Selepas Neelofa tampil memberikan kenyataan tentang isu penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung terbaru beliau di sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, semakin ramai tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
Orang ramai rata rata kecewa dengan tindakan Neelofa yang selama ini menjadi idola mereka selepas seakan akan tidak mahu mengambil peduli dengan nasihat orang ramai tentang apa yang terjadi.
Seorang pengguna Twitter hari ini memberikan penjelasan kenapa pusat hiburan itu tidak layak untuk dijadikan tempat untuk melancarkan produk tudung yang memang satu simbol besar untuk Islam.
Kami setuju dengan apa dikatakan oleh Asrul Muzaffar ini tentang pemilihan lokasi oleh Neelofa, mungkin mereka di syarikat Naelofar Hijab boleh pertimbangkan untuk memilih lokasi lebih ideal selepas ini. (rtky/m)
No comments:
Post a Comment