Trending

Sunday 11 February 2018

Sijil Makanan Autentik


KELULUT.O.LOGI #62 – Sijil Makanan Autentik
Industri madu negara sudah banyak melalui fasa perkembangan, peralihan dan juga penambahbaikan. Berbagai usaha sudah dilakukan oleh agensi kerajaan, bukan kerajaan serta kumpulan individu (persatuan) kearah mencapai tujuan itu.
Segala usaha bertujuan memastikan industri madu negara boleh maju kehadapan dan memberi munafaat kepada semua pihak yang berkaitan.
Madu lebah dan kelulut mendapat banyak permintaan. Antara isu yang timbul ketika memenuhi permintaan pelanggan dan pengguna ialah berkaitan ketulinan madu. Pengguna berhak mendapat produk-produk yang asli dan berkualiti. Pengguna perlukan jaminan. Produk madu yang tidak asli atau tercemar pasti memberi kemudaratan.
Apa bentuk jaminan yang ada bagi produk madu bagi memenuhi kehendak dan kepercayaan pelanggan?
Ketika lawatan baru-baru ini ke Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah dimaklumkan ada satu bentuk persijilan yang menjamin ketulenan sesuatu produk.
- Persijilan Autentik Makanan -
Ini merupakan satu skim persijlan sukarela. Tiada paksaan terhadap pengusaha. Pengusaha dan pengeluar produk makanan yang tersenarai boleh mendapatkan persijilan ini bagi mendapat keyakinan pelanggan.
Buat masa ini hanya empat produk disenaraikan yang boleh mendapat persijilan ini. Sarang burung walit, Madu, Daging dan Kopi.
Skim yang diusahakan oleh KKM ini masih baharu dan ruang untuk penambahbaikan terbuka luas. Persatuan-persatuan kelulut negeri, individu, ahli akademik, penyelidik boleh membantu KKM bagi memastikan Skim ini benar-benar dapat membantu dan memberi faedah kepada semua.
Apa yang baik kita kongsikan dan ambil peluang.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts