Trending

Monday 26 February 2018

Ekspo Terengganu 2018 Bayar saman dapat diskaun 50 peratus?



KUALA NERUS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi diskaun kepada orang ramai bagi menjelaskan saman lalu lintas sempena Ekspo Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini bermula Ahad sehingga 3 Mac depan.
Menurut pegawai Ekspo Terengganu 2018, diskaun yang diberikan adalah sehingga 50 peratus daripada jumlah saman semasa dan pengguna juga boleh menyemak saman kenderaan masing-masing dikaunter tersebut.
“Diskaun saman ini hanya diberikan khusus kepada pengunjung sepanjang ekspo ini sahaja,” katanya.
Ekspo yang bertemakan Terengganu Molek Doh itu dianjurkan kerajaan negeri bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat mengenai kejayaan pembangunan negeri Terengganu.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts