DURIAN ASFA 50
==============
==============
Pengenalan.
Secara amnya, Durian boleh diklasifikasikan kepada dua kategori
1. Baka Durian Kampung
Baka seperti Durian Tembaga, Kulit Buaya, Loceng, Susu dll yang mana ianya tahan lasak dengan kekuatan semulajadi yg baik namun hanya berkualiti sederhana sahaja.
Walaupun secara semulajadi ia kuat dan mudah subur untuk ditanam, ia tidak mendapat perhatian di pasaran

2. Baka baka Klon
Baka baru dan bersifat hybrid yang lebih enak, berkualiti dan mampu menarik minat pasaran hingga harga mencecah ratusan ringgit setiap kilo. Antaranya adalah Musang King, Duri Hitam, Udang Merah, XO, D24, Trakka dan banyak lagi
Walaupun, baka-baka ini luarbiasa statusnya, namun ia amat manja dan susah untuk di tanam. Hanya pakar pertanian sahaja yang mampu untuk menjaganya

Durian Di Raja ASFA50
Mendapat namanya sempena Ulang Tahun Perkahwinan DYMM Tuanku Raja Perlis yang ke 50 tahun. Majlis Pelancaran gilang gemilang ini di sempurnakan Baginda bersama DYMM Raja Perempuan pada 17hb Mei 2017 di Dewan 2020 Kangar, Perlis
Ia telah di angkat menjadi Buah Di Raja Kedua setelah Kejayaan Harum Manis
ASFA50 membawa maksud Anniversary Sirajuddin Fauziah yang ke 50 tahun
ASFA 50 adalah kombinasi Baka Durian Tembaga yang tahan lasak dikahwinkan melalui proses Bud Grafting dengan tiga Baka Terbaik iaitu Musang King, Duri Hitam dan Udang Merah.
Baka Durian Di Raja ASFA50 mengahwinkan Baka Kampung Terbaik iaitu Tembaga dgn tiga Baka Premium Terbaik iaitu Musang King, Duri Hitam dan Udang Merah.
Proses penyatuan melalui kaedah Bud Grafting ini menjadikan ASFA50 mudah di tanam oleh siapa sahaja tanpa perlu Ilmu Pertanian yang tinggi
Ia telah melalui 7 tahun proses R&D sehingga mencapai 7 karakter yang unik dan berbeza.
KELEBIHAN ASFA 50
1. Pohon mencapai ketinggian 10 ke 12 kaki sahaja berbanding 40 kaki lazimnya
2. Mula berbuah seawal 3 tahun berbanding 8 ke 9 tahun
3. Mampu berbuah dua kali setahun
4. Memiliki akar tunjang yang tidak memecahkan tanah, lantai dan dinding. Maka ia sesuai di kawasan perumahan.
Berbanding akar rambut pohon durian biasa yg merosak rumah
5. Ia boleh di tanam di dalam Pasu Pasu Besar
6. Untuk Perladangan Komersial, hanya memerlukan jarak 20 kaki antara satu sama lain berbanding 40 kaki lazimnya
7. Jangka hayat purata adalah 30 ke 40 tahun
8. ASFA50 memiliki 80% kandungan gas lebih rendah dari durian biasa. Maka ia kurang berbau.
Sumber
1. Tn Zaidi Suffian Mohd Esa
1. Tn Zaidi Suffian Mohd Esa
2. Durian ASFA 50 - profit estimation.
Sumber Raymond Jewel.
Sumber Raymond Jewel.
No comments:
Post a Comment