Trending

Tuesday 27 February 2018

Saya Tak Peduli Saya Tahu Apa Saya Buat


Kecoh di media sosial malam tadi apabila orang ramai dapat tahu yang selebriti popular, Neelofa telah melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah pusat hiburan popular di Kuala Lumpur.
Rata rata ramai yang terkejut dan tidak berpuas hati dengan tindakan Neelofa itu selain menyifatkan ianya sebagai satu tindakan yang memalukan imej seorang wanita Muslimah dan Islam itu sendiri.
Bercakap kepada Berita Harian selepas selesai majlis, Neelofa berkata beliau tidak peduli dengan kata kata orang ramai terhadap dirinya malam ini dan beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.
“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan”
“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema”
“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” katanya. (rtky/m)

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts