Trending

Tuesday 6 February 2018

BAHAN APA RACUN DI KULIT UBAT DI MULUT?


Secara amnya ubat2an sintetik adalah selamat, kecuali dos yg tinggi, atau digunakan dlm temouh yg lain dan bg mereka yg secara genetik sensitif terhadap bahan2 yg ada dalam ubatan.
Dr Hafiz Sulaiman menulis agar kita lebih berhati2...
BAHAN APA RACUN DI KULIT UBAT DI MULUT?
.
Jangan terkejut ya jika bahan ini amat biasa di dalam produk jagaan badan kegunaan harian kita.
Kita sapu bahan toksik ini pada kulit..masukkan dalam mulut..hmm...
Saya kongsikan bahan ini semoga kita fikir dua kali sebelum membeli..
.
Bahan biasa dalam penjagaan badan ini sudah diharamkan oleh FDA sejak september 2016.
.
Bahan yang mengandungi TRICLOSAN.
.
Triclosan merupakan bahan PENGGANGGU HORMON yang dikaitkan dengan:
.
7 RISIKO BERKAIT TRICLOSAN
------------------------------------------------
1) Merendahkan hormon kelakian (androgen) dan mengganggu hormon kewanitaan (estrogen).
2) Mengganggu hormon tiroid.
3) Berpotensi menyebabkan ketumbuhan dan kanser.
4) Alahan dan kerengsaan kulit.
5) Potensi rintangan kuman..iaitu kuman badan menjadi kuat dan kebal antibiotik.
6) Kajian tikus terhadap triclosan mendapati ia merencatkan perkembangan saraf ketika dalam kandungan.
7) Potensi toksik pada organ hati dan buah pinggang.
.
Apa sebenarnya triclosan ni?
Triclosan ialah bahan antibakteria dan antikulat yang biasa dimasukkan dalam ramuan
.
8 BAHAN JAGAAN MUNGKIN MENGANDUNGI TRICLOSAN
-------------------------------------------------------------------------------
1) Sabun
2) Syampu
3) Pencuci muka
4) Detergen
5) Ubat kumur
6) Deodoran
7) Kosmetik
8) Ubat gigi
.
Walaupun sudah berpuluh tahun digunakan, pengeluar produk dengan bahan triclosan masih belum memberi kajian keselamatan dan keberkesanan bahan.
Iya, sebenarnya tiada bukti triclosan berkesan. Malah triclosan juga membunuh kuman baik pada kulit kita di samping berisiko menjadikan kuman pembawa penyakit semakin kebal terhadap antibiotik.
Bukan itu saja...bahan toksik ini juga BIOACCUMULATE.. Sikit-sikit lama-lama jadi sakit!
Pilih saja produk di atas tanpa bahan triclosan.. Kena rajinkan diri baca label ðŸ˜Š
Namun begitu, terdapat satu syarikat gigi terkenal ini berjaya meyakinkan FDA dengan kajian keselamatan dan keberkesanan mereka.Kajian oleh syarikat ini mendapati pengurangan ketara gingivitis, pendarahan gusi dan plak.
Namun, reviu tidak berkepentingan Cochrane mendapati walaupun secara statistik ia adalah signifikan, ia tidak signifikan secara klinikal.
.
Anda percaya? Boleh pakai tiada masalah..terpulang kepada keberanian dan kepercayaan masing-masing.
Saya secara peribadinya tidak berani meletakkan sesuatu yang berisiko toksik pada kulit masuk ke dalam mulut sendiri..
Apatah lagi sanggup bagi anak-anak pakai..hakikat keselamatannya..tiada siapa yang tahu..wallahua'lam.
.
Semoga kita dilindungi daripada bahaya bahan toksin persekitaran di zaman moden ini..ameen.
.
SHARE sebab kesian sangat..ramai orang tak tahu bahan toksik ni...mandi pun guna sabun yang masih ada bahan ni.
.
Jangan lupa FOLLOW set SEE FIRST ya..
Jangan ketinggalan rahsia jagaan kesihatan secara holistik dan saintifik!
.
Ikhlas,
Tukang karut bawa cerita soheh,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts