mengingatkan mereka semua bahwa perkara bertukar nyawa sekadar anggapan mereka sahaja. Masakan sesiapa boleh menentukan perkara yang hanya Allah Azza Wajjala, sahaja yang mengetahui. Tentu abangnya, Mat Don masih belum mati semasa mereka bujurkan tubuhnya semacam mayat terkejang tetapi sekadar keadaannya " Mati Surri " seolah-olah sudah meninggal dunia.
Manakala Aki Lamat pula sudah lama benar terlantar akibat usianya sudah terlalu tua, tatkala usianya sudah 90 tahun pun, Aki Lamat tetap berkeras juga mahu berkawin lain disebabkan isterinya Sia Lidan sudah bertahun-tahun meninggal dunia. Sepi sangat dia tinggal berseorangan setelah anak-anak jarang menjengahnya di rumah. Mat Don lah satu-satunya yang mahu bantu dia apabila dia mahu berkawin dengan Ciklin yang sudah lama menjanda itu. Tidak membantah pun Ciklin apabila dia dilamar oleh Aki Lamat sekali pun dia tahu jarak umur mereka terlalu jauh berbeza.
Apalah sangat Ciklin peduli dengan umur Aki Lamat yang sudah menjangkau 90 tahun, kalau dibandingkan dengan tubuhnya yang masih gagah mencebak tanah di kebun. Kulit lengannya juga masih belum kendur bagaikan lelaki yang perkasa. Sebab itu Ciklin percaya Aki Lamat mampu melindungi dirinya yang baru berumur dalam 30an itu.
" Tak siapa nak jengah aku kalau sakit pening, Don." ujar Aki Lamat yang meluahkan rasa sepi dihatinya tatkala memberitahu Mat Don hasratnya mahu meminang Ciklin.
" Aki berkenan dengan budak Ciklin ke...?" sengaja Mat Don mahu menduga hati orang tua itu.
" Kamu nampak tak ke muda sangat kalau dibandingkan dengan aku..?" tersengih-sengih Aki Lamat kerana bimbang Mat Don akan mengejeknya.
" Perkara jodoh bukan boleh banding dengan umur, Aki." beritahu Mat Don seolah-olah bersetuju dengan keputusan Aki Lamat.
" Sudikah Ciklin tu menerima, kalau aku minta dia..?" bimbang juga Aki Lamat sekiranya janda muda berkenaan menolak lamarannya.
Malu juga Aki Lamat sekiranya Ciklin menolak disebabkan belum pernah lamaran dia ditolak oleh sesiapa pun. Setelah beberapa kali menduda, memang hampir 20 kali juga Aki Lamat berkawin lain sekali pun jodohnya tidaklah berpanjangan. Tetapi anaknya tidaklah ramai sangat setelah beberapa kali berkawin. Tersenyum Mat Don apabila Aki Lamat sengaja merendahkan diri tatkala berhasrat mahu meminang Ciklin.
Tahu sangat dia mengenai kebolehan Aki Lamat apabila hatinya mula terpikat dengan seorang perempuan dimana-mana pun. Kadang kala diketuknya sahaja jari pada bendul, nescaya perempuan itu melirik seyum, nescaya Aki Lamat sudah dapat membaca isi hatinya. Masakan Ciklin mahu membantah sekiranya Aki Lamat sudah membuka mulut mahu melamarnya.
Memang Mat Don tahu mengenai Minyak Senyonyong yang disimpan oleh Aki Lamat akan diasap dengan kemenyan apabila dia terpikat dengan anak gadis sekali pun. Tatkala botol minyak diasapkan dengan kemenyan, dia akan bacakan(seru Puteri 7) serapah sebanyak 7 kali.
" HAI INSAN WAHDI INSAN.
HAI WAHDI MANI MANIKAM.
AKU TAHU ASAL KAU JADI SI ANU.
RUSUK KIRIKU ASAL KAU JADI.
MASUK KAU KE BATANG TUBUH AKU.
KEMBALI KEPADA AKU.
KEMBALI KEPADA SI ANU.
BERKAT HUUUU......" 7x.
Sekiranya minyak di dalam botol berbuih bagaikan dipusar angin, Aki Lamat tahu jiwa perempuan berkenaan tengah bergelora. Ketika ini dia akan menepuk bantal 3 kali, kemudian akan dilambungkan ke udara 7 kali berturut-turut. Dia akan memerhatikan bantal berkenaan jatuh, sama ada menjunam atau tidak berpusing langsung.
Memang Aki Lamat dapat mengagak perempuan yang dipikat akan segera menjengah datang sekiranya bantal berkenaan jatuh menjunam. Apabila bantal yang ditepuk tidak memberi kesan, dia akan gosokkan Minyak Senyonyong pada alis mata hingga pada atas bibir. Dia akan membayangkan(makrifat) perempuan berkenaan datang menjelma di depannya hingga jelas tercegat di situ. Kemudian dia akan memicit lambungan rusuk sebelah kiri(asal usul Hawa diciptakan dari tulang rusuk) lantas menyeru :
" AKU TAHU ASAL KAU JADI.
WAHNI WAHDI MANI MANIKAM ASAL KAU JADI.
MASUK KAU KE LAMBUNGAN KIRI AKU.
DI SITU TEMPAT ASAL KAU JADI.
BERKAT HUUU....."
Aki Lamat menunggu hingga terasa pada rusuknya senak bagaikan tersengkang ditampan kayu yang mencodak. Setelah ditepuk sebanyak 3 kali, nescaya rasa senak itu akan hilang secara serta merta. Ketika ini dia tahu perempuan berkenaan akan terjun ke tanah menyerbu ke rumah Aki Lamat.
" Orang macam Aki, takkan Ciklin menolak...?" terkekeh-kekeh Mat Don ketawa mengusik orang tua itu apabila dia bimbang sangat Ciklin akan menolak lamarannya.
Apa lagi Mat Don sendiri yang diharapkan oleh Aki Lamat untuk merisik ke rumah keluarga Ciklin.
" Belum tahu lagi, Don." ujar Aki Lamat sambil tersenyum apabila kenang bukan mudah mahu memujuk perempuan itu.
" Ah, Aki jangan nak sembunyikan kuku pula...!!" sengaja Mat Don mengejek.
" Sia Lidan dulu pun Aki boleh dapat." tuturnya sambil mencebekkan bibir apabila kenangkan bagaimana orang tua itu boleh memikat Sia Lidan di Sabah.
Siapa yang akan berani mengusik Sia Lindan kalau melintas tatkala berjalan turun ke sawah...? Cubalah mengganggu Sia Lidan, tentu akan diserbu oleh ayahnya Wak Gabah...! Asal sahaja Wak Gabah mendengar anak gadisnya telah diusik, nescaya dia akan menghunuskan parang. Lantas sahaja Wak Gabah akan mencekak leher dengan parang menghiris telinga. Memang Sia Lidan mempunyai rupa paras yang memikat hati ramai orang lelaki yang menyebabkan dia lah yang satu-satunya menjadi bunga tumpuan di dalam kampung. Bukan sahaja rupa paras yang cantik, Sia Lidan juga ramah asal sahaja bersua muka.
Tetapi tidak ada sesiapa pun yang berani mengusiknya apabila kenangkan Wak Gabah dengan misainya yang melentik itu. Tidak ada sesiapa pun yang berani menentang muka Wak Gabah apabila dia sudah membentak marah. Seisi kampung telah melihat sendiri bagaimana kejadian Usup Tibai cuba menunjukkan keras kepala dengan menjerkah isteri Wak Gabah disebabkan permatang sawahnya telah terpokah. Tatkala Siah Uban telah memasukkan air ke dalam lopak, memang dia telah memokah permatang di sempadan sawahnya. Siah Uban mengaku dia bersalah kerana tidak meminta kebenaran Usup Tibai terlebih dahulu sebelum memokah permatang tersebut yang menyebabkan sawah Usup Tibai telah kekurangan air.
Tetapi Usup Tibai tidak peduli ada meminta maaf atau tidak. Lantas sahaja dia telah mencekak rambut Siah Uban sekali pun perempuan itu berkali-kali meminta maaf. Memang dia tidak menyangka Usup Tibai akan marah menyinga hingga sebegitu sekali walaupun sekadar permatang sawahnya dipokah lantas menyebabkan anak padi tidak cukup air. Lagi pun bersempadan sawah apa sangat mahu berkira hingga tidak boleh terlebih kurang langsung...!
Tersinggung sangat Usup Tibai apabila permatang sawahnya dipokah Siah Uban seolah-olah mahu mencabar dirinya. Mentang-mentang lah seisi kampung tidak berani mengangkat muka di depan Wak Gabah, sengaja pula Siah Uban mahu memperolok-olokkan dirinya.
" Kita bersempadan sawah, elok-eloklah bertolak ansur, Sup."
" Tolak ansur apa..? Kalau nak pijak kepala aku..!" sahut Usup Tibai yang tidak dapat menahan sabar lagi.
" Siapa pijak kepala engkau....?"
" Siapa pijak kepala engkau.....?"
Tiba-tiba sahaja Usup Tibai merasakan pipinya telah ditampar keras. Dia tercampak ke tepi permatang sawah lantas kepalanya pun dipijak oleh Wak Gabah hingga mukanya tertumus ke lumpur. Hairan juga Mat Teror bagaimana tiba-tiba sahaja Wak Gabah terjongol di situ. Siapa pun tidak dapat menyedari bagaimana kelibat Wak Gabah terpacul sekali gus pada masa isterinya dicekak rambut oleh Usup Tibai.
Apa lagi, sebaik sahaja Usup Tibai bangun segera sahaja dia menghunuskan parang di pinggang. Dia pun menetak Wak Gabah hingga mata parang pun singgah pada lengan. Tetapi mata parang Usup Tibai menggelebek sampai sumbing mata laksana ditetakkan pada besi yang melintang.
Kalau tidak disebabkan Aki Lamat yang memujuk, belum tentu lagi Wak Gabah akan mahu mengalah. Mahu saja dia mencekak leher Usup Tibai setelah lelaki itu berkeras sangat mahu mencederakan dirinya. Masakan Usup Tibai tidak tahu bahawa buaya yang berada di tengah arus pun lari berdecau-decau asal sahaja Wak Gabah terjun ke dalam air.
Asal sahaja dapat dicekak ekor buaya itu, nescaya dia akan diheretnya naik ke tebing macam menarik aur songsang di tengah belukar. Buaya yang diheret naik itu sekadar menepuk-nepuk air dengan tidak melawan apa-apa. Kalau buaya di tengah arus pun tidak berani menunjukkan bisa taring, kenapa Usup Tibai sengaja mahu berkeras melawan...? Dia seolah-olah sengaja mahu mencari geruh apabila berani mencekak rambut Siah Uban disebabkan semata-mata permatang sawah di sempadan terpokah. Lagi pun Siah Uban tu adalah sepupunya dilawan berkasar.
Tetapi tiba-tiba hati Usup Tibai memberang tidak menentu tatkala melihat anak padinya di tengah lopak tidak mempunyai air yang cukup. Sebab itulah dia menyerbu Siah Uban semasa perempuan itu sedang terbongkok-bongkok mencebak rumput di tepi permatang.
" Sabar Wak, buat apa lawan dengan Usup Tibai...? Satu-satunya yang berani memujuk Wak Gabah yang tengah memberang itu memang Aki Lamat sahaja.
" Dia nak tunjuk keras kepala dengan aku...!" bentak Wak Gabah yang masih tidak puas hati dengan sikap sepupu isterinya itu.
" Ah, Usup Tibai ni Wak terikat tangan pun dia tak terlawan." sengaja Aki Lamat mengusik biar lelaki itu mengendur.
Tersenyum Wak Gabah apabila Aki Lamat bandingkan dirinya tidak setanding dengan Usup Tibai. Kalau Aki Lamat tidak ungkit pun, seisi kampung sudah tahu masakan Usup Tibai boleh mengalahkan Wak Gabah.
Bukan takat boleh cekak buaya yang di tengah arus sahaja, malah ditimpa pokok 5-6 pemeluk pun Wak Gabah tidak mengalami kecederaan apa-apa. Sebab itu seisi kampung tidak berani mengangkatkan muka sekiranya Wak Gabah sudah membentak marah. Tetapi dia tidak akan berkeras apabila Aki Lamat yang memujuknya. Mudah sahaja dia akan mengalah asal sahaja sudah bertentangan mata dengan Aki Lamat. Dalam masa mereka di kampung tidak berani mengusik Sia Lidan, dia satu-satunya yang memberanikan diri datang melamar.
Wak Gabah sendiri tidak membantah apa-apa sebaik sahaja Aki Lamat sudah masuk meminang. Memang Mat Don tahu sangat rahsia disebalik keberanian Aki Lamat. Asal sahaja dia sudah menyapu Minyak Senyonyong pada alis matanya, nescaya harimau yang garang di tengah hutan juga akan menjadi lemah tidak bertenaga. Tentu harimau berkenaan tidak akan dapat melompat menerkam ke arahnya sampai mengerkah tengkuk. Apa sangatlah dengan Wak Gabah tengah memberang jikalau dibandingkan dengan harimau mengaum garang yang mahu menerkam mangsa.
Mat Don sendiri melihat Aki Lamat tidak berundur tatkala terserempak dengan harimau di tengah hutan. Semasa mereka berdua berjalan masuk ke hutan mencari rotan sengaja Aki Lamat yang berjalan di hadapan. Memang mereka berdua bersama-sama ke hutan sekiranya mencari rotan. Tambahan pula Aki Lamat akan mencari akar kayu untuk dibuat ubat.
Kadangkala orang-orang kampung akan meminta Aki Lamat mencarikan ubat akar kayu disebabkan mujarab sangat diminum perempuan yang baru lepas bersalin.
Sewaktu melalui lorong yang dikelilingi pohon renek, tiba-tiba sahaja harimau belang muncul menjongolkan kepala. Cepat-cepat pula Mat Don berundur mahu mencari pokok untuk berlindung. Tetapi dia terpegun apabila Aki Lamat terus tercegat tidak bergerak sebaik sahaja berhadapan dengan harimau berkenaan.
" Hei..orang tua, pergilah cari makan di tempat lain...!" ujar Aki Lamat yang masih tidak berganjak sambil merenung harimau tersebut yang mara ke arahnya.
Lama harimau tersebut mencakar-cakar tanah, kemudian terus menghambur ke tengah belukar. Memang Mat Don nampak harimau berkenaan seolah-olah tidak mampu mahu menerkam Aki Lamat. Sebab itu Mat Don tahu Aki Lamat tidak akan diterkam oleh harimau asal sahaja Minyak Senyonyong sudah disapu ke mukanya. Bila-bila sahaja harimau garang akan tunduk tidak membuka taring jikalau sudah berdepan dengan Aki Lamat.
CARA MENBUAT MINYAK SENYONGYONG.
Perkara Minyak Senyonyong itu tidak sama dengan Minyak Dagu kerana Aki Lamat akan tampung didalam tempurung setelah masak santan nyiur (kelapa) hijau. Dia sanggup memanjat pokok kelapa hijau pada tengah malam lalu memetik buah dan digantungkan pada lehernya supaya tidak jatuh terhempas ke tanah.
Setelah diparut, dia akan perah santan lalu dibuat minyak. 7 jenis bunga berbau harum akan dijadikan ramuan dengan 7 helai akar serai bunga.
Kemudian dia akan tapakan ramuan itu selama 7 malam di atas bumbung rumah biar dihurung oleh serangga atau pun burung. Aki Lamat akan hayunkan kain putih yang diikat dengan benang 7 warna semasa minyak berkenaan ditapakan sampai 7 malam. Dia tahu minyak berkenaan akan dijengah oleh 7 puteri yang turun dari udara.
Tatkala 7 puteri ini melayang turun, lembaga besar belakang berbonggol akan datang mengganggu. Apabila dia hentakkan kakinya ke tanah, sekali gus kawasan berkenaan akan menjadi gelap seperti diserkup dengan hutan buloh yang luas. Tetapi 7 puteri ini tidak akan mengalah sebaik sahaja sudah tercium bau 7 jenis bunga yang ditapakan oleh Aki Lamat pada bumbung rumah itu.
Lantas Puteri 7 akan kibaskan kain selendang kuning layang yang dipakainya lalu menyebabkan hutan buloh itu musnah terbakar dijilat api.
Marah benar lembaga bertubuh besar itu apabila api telah mengancamnya dari segenap penjuru. Lembaga bertubuh besar itu pun tertunduk malu sebaik sahaja Puteri 7 akan ungkitkan pasal dirinya yang disumpah hingga menjelma dengan belakang berbonggol. Kalau tidak disebabkan dia gunakan Minyak Dagu untuk memikat perempuan, memang Puteri 7 tidak akan menyumpah sedemikian.
ASAL USUL PENUNGGU MINYAK DAGU.
Tahu sangat Puteri 7 bagaimana lelaki berkenaan sengaja menunggu berita kematian gadis sunti, kemudian beliau akan menggali kuburnya pada waktu tengah malam. Sanggup sahaja dia melangkah ke kawasan tanah perkuburan dengan membuang semua pakaiannya berbogel.
[ maaf, ye sahabat tak sensor sikit ]
Biarlah angin kencang bersama petir berdentam, lelaki itu tetap berkeras meraduk kegelapan malam. Terus sahaja dia menggali kubur gadis sunti itu dalam keadaan berbogel, yang baru sahaja dikebumikan pada siang harinya. Sebaik sahaja mayat gadis sunti di dalam liang lahad itu ditarik keluar, dia akan membakar dagu mayat itu dengan api lilin sehingga minyak mula menitik. Segera ditadahnya dengan tempurung kelapa minyak yang mengalir pada dagu mayat itu. Ketika ini lelaki berkenaan akan mendengar jeritan kesakitan sayup-sayup di udara, tetapi dia tetap berdegil dan tidak menghiraukannya.
Dia tetap bertahan sekali pun lembaga besar muncul menjelma di depannya. Tersengih-sengih lembaga besar itu tatkala melihat lelaki berkenaan melayur dagu mayat tersebut semata-mata mahu mendapatkan minyaknya. Setelah siap dilayur dengan api lilin, dia akan memasukkan kembali mayat berkenaan ke dalam liang lahad. Memang lembaga bertubuh besar itu akan menjilat Minyak Dagu yang ditadah di dalam tempurung itu.
MINYAK SENYONYONG.
Tetapi Minyak Senyonyong Aki Lamat tidak sama dengan Minyak Dagu berkenaan. Apabila lelaki itu disumpah menjadi lembaga besar dengan belakang berbonggol, ia sentiasa memusuhi Puteri 7.
" Kamu nak perdaya orang dengan Minyak Dagu...!" Puteri 7 mengejek lembaga bertubuh besar yang bersatu dengan lelaki berkenaan.
" Apa kurangnya kamu nak perdaya orang dengan Minyak Senyonyong...!" lembaga bertubuh besar itu pulak berkata sambil mencemikkan muka.
" Tapi, kami tidak menyuruh orang mengali mayat...!" sahut Puteri 7 mempertahankan amalan Minyak Senyonyong berkenaan.
" Minyak kamu ditapa dulu di atas bumbung rumah." terus sahaja lembaga bertubuh besar itu mengejek Puteri 7.
" Kami tak menyusahkan orang, kalau mereka tak salah gunakan...!" beritahu Puteri 7 mengenai amalan Minyak Senyonyong yang ditapakan di atas bumbung rumah itu.
Tetapi Aki Lamat tidak akan membiarkan lembaga bertubuh besar itu mendekati dirinya disebabkan mahu mencuri botol Minyak Senyonyong berkenaan. Sebab itulah dia menyeru Puteri 7 supaya sentiasa mengawasi Minyak Senyonyong yang disimpan itu. Bau harum Minyak Senyonyong akan menjadi lebih semerbak setiap kali Puteri 7 menjelma sambil membawakan 7 jenis bunga yang berbau wangi.
Setiap kali turun dari rumah, Aki Lamat akan tuangkan minyak berkenaan pada jari manis kemudian akan disapukan pada alis mata. Jikalau dia bercakap dengan siapa pun lantas minyak itu akan disapukan pada bibirnya. Bila-bila sahaja tutur katanya akan sentiasa dituruti orang selepas menggunakan amalan Minyak Senyonyong itu. Sebab itu Puteri 7 telah mengingatkannya supaya tidak menyalahgunakan minyak berkenaan hingga boleh memudaratkan orang lain. Memang Aki Lamat patuhi mengenai amalan berkenaan tatkala Puteri 7 menjelma disisinya.
Jikalau harimau garang mahu menerkam, cukuplah sahaja dia mengisarkan tumit ke tanah sambil membaca :
" KAF HA YA AIN SHOD. HA MIM AIN SIN QOF."
Nescaya harimau gagah itu akan menjadi lemah tidak bertenaga. Sekiranya tidak dipulihkan nescaya berbulan-bulan harimau tersebut tidak akan mampu mengerkah mangsa hingga kebuluran tidak boleh menjamah makanan. Lama kelamaan harimau tersebut akan terkejang mati akibat tidak dapat menjamah makanan.
Sebab itu Aki Lamat mesti pulihkan semula bisa taring harimau tersebut setelah binatang itu melompat lari meninggalkan dirinya. Dia mesti kuis tanah di kaki dengan ibu jari sambil membaca :
" YASSIN, ALIF LAM MIM, QOF. INNAHU MIN SULAIMAN WA INNU BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM." 3x.
Biar bisa taring harimau tersebut pulih semula. Apalagi dengan Wak Gabah yang tengah membentak marah, setelah dipujuk memang Aki Lamat akan pulihkan semula tenaganya. Kalau Wak Gabah menjadi lemah, lambat laun dia akan melihat Aki Lamat sama seperti Puteri 7 juga. Nescaya dia akan memburu Aki Lamat sambil merayu-rayu di depan Puteri 7. Tentu seisi kampung menjadi gempar sekiranya Wak Gabah sudah berubah hati hingga tidak senang duduk akibat kenangkan Aki Lamat seorang. ( Jadi Gay, hehehhe...)
* Ramai juga sahabat-sahabat yang menanyakan aku Minyak Senyonyong, supaya di buatkan satu untuk mereka. Tetapi aku hanya mampu membuat minyak ini satu bulan 2 botol sahaja. Kerana bertapa susahnya untuk membuat minyak ini. Tetapi sekarang aku tidak membuatnya lagi.*
Tahu sangat Aki Lamat mengenai mujarab Minyak Senyonyong jikalau disalah gunakan. Lainlah kalau berdepan dengan binatang liar di hutan. Binatang berkenaan akan menjadi bingung hingga tidak dapat mencari makanan.
Tetapi manusia apabila bingung tidak menentu akan pergi menyerbu ke rumah Aki Lamat. Semasa Aki Lamat mengusik-ngusik Sia Lidan, memang mudah sangat gadis itu terpikat apabila bertentang mata. Sebaik saja Wak Gabah mendapat tahu Aki Lamat memikat anak gadisnya, lantas sahaja hatinya menjadi berang. Apalagi tatkala beliau kenangkan Aki Lamat sudah beristeri dengan anak-anak yang sudah hampir sebaya dengan Sia Lidan. Lantas sahaja Wak Gabah pun pergi menyerbu ke rumah Aki Lamat dengan menghunuskan parang. Dia akan kelar telinga Aki Lamat kerana berani memikat anak gadisnya.
Tetapi Aki Lamat tidak ada di rumah sewaktu Wak Gabah datang menyerbu. Hanya isteri Aki Lamat yang terkebil-kebil mata di kepala tangga apabila melihat Wak Gabah tercegat di tengah halaman dengan menghunuskan parang di tangan.
"Jaga suami kamu tu, Misah...!" jerkah Wak Gabah membentak marah kerana tidak mahu anak gadisnya dimadukan.
" Nak jaga macam mana, Wak..?" ujar Misah yang serba salah apabila beliau dipersalahkan akibat perbuatan suaminya yang memikat Sia Lidan.
Kalau mahu dikira terluka, memang hatinya sendiri yang menderita dengan perbuatan Aki Lamat itu. Ketika inilah dia terdengar serunai batang padi ditiup mendayu-dayu di tengah sawah. Lantas sahaja Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lamat lah yang meniup serunai batang padi tersebut. Seisi kampung memang tahu sangat mengenai kemahiran Aki Lamat yang meniup serunai batang padi asal sahaja habis musim menuai.
Misah yang sudah bertunang pun sanggup menjadi isteri Aki Lamat sebaik sahaja mendengar bunyi serunai batang padi yang ditiupkan mendayu-dayu. Terpaksa pula dia minta putuskan pertunang semata-mata terpikat dengan tiupan serunai batang padi Aki Lamat. Sebab itu Wak Gabah dapat mengagak tentu Aki Lamat mahu memikat anak gadisnya Sia Lidan dengan meniup serunai batang padi juga.
Dia tidak akan lepaskan Aki Lamat asal sahaja dapat dicekak lehernya. Telinga lelaki itu akan dikelarnya dengan mata parang supaya sedar mengenai kesilapan sendiri. Kalau sudah beristeri, kenapa mahu memikat anak gadisnya dengan mengunakan serunai batang padi. Sia-sia saja dia digeruni seisi kampung jikalau beliau tidak dapat menundukkan Aki Lamat.
" Lamat, kamu jangan nak tunjuk biadap dengan aku...!" bentak Wak Gabah sebaik sahaja beliau menjejakkan kaki ke tengah sawah.
Dia nampak Aki Lamat sedang tersandar pada perdu pokok Dedali sedang meniup serunai batang padi. Beberapa orang yang sedang tercegat di tengah sawah merasa berdebar hati juga tatkala melihat Wak Gabah sedang mara menghampiri Aki Lamat. Tetapi Aki Lamat tetap tidak mempedulikan apa-apa sambil terus sahaja dia meniup serunai batang padi. Tatkala Wak Gabah menghayunkan mata parang ke sisinya, beliau tetap tidak berganjak. Tiba-tiba sahaja Wak Gabah menjadi terpegun apabila beliau melihat Puteri 7 yang sedang meniup serunai batang padi di perdu pokok Dedali itu. Ketika ini, Aki Lamat sekadar terbaring bagaikan tengah tidur nyenyak. Sebab itu mata parang yang dipangkas tidak menyingahi dada Aki Lamat. Seolah-olah Wak Gabah menetak angin sahaja.
Lantas Puteri 7 memberi isyarat kepada Wak Gabah supaya tidak mengganggu Aki Lamat yang tengah nyenyak tidur. Apabila Wak Gabah mahu berundur, dia merasakan bahawa tanah yang dipijaknya menjadi lumpur selut. Kakinya telah terlekat tidak boleh diangkat dari lumpur selut yang mencengkam kuat itu. Saat ini Wak Gabah dapat merasakan bahawa kegagahannya seolah-olah tidak berguna apa-apa tatkala berhadapan dengan Puteri 7 yang lemah lembut itu.
PUTERI 7.
Sahabat ingat tak nyayian Noraniza Idris lagu " ULEK MAYANG " puteri 7. Sebenarnya lirik lagu ini untuk menyeru Puteri 7 datang membantu, terutama dalam rawatan. Tapi kalau untuk Minyak Senyonyong, harus di sediakan barang-barang yang aku tulis di awal tadi. Tetapi kalau untuk memasuki alam Bunian, khusus di Pulau Besar harus di sediakan minyak Cendana untuk di percik-percikkan di taman Bunian, bunga harum 7 rupa, minyak Epal Jin, Buhur Ambar 7 batang di bakar. Baru mantra Ulek Mayang di baca berkali-kali sehingga tabir alam Bunian terbuka perlahan-lahan. Tapi aku nasihatkan pada sahabat-sahabat jangan lakukan sendirian jika tidak ada guru yang membimbing, di takuti sahabat ditipu oleh Jin-jin yang menyamar sehingga tidak boleh balik ke alam nyata. INGAT YER SAHABAT, JGN....!
MANTRA NYA :
UMBOK MAYANG DI UMBOK, UMBOK DGN JALA JEMALA.
ULEK MAYANG DI ULEK, ULEK DGN PUTERINYA DUA.
PUTERI DUA BERBAJU SERONG, PUTERI DUA BERSANGGOL SENDENG. PUTERI DUA BERSUBANG GADING, PUTERI DUA BERSELENDANG KUNING.
UMBOK MAYANG DI UMBOK, UMBOK DGN JALA JEMALA.
NOK ULEK MAYANG DI ULEK, ULEK DGN PUTERINYA EMPAT.
PUTERI EMPAT BERBAJU SERONG, PUTERI EMPAT BERSANGGOL SENDENG. PUTERI EMPAT BERSUBANG GADING, PUTERI EMPAT BERSELENDANG KUNING.
UMBOK MAYANG DI UMBOK, UMBOK DGN JALA JEMALA.
NOK ULEK MAYANG DI ULEK, ULEK DGN PUTERINYA ENAM.
PUTERI ENAM BERBAJU SERONG, PUTERI ENAM BERSANGGOL SENDENG. PUTERI ENAM BERSUBANG GADING, PUTERI ENAM BERSELENDANG KUNING.
UMBOK MAYANG DI UMBOK, UMBOK DGN JALA JEMALA.
NOK ULEK MAYANG DI ULEK, ULEK DGN PUTERINYA TUJUH.
PUTERI TUJUH BERBAJU SERONG, PUTERI TUJUH BERSANGGOL SENDENG. PUTERI TUJUH BERSUBANG GADING, PUTERI TUJUH BERSELENDANG KUNING.
UMBOK MAYANG DI UMBOK, UMBOK DGN JALA JEMALA.
NOK ULEK MAYANG DI ULEK, ULEK DGN TUANNYA PUTERI.
KU TAHU....ASAL USULMU.....YG LAUT...BALIK KE LAUT...
YG DARAT....BALIK KE DARAT...NASI BERWARNA...HAMBA SEMBAHKAN...
UMBOK...MAYANG DI UMBOK..UMBOK DGN JALA JEMALA.
PULIH...MAYANG KU PULIH...PULIH BALIK...SEDIA KALA....."
Hatinya menjadi terharu apabila mendengar bunyi tiupan serunai batang padi yang mendayu-dayu menusuk telinga. Cepat-cepat pula Wak Gabah meminta Puteri 7 supaya berhenti meniup seruling batang padi berkenaan akibat perasaannya menjadi terharu sangat asal sahaja bunyi tiupan serunai terus mendayu-dayu. Segera Puteri 7 memberi isyarat supaya beliau membangunkan Aki Lamat yang tengah nyenyak tidur itu. Sewaktu Wak Gabah mengejutkan Aki Lamat, mereka yang tercegat di tengah sawah hanya nampak Wak Gabah menepuk-nepuk bahu Aki Lamat.
Apabila dia sisipkan semula parangnya ke dalam sarung di pinggang, lantas sahaja Aki Lamat pun berhenti meniup serunai batang padi. Tidak lama selepas kejadian itulah, Aki Lamat pun berkawin dengan Sia Lidan. Hairan juga orang kampung disebabkan Wak Gabah tidak membantah apa-apa apabila anak gadisnya berkawin dengan lelaki yang sudah berumur lebih 40 tahun dalam masa Raya Lidan baru sahaja berumur 18 tahun.
Memang Misah juga tidak melarang suaminya berkawin lain setelah Wak Gabah juga tidak membantah perkawinan tersebut. Tetapi Mat Don tahu Aki Lamat memang amalkan amalan Minyak Senyonyong tersebut, tetapi Mat Don tidak pernah terpengaruh. Perkara Minyak Senyonyong itu tidak sama dengan impian ayahnya yang menghantar dia belajar pondok sehingga sampai ke Pattani. Sia-sia sahaja usaha ayah nya yang harapkan dia belajar di pondok kalau beliau terpengaruh dengan Minyak Senyonyong Aki Lamat tersebut.
Apa sangatlah dengan Minyak Senyonyong kalau segalanya tidak di ridhoi oleh Allah SWT. Apabila Aki Lamat mendesaknya mahu meminang Ciklin, memang Mat Don bersetuju mahu menjadi orang tengah. Sudah lama dia berkawan dengan Aki Lamat disebabkan sama-sama ke hutan mencari rotan, apa salahnya dia membantu orang tua itu. Lagi pun dia tahu Aki Lamat mampu melindungi Ciklin, janda muda berkenaan.
" Kalau Aki nak meminang Ciklin, jangan gunakan Minyak Senyonyong...!" sengaja Mat Don mengusik Aki Lamat tetapi jauh di dalam lubuk hatinya memang dia tidak akan membenarkan orang tua itu melakukan sedemikian.
" Ah...Dah lama aku buang amalan tu." beritahu Aki Lamat yang mengakui bahawa dia sudah pun menyeru Puteri 7 lantas menyerahkan semula minyak berkenaan.
" Sebab itu Aki bimbang Ciklin menolak peminangan...?" tanya Mat Don sambil mencebik bibir.
Dia mengaguk perlahan, tetapi beliau mengesatkan pelupuk matanya apabila Mat Don memberitahu bahawa jodoh pertemuan dan ajal maut adalah ditentukan oleh Allah. Terasa juga malu Aki Lamat apabila beliau terpikat kepada perempuan muda seperti Ciklin dalam masa usianya sudah mencecah 90 tahun.
Kalau dia tidak amalkan Minyak Senyonyong pun, tentu seisi kampung tetap akan menuduh dia menggunakan minyak berkenaan untuk memikat Ciklin. Masakan orang-orang kampung boleh percaya bahawa Ciklin menerima lamarannya jikalau tidak dikenakan dengan Minyak Senyonyong. Sewaktu Mat Don merisik Ciklin, dia sentiasa berdoa agar lamarannya tidak ditolak.
Bimbing juga dia sekiranya Ciklin akan menyindirnya disebabkan mahu menjodohkannya dengan lelaki tua seperti Aki Lamat. Disebabkan itulah Mat Don membacakan.
" YUHIBBU NAHUM KAHUBBILLAHI WALLAZINA AMANU ASYADDU HUBBANLILLAHI, ZUIYYINA LINNASI HUBBUSYSYAWATI MINNANNISA-I WALBANINA WAL-QONA THIRIL MUQONTHARATHI."
Memang serba salah juga Mat Don mahu uruskan lamaran Aki Lamat kerana bimbang dia akan dituduh sebagai bersubahat dengan lelaki tua yang dianggap miang itu, tetapi dia tahu niat Aki Lamat memang baik. Kalau Aki Lamat memilih perempuan yang sudah berumur sebagai isteri, tentu mereka akan sama-sama uzur untuk menjaga dirinya. Tentu Aki Lamat amat mengharapkan Ciklin agar dapat menjaganya apabila dalam keadaan uzur nanti.
Setidak-tidaknya dia mempunyai tanah kebun yang cukup setakat untuk menyara Ciklin seorang. Kalau pun dia menutup mata, Aki Lamat sudah bersedia untuk menyerahkan tanah kebun dan sawah kepada Ciklin yang bersusah payah menjaganya. Sebab itulah Mat Don sanggup membantu agar Aki Lamat dapat berkawin dengan Ciklin.
Semasa seisi kampung gempar akan hal Mat Don ditimpa dengan runtuhan kayu, memang Ciklin melihat Aki Lamat sentiasa dalam keadaan resah. Berkali-kali Aki Lamat menggertapkan bibir seakan-akan mahu melepaskan Mat Don yang sedang terhimpit itu. Tetapi suara Aki Lamat hanya tengelam jauh dikerongkongnya. Sekali sekala Ciklin mendengar suaminya semacam mencabar lembaga yang bertubuh besar itu berdepan dengannya sambil melepaskan semula Mat Don.
" Aki semacam meracau-racau marahkan lembaga besar, adik Badai." ujar Ciklin menjelaskan tatkala aku sama-sama mengunjungi Mat Don.
Masa itulah Aki menyuruh lembaga besar itu supaya melepaskan Abang Mat Don. Tutur Ciklin yang tetap kenangkan kejadian semasa Mat Don sudah dikatakan meninggal dunia. Dalam masa Aki Lamat merungut-rungut itulah, Ciklin telah pergi memberitahu kepada jiran-jiran sedang berkumpul di rumah Mat Don mahu menguruskan pengebumiannya. Sebaik sahaja seisi kampung sudah diberitahu mengenai Mat Don yang sudah terbujur mati itu tiba-tiba bingkas bangun, mereka yang sedang membacakan surah Yassin mengadap Aki Lamat mendapati orang tua itu sudah menutupkan matanya rapat-rapat.
SEKIAN DAHULU....
ILMU ASMA' QUSHAM.
Ilmu Asma’ Qusham merupakan sebuah amalan spiritual multifungsi yang berguna untuk mengabulkan segala hajad apa pun yang terbesit di dalam hati kita, agar segera dapat menjadi sebuah kenyataan bagi hidup kita.
Dengan mengamalkan Ilmu Asma’ Qusham ini, Insya Allah segala kelemahan kita akan hilang dan semua hajat yang rasanya sulit untuk kita kerjakan akan menjadi mudah seketika, dan terkabul dihadapan kita dalam waktu yang sangat singkat.
ILMU ASMA’ QUSHAM.
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
" INNAKA TA’LAMU SIRRII WA 'ALAANIYATII FAQBAL MA'DZIRATII BIL HAAJAAT."
TATA CARANYA :
1.) Ritual dilakukan selama 7 malam berturut-turut.
2.) Pada 3 hari pertama puasa sunnah biasa selama 3 hari dimulai hari weton(hari kelahiran) atau pada hari Khamis.
3.) Amalan Ilmu Asma’ Qusham dibaca sebanyak 313 kali setiap selesai sholat Fardhu.
4.) Dan 1000 kali pada malam hari setelah selesai sholat sunnah Hajat.
5.) Untuk hari ke 4 dan seterusnya tidak perlu lagi menjalani puasa.
6.) Pada malam terakhir ritual, tidak boleh tidur sejak matahari terbenam pada hari itu sampai dengan matahari terbit pada ke esokkan harinya (pada jam 07.00).
7.) Setelah selesai mengamalkan amalan/ritual Ilmu Asma’ Qusham dan ngin menggunakannya, maka cukup merapalkan amalan Ilmu Asma’ Qusham sebanyak 7 kali saja atau beberapa kali sesuai dengan niat dan tujuan kita.
Selesai sudah pengijazahan dengan sempurna Ilmu Asma' Qusham ini.
Demikianlah, mudah- mudahan bermanfaat fidunya wal akhiroh..
Amin..Aamiin Ya Mujibassa'ilin...
Seperti biasa, ambil sisi positif dari cerita ini yang negatif jangan di ambil. Kekuatan yang tak bisa di tandingi adalah kekuatan daripada ALLAH SWT. Sang Maha Pencipta.
Sekiranya ada tutur bahasa atau tingkah laku yang tidak berkenan di hati para sahabat semua, aku. TOK PENJEJAK BADAI, dengan merendahkan diri memohon maaf.
OLEH :
TOK PENJEJAK BADAI.




Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts