KELULUT.O.LOGI #63 – Pindah rumah
Sudah dua minggu memerhatikan satu kawanan kelulut halus jenis Tetragonula spp. menghuni rumah baharu mereka. Yang menarik ialah pilihan rumah baharu mereka ialah ruang diantara penutup ‘topping’ dan plastik koloni Heterotrigona itama.
Ruang yang sempit ini sesuai dengan saiz badan kelultu jenis Tetragonula spp. yang juga kecil. Kelulut jenis ini sememangnya tidak memerlukan ruang yang besar. Ruang diantara tingkap, celah dinding dan rekahan pun boleh mereka jadikan sarang.
Dari hari pertama kawanan ini mula memenuhi ruang yang sempit itu, pemerhatian dibuat. Masuk hari ke 13, kelihatan ratu dara sudah berlegar-legar di dalam sarang. Hari ke15, abdomen ratu tersebut kelihatan sudah membesar menunjukkan tanda-tanda sudah disenyawakan.
Dari mana datang kawana ini? Tidak jauh dari lokasi kawanan baharu ini ada 2 koloni dari spesies yang sama mendiami 1 log yang sudah ditinggalkan. Kemungkinan besar salah satu koloni tersebut sudah mencapai tahap tempoh penggandaan koloni secara semulajadi.
Peluang mengintai perkembangan koloni ini tidak disiakan. Penutup topping mudah dibuka tutup. Apatah lagi sudah agak lama tidak berlatih untuk mengambil foto makro.
Pemerhatian ini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment