Trending

Sunday, 11 February 2018

Saluran dana komuniti dan industri


KELULUTOLOGI #64 - Saluran dana komuniti dan industri
Maklumat banyak. saluran penyebaran maklumat sememangnya ada namun tersekat-sekat dan kadang-kadang tersumbat.
Cara bersemuka mengambil masa dan tenaga. Namun ada sentuhan rasa dan jiwa. Pertemuan empat mata boleh menyentuh hati dan perasaan.
Teknologi semasa memberi ruang dan membuka banyak peluang. Konsep semasa Universiti 4.0 bersama revolusi industri 4.0 mengandaikan rakyat jelata bersama ahli akademik dan penyelidik seiring menggunapakai teknologi internet yang begitu cepat berkembang. Ilmu tanpa batasan.
Media sosial menjadi medan sebaran. Banyak saluran. Jika digunakan dengan betul dan berkesan, penyebaran maklumat sampai kepada sasaran.
Dana penyelidikan, Dana pemindahan ilmu dan teknologi, Dana bersama komunit dan pelbagai dana sememangnya disediakan oleh pihak yang berwajib. Ini semua untuk membantu mencapai aspirasi dan strategi pembangunan setiap yang dirancang.
Salah satu cara komuniti dapat menyedut dan merasa tempias dana-dana yang disediakan ini ialah melalui kerjasama pintar bersama universiti dan institusi penyelidikan tempatan (dan juga antarabangsa).
Universiti dan institusi penyelidikan (termasuk agensi berwajib yang lain) mempunyai banyak kepakaran dan ada sedikit kelebihan. Pihak industri dan komuniti mempunyai pengalaman. Hujan dan panas, pemain industri bermain di atas padang. Sama-sama cari jalan. Pecah otak dan ganding fikiran gembeling idea dan fikiran.
Perkongsian pengalaman dan maklumat menggunakan saluran media sosial. Bersosial, sosial juga. Maklumat dan perkembangan semasa kita sampaikan juga.
Ambil peluang. Usah berpeluk tubuh dan mengharap ikan akan terlekat di joran tanpa umpan.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

No comments:

Post a Comment

About

Popular Posts