Trending

Tuesday, 27 February 2018

Tidak Perlu Pilih Tempat Orang Minum Arak Lancar Tudung


Semlam Neelofa bertegas tindakannya melancarkan tudung di sebuah kelab malam tidak salah. Hari ini pendakwah bebas, Ustaz Pahrol Mohamad menjelaskan tindakannya itu tidak salah namun perbuatannya jatuh haram hukumnya apabila disertakan dengan tarian wanita.

“Neelofa boleh lancarkan tudung di kelab malam dan jelaskan kebaikan memakai tudung tapi hanya sekadar itu sahaja. Tak salah nak buat sesuatu kelainan. Cuma, ia akan jadi haram apabila ada elemen yang menyalahi syariah Islam seperti wanita beraksi dengan tarian.
“Namun, tindakan Neelofa memilih kelab malam itu sudah dikira mengundang fitnah adalah berdosa. Jadi, tak perlulah melakukan sesuatu mengundang fitnah. Kelab malam sudah sinonim dengan minuman keras dan perkara yang menyalahi syariah Islam,” jelasnya kepada m Star Online.
Tambah Pahrol lagi, jika sesuatu perkara atau perbuatan boleh mengundang fitnah, ianya adalah haram dan berdosa. Bagaimanapun Pahrol berpendapat, tidak perlulah Neelofa memilih kelab malam sebagai tempat pelancaran tudung kerana ianya sinonim dengan arak.
Terdahulu, Neeloda dikecam teruk selepas memilih Zouk sebagai tempat untuk melancarkan koleksi tudung terbarunya. Lebih parah lagi apabila video-video wanita sakan menari tersebar. Pun begitu Neelofa tegas dengan pendiriannya dan enggan mempedulikan kata-kata orang. (rtky/w)

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts