Trending

Tuesday 6 February 2018

Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia sejak tahun 80an


Klon ochee telah mula disebarkan di utara Malaysia sejak tahun 80an. Mula menjadi masyhur sejak tahun 2005. Harganya sudah meningkat kepada Rm40 sekilogram.
.
.
Ochee memiliki warna merah tua yg cukup menarik… cukup aromatic. Lihat tanpa urat. Cukup creamy…
Kelebihan produktivitinya, ia merupakan jenis durian high productivity, maknanya rajin berbunga. 2 kali setahun sudah satu kebiasaan. Peratusan jadi berbuah juga tinggi yakni jika ada bunga maka ada buah. Tidak seperti Musangking yang banyak bunga tapi buah sedikit yg menjadi. Peratusan buah gred A amat tinggi. Kita kena buat triming yg kerap supaya tidak patah dahan. Musang king banyak gred buah B yakni buah kurang molek. Ochee 90% gred A. Pohon Ochee akan mula berbuah pada tahun ke-5 (klon khawin). Ia boleh ditanam disemua ketinggian yg pohon durian boleh hidup.. Musang king kalau di tanam ditanah yg kurang berair mungkin jadi kurang masak. Ohee juga dicategorikan jenis durian tidak mangkak. untuk maklumat tuan puan, Musangking akan jadi mangkak apabila cuaca atau sebab2 yg tidak diduga. Ia agak sensitif. Sementara Ochee tidak bermasalah.
Sedemikian, kelebihan Ochee ni amat penting utk para petani..
Kekurangan Ochee termasuk ia agak senang di serang penyakit canker dan die back atau mati pucuk. Jagaan rapi harus dipratikkan.
Dahannya agak rapuh atau senang patah. Ia perlu ikatan tali dan triming yang terpaksa dijalankan selalu. Malah baja juga diperlukan lebih.
Kadar kandungan isi Ochee juga lebih tinggi berbanding Musang king walaupun Musang king selalu jadi biji nipis atau tanpa biji, tapi pangsanya kurang berbanding ochee yg bulat dan rata2 memiliki 4 sampai 6 pangsa.
Tempoh permatangan lebih kurang 120 sampai125 hari. Peka terhadap perubahan cuaca. 2 kali berbuah setahun menjadi satu kebiasaan.
Daya tahan retak kulit banding MK/OCHEE..24hr/36hr

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts