Trending

Wednesday, 12 September 2018

BILA EN SOMI BELI PEMBANTU NASIB BAIK BUKAN MADU


BILA EN.SOMI BELI ‘PEMBANTU’, NASIB BAIK BUKAN MADU
Teringat masa masih bujang dulu. Nak makan, nak minum semua Mama sediakan. Maklumlah anak perempuan tunggal katakan. Bila dah kahwin dah ada 2 orang anak ni, barulah tahu bukan senang nak jadi ibu sebenarnya.
Si kecil nak menyusu kadang tak kira waktu. Masa tu lah nak kena masak air, sediakan susu. Si abang pula tak boleh tinggal langsung duduk dekat dengan anak. Ada je benda nak diusiknya sampai adik menangis.
Sampailah satu hari tu, en.somi tanya nak hadiah apa untuk ulangtahun perkahwinan tahun ni? Terus mulut cakap nak penapis air. Bukan apa, senang sikit nak membancuh susu.
Bila ‘survey’ baru tahu, ingat kena keluar ratus-ratus hengget sebulan. Rupa-rupanya tak sampai seratus dua puluh pun. Tersenyum lebar la cik abang bila dengar. Terus angguk setuju senyum sampai ke telinga.
Masa beli tu sebab nak senang buat sussu je. Yang seronoknya bukan je senang sebab ada air panas, sejuk segala tapi yang penting selamat untuk kanak-kanak. Risau juga takut si abang yang berumur 5 tahun tu tekan itu ini. Budak tengah nak membesar dan ‘explore’ pelbagai benda.
Sekarang, kalau nak buat sussu dah rasa macam ada pembantu dekat rumah. Nak buat air panas, air sejuk, semuanya di hujung jari.
Cik abang kata, “Dah lama saya tak tengok awak senyum gembira macam ni. Kalau tak, dah lama saya beli ‘pembantu’ VIP letak dekat rumah.”
Pembantu takpe, jangan madu. Hihi.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts